Mungkin masih ramai yang belum mengetahui teknik rahsia ini. Memasukkan bawang putih yang tidak berkupas kulit sewaktu menggoreng ayam, akan meningkatkan aromanya jadi bertambah wangi selain menambah kelazatan yang sedia ada.
Resepi ayam goreng viral ini dikongsikan oleh Affieyza Isahak selepas mencubanya. Ternyata, melalui cara tersebut hasil gorengan ayam menjadi sangat harum. Bahan-bahannya juga bukan serbuk kunyit dan garam seperti kebiasaan. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Cheesekut Viral, Lebih Sedap Bila Letak Sos & Serbuk Ajaib Ini!
AYAM GORENG VIRAL HARUM & RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM!

Gambar: Affieyza Isahak
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gilaaa.
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi! Bila dah rasa memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus.
Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul. Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat.
Baca juga: Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!
Bahan-bahan kisar:
- Telur – sebutir
- Bawang merah besar – sebiji*
- Bawang putih – 3 ulas*
- Halia – 1 inci*
Bahan-bahan lain:
- Sos tiram – 2 sudu
- Kiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)
- Serbuk perasa dan gula
- Tepung ubi – 2-3 sudu
Cara penyediaan:

Gambar: Affieyza Isahak
- Curah bahan-bahan kisar di atas ayam dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
- Gaul dengan ayam dan perap seketika, lagi lama lagi baik.
- Kemudian, goreng macam biasa.
Baca juga: 7+ Petua Ayam Kampung Yang Liat Cepat Empuk, Ada Orang Guna Gula-Gula Hacks!
Tips:
Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Siapppp!
Sumber: Facebook Novelis Affieyza Isahak via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
FT Image: Affieyza Isahak