40 Minggu

Kuatnya Seorang Ibu, Tak Sempat Berpantang Demi Jaga Bayi Usia 28 Hari Perlu Bantuan Oksigen

20
SHARES
ibu melahirkan anak

Seperti biasa, selepas seorang ibu melahirkan anak, mereka akan melalui proses berpantang selama 3 bulan pula supaya badan kembali sihat. Namun, berbeza dengan kisah seorang ibu ini apabila tidak sempat berpantang kerana perlu menjaga bayinya yang berusia 28 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Bayi yang ditempatkan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan itu  mengalami masalah saluran oksigen tertukar…

Baca juga: Gara-Gara Jamah Hanya 3 SUDU Laksa Lepas Berpantang, Wanita Ini Tanggung Azab Sakit Sampai Ke Hospital

IBU MELAHIRKAN ANAK TAK SEMPAT BERPANTANG, BAYI MASUK NICU…

ibu melahirkan anak

Siti Norhasirah tidak sempat berpantang kerana perlu menjaga bayinya yang berusia 28 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Ibu bernama Siti Norhasirah Ya, 30 tahun, berkata, dia juga perlu manahan rasa keinginan untuk memeluk cium anak keduanya itu kerana sejak dilahirkan sehingga sekarang bayi tersebut ditahan di wad kerana terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia hanya mampu melihat Wan Nur Adyrah Humairah Wan Badrul Hisham tetapi tidak dapat menyentuhnya lagi.

“Runtun hati saya melihat anak yang dikandung sembilan bulan tetapi bila dilahirkan dia sakit begini.”

Menurut ibu ini dalam laporan Sinar Harian, semasa dalam kandungan bayi tidak mengalami apa-apa masalah tetapi sebaik sahaja dilahirkan badannya kebiruan disebabkan oksigen tidak cukup. Pada usia sehari bayi dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk pembedahan membuka saluran oksigen.

Siti Norhasirah memberitahu, ujian yang menimpanya itu menyebabkan dia terpaksa melupakan amalan berpantang dan hanya mampu berdoa agar badannya sentiasa sihat demi menjaga bayi yang sakit.

Ujarnya yang juga merupakan suri rumah, walaupun tidak menjalani pantang dia tetap gagahkan diri bagi memastikan susu badan mencukupi untuk keperluan si bayi. Sehingga kini keadaan bayi masih tidak baik dan sedang menunggu tarikh untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

PERLU SEDIAKAN JUMLAH WANG BESAR

ibu melahirkan anak

Foto: Kosmo

Namun, begitu pilu dan runsingnya hati apabila dia dimaklumkan perlu menyediakan sejumlah wang yang besar bagi membiayai kos pembedahan si kecil tersebut.

“Memikirkan perkara itu, kami sedikit buntu kerana suami hanya bekerja sebagai pemandu lori dan anak sulung yang berusia tiga tahun terpaksa dijaga oleh keluarga mentua di Pahang,” katanya.

*Oleh itu, bagi orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Maybank Siti Norhasirah Ya di 1530-4795-0237. Semoga Allah SWT merahmati segala bantuan yang telah disalurkan…

Baca juga: Hanya 3 NEGERI Sahaja Masih ‘Subur’ Lahirkan Bayi Yang Cukup Untuk Stabilkan Populasi

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×