Dapur

Cara Unik Kupas Buah Mangga, Bentuk Macam Bunga & Senang Nak Makan!

24
SHARES
buah mangga

Buah mangga tentunya menjadi salah satu jenis buah kegemaran rakyat Malaysia dan antarabangsa. Dengan adanya pelbagai jenis mangga khususnya dalam negara, ini memudahkan untuk orang ramai mendapatkannya dan banyak dijual di gerai tepi jalan dengan harga yang murah.

Buat anda yang selalu makan buah mangga, ada satu teknik mengupas buah ini dikongsikan oleh peniaga mangga. Rupanya lebih senang untuk dimakan dan cantik juga!

Baca juga: Ada 5 Cara Potong Bawang Putih Untuk Jadikan Masakan Lebih Sedap, Wangi!

CARA KUPAS BUAH MANGGA UNIK, JADI MACAM BUNGA & SENANG MAKAN

buah mangga

Sekiranya anda sering singgah di kedai-kedai buah, rata-rata peniaga tentunya mengupas sedikit sebuah atau dua buah mangga untuk melihat isi mangga yang kuning keemasan kepada pelanggan. Ada juga yang meminta untuk peniaga mengupas semua kulit dan ingin dimakan terus.

Menariknya, baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan buah mangga dikupas dengan cara yang unik hingga mencuri perhatian ramai. Dalam video tersebut, penjual dilihat memotong bahagian bawah dan cucuk lidi pada bahagian bawah sebagai pemegang. Teknik yang lebih ‘aesthetic’ ini dibuat agar menarik lagi perhatian orang ramai.

Prosesnya kelihatan mudah apabila dia mengupas kulit buah tersebut seperti biasa dengan pisau atau alat pengupas. Setelah selesai, hiris isi buah secara bersilang dari bawah, dia memastikan isi tersebut tidak tertanggal daripada batang itu. Apa yang diperhatikan, anda boleh dapat 25 potongan untuk saiz mangga yang biasa.

buah mangga

Video ini mendapat lebih 10.6 juta tontonan di platform media sosial itu dengan lebih 76,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada warganet.

*Siap boleh dimakan terus kerana sudah dicucuk lidi. Mudah untuk anda pegang buah dan makan!

@siti.meifiana proses kupas buah mangga bunga 🌺 #mangga #fypシ゚viral #fyp #jabodetabek ♬ suara asli – Siti Meifiana

Baca juga: Basuh & ‘Bakar’ Periuk Atas Dapur, Petua Elak Nasi Cepat Basi

Sumber: Tiktok @siti.meifiana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×