Limau mandarin atau buah oren sememangnya cukup sinonim menjelang perayaan Tahun Baharu Cina. Maka, tidak hairan berkotak-kotak mandarin akan kelihatan di rumah. Tapi ingat, lepas kupas kulit limau mandarin jangan buang!
Hal ini kerana, sekiranya anda mempunyai kebun kecil di rumah, ia sangat berguna kepada tanaman anda. Melalui perkongsian Noriko Sukamoto di Facebook, kulit limau dapat mencegah kucing daripada berak di pokok tanaman.
Baca juga: ‘Aunty’ Cina Kongsi Petua Daun Kunyit Elak Dimakan Ulat, Wanita Ini Teruja Sebab Berkesan!
KULIT LIMAU ELAK KUCING BERAK PADA POKOK TANAMAN

Gambar: Noriko Sukamoto
Caranya cukup mudah, letakkan kulit limau mandarin di pangkal pokok. Malah, kulit limau juga dikatakan mempunyai 3 elemen yang dapat menyuburkan tanah.
Tapi jangan risau! Kalau tiada kulit limau mandarin, ada lagi kulit buah-buahan lain yang boleh menggantikannya. Kalau nak tahu, jom baca sampai habis.
Baca juga: Cara Jimat Buat Racun Serangga Organik Guna Bawang Putih, Ulat Pun Tak Berani Datang Dekat!
Musim raya Cina ini kalau dapat limau mandarin, kulitnya kita boleh letak dekat pangkal pokok.
Ianya dapat menghalau kucing dari “yak” (berak) dekat situ sebab kucing tak suka. Bau kulit juga berfungsi menghalau serangga.
Kulit limau juga kaya dengan nitrogen, pottasium dan fosforus dapat suburkan tanah. Selain itu, boleh juga guna kulit lemon, limau nipis dan limau kasturi.
Baca juga: Resipi Baja Organik Terbaik Guna Bawang Merah, Tanaman Makin Subur & ‘Bersih’ Serangga Perosak!
Sementara itu, seorang warga maya bernama Jamdulin Jamdulin ada meninggalkan tips menggunakan kulit buah-buahan sebagai baja kompos di ruangan komen.
Kulit buah-buahan seperti limau, ciku, betik, pisang, mangga, bawang dan sebagainya boleh dijadikan baja kompos. Kulit dan buah bawang sangat sesuai untuk mengeluar bunga tumbuhan.
Paling penting komposkan terlebih dahulu kulit atau isi bawang tersebut.
Kalau takut akar tumbuhan bersemut, maka siram bahagian keliling dengan sekaki jarak dari pohon tumbuhan menggunakan air laut atau air masin.
Kebiasaannya tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan atau bunga yang dibawa akar terdapat semut kecil hitam dan merah yang menyebabkan tumbuhan membantut dan berpenyakit.
Ingat siram air masin tadi, hanya sekali-sekala saja.
Baca juga: Kaedah Paling Mudah Suri Rumah Tanam Sayur, Guna Botol Plastik & Tangan Pun Tak Kotor Tanah!
Sumber: Noriko Sukamoto
FT Image: Noriko Sukamoto / © neydt | 123rf