40 Minggu

Doktor Jelas Dakwaan Wanita Dipotong 7cm Pundi Kencing Semasa C-Section, Bukan Suka-Suka!

23
SHARES
pembedahan c-section

Proses kehamilan itu sangat indah dan sudah semestinya ibu ternanti-nanti saat untuk melahirkan bayi dalam kandungan. Namun, perlu diketahui bahawa terdapat dua jenis proses kelahiran iaitu secara normal (vaginal) atau pembedahan c-section.

Bagi yang memilih pembedahan c-section atau doktor memberitahu bahawa anda perlu melalui proses ini, sebenarnya terdapat beberapa risiko. Seperti yang dikongsikan di bawah adalah seorang wanita mendakwa trauma kerana pundi kencingnya dipotong dan anggap itu kecuaian.

Baca juga: Wanita Bersalin Kembar Tiga Terkejut, Mak Mentua Minta Serah Anak Seorang Dekat Kakak Ipar

WANITA DAKWA DOKTOR TERPOTONG PUNCI KENCING SEMASA PEMBEDAHAN C-SECTION, 7CM!

pembedahan c-section

Foto tangkap layar Tiktok.

Seorang wanita berkongsi pengalaman ngeri di sebuah hospital ketika dia ingin melahirkan anaknya. Wanita tersebut terpaksa menjalani Pembedahan Caesarean (czer) kerana saiz bayinya besar (lebih 4kg), namun apa yang mengerikan ialah dia mendakwa doktor telah terpotong pundi kencingnya.

Dalam hantaran TikTok itu, wanita berkata kerana kecuaian doktor, dia terpaksa ditebuk di bahagian perut dan dipakaikan tiga tiub lalu terlantar di wad selama lebih dua minggu. Malah, dia juga tidak dapat bertemu dengan bayi yang baru dilahirkannya itu susulan komplikasi yang dialaminya itu.

Dalam hantaran yang lain, wanita berkenaan memberitahu dia kini tidak boleh menahan untuk buang air kecil dan lebih kerap ke bilik air, dia juga berkongsi gambaran pundi kencingnya yang dipotong oleh doktor tersebut. Dalam pada itu, dia juga berkata oleh kerana keadaannya itu, dia mengalami kesukaran untuk bekerja memandangkan dia perlu ke tandas selalu.

DOKTOR PAKAR JELAS RISIKO C-SECTION, SEMUA INI BUKAN SUKA-SUKA DIBUAT

pembedahan c-section

Foto: Dr.Izzat tampil menjelaskan.

Oleh kerana perkongsian ini tular, tampil Dr.Muhammad Izzat yang merupakan pakar sakit puan di laman Tiktok, turut menjelaskan bahawa prosedur tersebut bukanlah dibuat secara sengaja.

Dipanggil informed decision, dan consent kebenaran caesar tu sendiri biasanya akan diberitahu oleh doktor bedah yang merawat. Memang diketahui, ada kemungkinan tercedera pada pundi kencing atau usus atau salur darah utama – yang memerlukan repair oleh orang orang tertentu contohnya urologist, colorectal surgeon atau vascular surgeon.

Lagi banyak c-section berlaku lagi berisiko dan lagi senang perkara-perkara seperti risiko ini berlaku, antaranya:

-Bladder injury iaitu pada bahagian pundi kencing boleh berlaku kepada 1 daripada 1000 kes.
-Duduk hospital lebih lama berbanding ibu bersalin normal, lebih kurang 4 hari.
-Ada masalah nak kencing, buang air besar selepas c-section, 1 daripada 4 orang.
-Risiko kehilangan rahim dalam usaha menyelamatkan nyawa ibu, 1 dalam 600 orang.
-Risiko kematian ibu, berlaku 1 dalam 4000 kes.

Bukan risko pada ibu sahaja, pada baby pun ada risko seperti:

-Bayi tercedera
-Masalah pernafasan pada bayi
-Masalah obesiti dan risiko asma.

Walaubagaimanapun, c-section ni bukan dibuat suka-suka. Biasanya ada indication dan pemberitahuan. Jika doktor yang merawat itu fikirkan safest mode of delivery (ketika itu) adalah c-section maka dia akan memberi justifikasi sebab apa pembedahan itu dibuat ketika itu.

Video penuh:

@drizzatgynae Dipanggil informed decision, dan consent kebenaran caesar tu sendiri biasanya akan diberitahu oleh doktor bedah yang merawat. Memang diketahui, ada kemungkinan tercedera pada pundi kencing atau usus atau salur darah utama – yang memerlukan repair oleh orang orang tertentu contohnya urologist, colorectal surgeon atau vascular surgeon. Lagi banyak c-section lagi berisiko dan lagi senang perkara-perkara yang saya cakap tu berlaku. Bukan risk pada ibu sahaja, pada baby pun ada risk – bayi tercedera, masalah pernafasan pada bayi, masalah obesity dan risk of asthma. Walaubagaimanapun, c-section ni bukan dibuat suka-suka. Biasanya ada indication. Jika doktor yg merawat tu fikirkan safest mode of delivery (ketika itu) adalah c-section then justified la sebab apa operation itu dibuat ketika itu. Tetap, bersalin normal pun come with its own risk. Ni pun korang kena tahu. #bladderinjury #caesareansection #childbirth #labouranddelivery #obstetrics #gynaecology #reproduction #reproductivemedicine #reproductivehealth #informeddecisions ♬ original sound – DrIzzat-Women’s Health

Baca juga: Ibu Sebak Bila Bayi Dalam Kandungan Alami ‘Missing Finger’, Disahkan Semasa Ultrasound

Sumber: Tiktok @drizzatgynae

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×