Deko & Hias

Buat 5 Petua Ini Agar Pokok Mangga Berbuah Lebat Dalam Pasu, Ramai Lagi Tak Tahu Rupanya!

148
SHARES
pokok mangga

Mangga adalah sejenis buah-buahan bermusim dan dikatakan merupakan buah segar yang paling banyak dimakan di seluruh dunia. Pokok mangga pula tumbuh subur dan berbuah di kawasan agak panas dan kawasan tanah rendah.

Selain itu, cara penanaman dan penjagaan pokok mangga lebih mudah jika dibandingkan dengan pokok durian. Di mana, ia berbuah seawal 2 tahun jika pokok sudah dicantum atau dikawinkan.

Baca juga: Tanam Sayur Bayam Guna Penapis Je Bercambah Lebat, Sesuai Untuk Rumah Tiada Laman!

POKOK MANGGA

pokok mangga

Gambar: Menjual bibit buah buahan area sabah

Justeru itu, bagi memastikan pokok mangga berbuah lebat terutamanya di dalam pasu, ikuti lima petua berkaitan cara tanam dan melebatkan pokok yang boleh dijadikan panduan semua.

1. Saiz pasu

Saiz pasu haruslah berukuran besar iaitu 15cm tinggi dan panjang 11cm. Saiz pasu kecil sedikit tidak mengapa, paling penting media semaian mesti kena pada racun. Anda boleh menggunakan pasu seramik supaya tahan lama.

2. Media semaian

Bagi memastikan pokok mangga berbuah lebat di dalam pasu, gunakan topsoil/tanah hitam. Elak dari menggunakan tanah sisa kelapa sawit kerana ia cepat mengeras dan tidak sesuai untuk semaian pot.

Nisbahnya adalah, 70% topsoil :  10% sekam padi : 10% sekam padi bakar : 10% cocopeat

3. Pemilihan benih

Cadangan pemilihan benih adalah mangga Chokanan, Harum Manis, Mangga Nam Dok Mai dan Red Star atau Mangga Taiwan. Hal ini kerana, mereka antara jenis mangga yang cepat dan rajin berbuah.

Pastikan juga membeli benih buah yang sudah dikahwinkan atau ‘TUT’ supaya cepat berbuah. Sekiranya, ditanam terus dari biji mangga ia akan lambat sedikit berbuah iaitu sekitar 4 hingga 6 tahun.

Baca juga: Cara Tanam Betik Sekaki, Lepas 5 Bulan Dah Berbuah & Saiz Panjang Puas Makan!

4. Baja

pokok mangga

Gambar: Pertanianku

Akhir sekali, adalah penggunaan baja mempengaruhi pokok mangga yang ditanam dalam pasu berbuah lebat. Guna baja subur NPK 15.15.15 iaitu kandungan baja yang seimbang amat sesuai untuk pertumbuhan pokok yang seimbang.

Manakala, baja penggalak buah anda boleh menggunakan baja buah NPK 12.12.17 berwarna biru yang boleh dibeli di mana-mana kedai pertanian/kedai kimia atau secara online.

5. Penjagaan

Pastikan pasu disiram air dan elakkan tanah menjadi kering supaya pokok sentiasa segar. Sekali sekali, semburkan dengan baja subur foliar dan racun Malatation atau Decis untuk mengelakkan serangan serangga pada daun dan pucuk muda.

Baca juga: Cara Tanam Tomato Dari Proses Semai Sampai Pokok Berbuah, Guna Baja Kulit Bawang Je!

Sumber: Rentas Asia

FT Image: Menjual bibit buah buahan area sabah / Pertanianku

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×