Ayam pencen merupakan antara daging liat yang perlu direbus berjam-jam lamanya agar ia lebih mudah dinikmati. Di mana, kebanyakan orang akan melakukan proses itu di atas dapur gas.
Berdasarkan hantaran dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Cham Osman, merebus di atas dapur gas boleh menjimatkan masa dan gas jika anda menggunakan teknik masakan 5:30:7.
Baca juga: Resipi Shell Tart Hanya Pakai 4 Bahan, Boleh Buat ‘Side Income’ Sampai Jana Ribuan Ringgit Seminggu!
DAPUR GAS TEKNIK JIMAT MEREBUS LAMA

Gambar: Cham Osman
Selain ayam pencen, teknik tersebut juga boleh digunakan untuk merebus kaki ayam, kentang, keledek, kacang kuda, kacang dal. Nak tahu lebih lanjut, jom baca di bawah!
Baca juga: Tips Bersihkan Dapur Gas Hitam Berkarat, Sembur Dengan Bahan Ini Hasilnya Berkilat!
TEKNIK MASAKAN 5:30:7
Bismillah.
Teknik ini khusus untuk pengguna dapur gas kerana tak semua rumah ada pressure cooker. Gunakan teknik 5:30:7 ini untuk menjimatkan masa dan gas.
Cara-caranya:
- Masak air dalam periuk sampai mendidih.
- Masukkan bahan yang hendak direbus ke dalam air mendidih.
- Biarkan ia mendidih selama 5 minit (perhatikan masa, kira dari mula mendidih selepas masuk bahan).
- Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 30 minit (JANGAN SESEKALI BUKA PENUTUP PERIUK).
- Selepas 30 minit, hidupkan semula api. Biarkan mendidih selama 7 minit (kira masa dari mula mendidih).
- Selepas 7 minit, tutup api.
Siap. Insha Allah, menjadi.
Baca juga: Tips Halau Kucing Berak Pada Tanaman Guna Kulit Limau Mandarin, Baru Tak Sakit Hati!
Baca juga: Resipi Kek Batik Versi Rangup, Geng Yang Tak Suka Tekstur Lembut Mesti ‘Love’ Teruk!
Tips:
- Teknik ini boleh digunakan untuk merebus daging, ayam pencen, kaki ayam, kentang, keledek, kacang kuda, kacang dal.
- Kalau daging, masukkan sedikit garam dan minyak masak sebelum merebus.
- Tutup periuk sepanjang merebus.
Semoga memberi manfaat. Insha Allah.
Baca juga: Ini 12 Resipi Lazat Menu Diet Suku Suku Separuh, Nak Diet Jangan Sampai ‘Over’ Ikat Perut!
Sumber: Cham Osman
FT Image: Cham Osman