40 Minggu

Rupanya Banyak Khasiat Buah Tembikai Untuk Wanita Hamil, Bayi Lahir Pun Cantik & Bijak!

696
SHARES
khasiat buah tembikai

Buah tembikai memang enak dinikmati. Malah ibu mengandung memang disaran untuk mengamalkan buah tembikai kerana dipercayai akan melahirkan anak yang bijak dan berkulit cantik! Berikut merupakan antara 11 khasiat buah tembikai untuk wanita hamil dan cara untuk anda pilih buah tembai yang terbaik untuk dijadikan jus.

Siapa yang tak nak anak-anak yang dilahirkan cantik dan bijak bukan?

KHASIAT BUAH TEMBIKAI UNTUK IBU HAMIL

khasiat buah tembikai

Antara khasiat buah tembikai untuk ibu hamil ialah :-

1) Menjaga kesihatan jantung

Buah tembikai kaya akan kandungan likopen yang amat baik untuk kesihatan jantung ibu dan bayi.

2) Kaya dengan antioksidan dan vitamin A

Vitamin A yang terkandung dalam buah tembikai membantu menjaga organ penglihatan bayi. Selain itu, karotenoid
vitamin A berfungsi sebagai antioksidan melindungi badan daripada radikal bebas.

3) Melancarkan penghadaman

Tembikai sangat bagus untuk kecantikkan dan membantu melancarkan aliran air kencing dalam badan.

4) Menyokong pembentukan tulang bayi

Buah tembikai kaya dengan kalium yang berfungsi untuk mempertahankan kalsium dalam badan. Ia sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dan menguatkan sendi pada badan ibu supaya lebih sihat dan kuat.

khasiat buah tembikai

5) Meningkatkan sistem imun

Buah tembikai mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun untuk ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selsema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

6) Mengurangkan pembengkakan

Kandungan air dalam tembikai mampu mengurangkan pembuluh darah dan otot yang tersumbat. Ia dapat mengurangkan masalah bengkak yang sering dialami oleh ibu hamil.

7) Mencegah pigmentasi

Buah tembikai dapat membantu melancarkan pencernaan makanan dan menjaga pergerakan usus kecil yang mana ia mempengaruhi keadaan kulit. Masalah pigmentasi dapat dikurangkan dengan memakan tembikai lebih kerap.

8) Mengelakkan kejang otot

Perubahan hormon ketika mengandung menyebabkan peningkatan berat badan. Ini membuatkan tulang dan otot menjadi kejang. Buah tembikai dapat mengurangkan kejang otot dan tulang.

khasiat buah tembikai

9) Mengatasi masalah ‘morning sickness’

Mengambil tembikai sebagai sarapan pagi membantu mengurangkan simptom morning sickness. Buah tembikai mengandungi tenaga dan khasiat yang baik untuk badan terutama ibu hamil yang letih dan lesu.

10) Mengelakkan dehidrasi

90% daripada tembikai terdiri daripada air. Makan tembikai membantu ibu untuk mengelakkan dehidrasi. Dehidrasi dikalangan ibu hamil boleh menyebabkan kesan buruk kepada kandungan seperti kontrasi pramatang atau kelahiran pramatang.

11) Menyingkirkan lemak

Buah tembikai adalah pilihan yang tepat untuk membantu menyingkirkan lemak dalam badan anda. Kerana buah tembikai mengandungi citruline yang membantu mengurangi lemak berlebih yang ada dalam tubuh.

Sangat rugi kalau tak amalkan tembikai ketika hamil. Kalau tak hamil pun memang bagus sangat tembikai ni. Nak-nak pula di bulan puasa, memang sangat-sangat membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Tembikai kaya dengan air dan sangat enak dimakan.

khasiat buah tembikai

Dipercayai kalau amalkan tembikai anak yang bakal lahir akan menjadi cantik dan bijak.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya.”

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda: “Semangka (Tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi) Sabda Rasulullah SAW.

Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”

Dari ‘Aisyah R.A, ia berkata, “Nabi s.a.w menyukai makanan-makanan manis dan madu.” (Shahih Bukhari : 5614)

CARA PILIH BUAH TEMBIKAI UNTUK BUAT JUS

Di bawah ini adalah ciri-ciri tembikai yang sesuai untuk dijadikan jus:

khasiat buah tembikai

1.Tembikai yang berkulit licin. Kulit tembikai yang berstaktur kasar menandakan ianya masih mentah.

2.Cari tembikai yang fizikalnya nampak kecil tapi berat.

3.Pilih tembikai yang berbentuk sama kiri dan kanan.

4.Cari tembikai yang pangkalnya gemuk dan hujungnya berwarna putih kuning air.

5.Pilih buah yang berjalur yang berputus-putus pada kulitnya. Jangan pilih yang jalur bersambung.

6.Tepuk-tepuk dahulu buah tembikai dengan jari. Pilih yang berbunyi seakan-akan kosong kerana itulah tanda ianya sudah masak dan manis isinya.

Sumber: Safenifeni, airbalang.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×