Buat ibu yang sedang melalui tempoh berpantang, pasti anda tidak asing lagi dengan menu yang menggunakan kaedah bakar contohnya ayam bakar. Tetapi, ini bukanlah ayam bakar biasa seperti di restoran nasi campur kerana resipi ini sesuai untuk ibu berpantang yang telah diperap dengan bahan ‘pemanas badan’. Jom kita lihat cara perap ayam bakar ini.
Berikut merupakan perkongsian resepi ayam bakar lada hitam yang sangat mudah untuk disediakan. Ia bukan sahaja berkhasiat malah rasanya juga sedap!
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mak Mentua Bau Semerbak Satu Rumah, Wajib Campur 4 Bahan Ini!
CARA PERAP AYAM BAKAR LADA HITAM, MENU BERPANTANG
Bahan-bahannya:
-3 ketul ayam
-2 inci halia
-1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya:
1.Bersihkan ayam dulu, cuci bersih-bersih.
2.Kemudian ketuk manja halia, rendam dengan air dalam 10-15 minit.
3.Dah siap rendam. Airnya buang. Ayamnya dengan halia kekal di situ. Kemudian lumur dulu dengan lada hitam. Perap dalam 5 minit.
4.Dah perap baru lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Sebab tak jumpa loyang lain di rumah emak mentua tersayang, saya belasah guna loyang ini.
5.Bakar dalam ketuhar selama 30-45 minit bergantung ketuhar masing masing. Rajin-rajin paling-palingkan ayam okay.
6.Dah siap. Makan panas-panas ya!
*Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Sambal Bawang Goreng Udang Kering, Boleh Buat Stok Untuk Simpan Berbulan-Bulan!
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad