40 Minggu

20 Idea Menu Berpantang Untuk Si Ibu, Semuanya Nampak Menyelerakan!

49
SHARES

IDEA MENU BERPANTANG

Selepas selamat melahirkan anak, para ibu akan melalui proses berpantang selama 40-44 hari. Ketika sesi berpantang, ibu-ibu dinasihatkan untuk menjaga pemakanan kerana ada makanan yang boleh dimakan, dan ada makanan yang tidak boleh dimakan untuk mengelakkan kesan sampingan.

Buat para suami yang ingin cuba memasak menu berpantang untuk si isteri, kami kongsikan koleksi resepi menu berpantang menarik dan sedap!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Idea Lauk Berpantang Frozen, Last Minute Pun Sempat Masak!

20 IDEA MENU BERPANTANG UNTUK SI IBU, MEMANG SEDAP!

MENU BERPANTANG

Saya kongsikan menu berpantang di kampung yang dimasak oleh ibu, nenek dan kakak saya. Sebelum bersalin saya jadi takut bila dengar ibu cerita waktu ibu berpantang dulu, ibu cuma makan nasi dan ikan kering.

Air pun bercatu, minum secawan dua sahaja dari pagi ke petang supaya perut tak buncit katanya. Mujurlah ibu dan nenek sekarang faham saya perlu berpantang dengan makanan yang seimbang dan sihat. 

Harini baru masuk hari ke 21 saya berpantang – macam macam mereka sajikan dari breakfast sampai makan malam, Alhamdulillah.

  • Ikan merah kukus halia.
  • Sayur brokoli,lobak putih dan sawi bening.
  • Nasi putih + serunding halia.

  • Sayur brokoli dan lobak tumis ikan bilis.
  • Isi tenggiri kukus lada hitam + halia + bawang putih & nasi putih.

MENU BERPANTANG

  • Ikan bilis dengan hirisan kentang masak lada hitam.
  • Ikan merah stim bersama sayuran.
  • Nasi putih + peria crispy

  • Ikan tenggiri singgang (tanpa kunyit)
  • Sayur brokoli,lobak merah dan sawi masak bening.
  • Nasi putih + serunding halia + garlic crisp.

  • Nasi putih + serunding halia.
  • Ulam pegaga + peria crisp.
  • Ayam masak kicap berempah (saya tak ambil kuah)

  • Sup ayam bersayur (tanpa minyak)
  • Hati ayam goreng dengan brokoli.
  • Nasi putih + crispy garlic.

  • Ikan siakap stim halia dengan sayuran,
  • Buahan & nasi putih + serunding halia.

  • Ikan merah goreng garing.
  • Ulam pegaga & buahan.
  • Nasi putih + serunding halia.

  • Nasi putih + crispy garlic.
  • Sayur masak bening.
  • Ikan merah goreng halia.

  • Ikan merah stim halia.
  • Sayuran tumis ikan bilis.
  • Nasi dan crispy garlic.

  • Bubur ayam.
  • Buahan & sayuran bening.
  • Sambal totok ikan bilis (tak pedas)

  • Sayuran bening.
  • Isi ayam goreng kunyit.
  • Nasi dan crispy garlic.

  • Ikan merah masak asam.
  • Sayuran bening.
  • Nasi dan peria crispy.

  • Ayam madu.
  • Sayuran bening.
  • Nasi dan peria crisp.

  • Sambal totok ikan bilis.
  • Sayuran bening.
  • Nasi dan peria crisp.

  • Kerabu pegaga.
  • Isi ikan masak lada hitam.
  • Ayam goreng berempah.
  • Nasi + peria crisp.

  • Ikan siakap stim halia dengan sayur.
  • Sayuran masak lada hitam dengan ikan bilis.
  • Nasi putih + crunchy garlic.

  • Ulam pegaga.
  • Ikan tenggiri stim dengan sayuran.
  • Nasi putih + crispy garlic.

  • Sayuran bening.
  • Singgang ikan tenggiri.
  • Nasi putih + peria crisp.

  • Nasi arab & sayur celur.
  • Ayam panggan dan kuah tomato.

Saya memang tak ambil apa-apa jamu, air herba, cuma makan ikut waktu dan seimbang. Paling best berat dah turun 8kg dan baby pun semangat. Selamat berpantang dan moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Nur Diyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×