Dapur

7+ Petua Ayam Kampung Yang Liat Cepat Empuk, Ada Orang Guna Gula-Gula Hacks!

160
SHARES
petua empukkan ayam kampung

Ayam kampung merupakan pilihan utama sekiranya ingin memasak hidangan rendang yang mengambil masa agak lama. Hal ini kerana, dagingnya terkenal dengan keliatan dan tidak akan hancur apabila dimasak lama. Maka, tidak hairan terdapat pelbagai petua empukkan ayam kampung bagi memudahkan ia untuk dinikmati.

Kalau pembaca ingin tahu, ciri-ciri dagingnya yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil. Selain mempunyai tekstur yang pejal dan rasa manis.

Baca juga: Resepi Paru Goreng Rangup, Ikut Tips Ini Baru Hasil Snek Jadi ‘Crispy’!

PETUA EMPUKKAN AYAM KAMPUNG

petua empukkan ayam kampung

Gambar: Norizah Othman

Melalui perkongsian petua empukkan ayam kampung dari Norizah Othman, dia menggunakan gula-gula hacks ketika merebusnya. Di mana, ilmu tersebut telah dikongsikan oleh peniaga ayam di tempatnya.

Petua empuk ayam pencen atau ayam kampung ini, saya cuma rebus ayam bersama gula-gula hacks saja. Itupun pakcik penjual ayam ini yang bagitahu dekat saya.

Katanya ayam cepat empuk. Alhamdulillah, memang betul lah petua ini kekawan. Saya letak dalam 5 biji gula hacks dalam seekor ayam.

Rasa-rasannya ada tak petua yang lain untuk empukkan ayam kampung ini? Jomlah kita kongsi bersama.

Baca juga: Rahsia Kerepek Kentang Pedas Kekal Rangup, Sebelum Disaluti Sambal Buat ‘Step’ Ini!

7 PETUA LAIN UNTUK EMPUKKAN AYAM KAMPUNG

petua empukkan ayam kampung

Gambar: Norizah Othman

Tinjauan penulis pada ruangan komen mendapati, terdapat pelbagai petua empukkan ayam kampung yang dikongsikan oleh netizen. Antaranya:

1. Daun rumput beijing

“Saya guna daun rumput beijing, iaitu rumput pelembut daging,” komen Firfarah Tetty.

2. Daun nangka

“Samalah arwah ayah pun ajar cara yang sama juga, rasanya ok saja tak ada berubah apa pun sama macam kita rebus ayam biasa itu. Kalau buat rendang pula, ayah ajar letakkan daun nangka masa masak tu memang cepat empuknya dan lembut saja sama macam ayam daging biasa,” ujar Nur Qharilla Hamisan.

3. Biji kurma

“Saya pakai 2-3 biji kurma untuk seekor ayam kampung. Masa nak masak kari ke, sup ke, rendang ke saya letak biji kurma. Empuk elok untuk daging pun sesuai,” kongsi Nana Lieyna Lee.

4. Air kelapa

“Saya masak ayam hutan letak air kelapa, cepat empuk dan rasa dia lebih manis sedap,” tulis Asfa Aziyan Zulkapli.

Baca juga: ‘Trick’ Terung Goreng Berlada Warna Kekal Tak Pucat Lembik, Baru Nampak Menyelerakan!

5. Betik muda

“Senang saja nak bagi ayam pencen atau ayam kampung cepat empuk. Basuh ayam dengan betik muda. Cincang betik dan tabur dalam basuhan ayam. Insha Allah, cepat lembut,” kata Noor Aina Mukhtar.

6. Penutup periuk dan lesung batu

“Saya kalau rebus ayam pencen, tutup dengan penutup kuali dan tindih pula dengan lesung batu. Alhamdulillah empuk,” tulis Are Naa.

7. Tebu

“Emak saudara letak tebu dalam air rebusan ayam kampung atau ayam pencen, tebu tu kerat kecil-kecil dan ketuk sikit. Rasa ayam pun sedap manis rasanya,” komen LiZa JaaFar.

P/s: Penulis pula meletakkan sudu ketika merebus ayam kampung selama 3 jam dan sentiasa menambah air apabila airnya berkurangan. Jadi, cara mana yang pembaca biasa buat?

Baca juga: Resepi Roti Sarang Burung Cheese Padu & Kaya Keju, Menu ‘Breakfast’ Ekspres!

Sumber: Norizah Othman via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Norizah Othman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×