40 Minggu

Ciri-Ciri Ibu Hamil Bayi Sindrom Down, Boleh Nampak Masa ‘Scan’ Perut

6
SHARES
mengandung anak sindrom down

Sebagai seorang ibu yang tengah sarat hamil,  sudah pasti tahap kesihatan bayi dalam kandungan adalah kebimbangan terbesar. Hal ini kerana, mengandung anak Sindrom Down atau ‘down syndrome’ ini adalah perkara yang paling biasa diperhatikan pada ibu, dengan kejadian keseluruhan kira-kira 1 dalam 500 hingga 700 bayi yang baru lahir.

Lazimnya, bayi dilahirkan dengan 46 kromosom, namun bayi yang sindrom down dilahirkan dengan salinan tambahan kromosom 21 (trisomi 21). Kromosom tambahan ini menjejaskan perkembangan otak dan badan bayi. Berikut merupakan tanda yang boleh diperhatikan semasa ibu menjalani ujian pengesanan.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Perjalanan Semasa TTC & Apa Kena Buat, InsyaAllah Berjaya Dapat Zuriat!

TANDA ANDA SEDANG MENGANDUNG ANAK SINDROM DOWN

mengandung anak sindrom down

Foto: Diary Bunda

Ultrasonografi (USG) adalah ujian yang boleh digunakan untuk mengenal pasti kemungkinan janin mengalami sindrom down. Ultrasound ini adalah cara terbaik untuk menggambarkan ciri-ciri anatomi yang berkaitan dengan sindrom down. Sebab itulah, ciri-ciri mengandung bayi sindrom down boleh dilihat semasa pemeriksaan ultrasound.

Faktor risiko untuk melahirkan bayi dengan sindrom down termasuk:

-Umur ibu
-Pemindahan genetik
-Sejarah mempunyai anak dengan sindrom down

Sebahagian tanda yang boleh dikenal pasti apabila anda hamil anak sindrom down menerusi ultrasound adalah :

-Ventrikel otak membesar
-Hilang atau tulang hidung kecil
-Peningkatan ketebalan belakang leher
-Arteri yang tidak normal di bahagian atas kaki
-Tompok-tompok terang di bahagian jantung
-Bengkak ringan pada buah pinggang
-Tulang peha pendek

mengandung anak sindrom down

Foto: Popmama

*Tanda-tanda mengandung bayi sindrom down tidak bermakna bayi dikandung 100% pasti mengalami sindrom tersebut. Sekali lagi, ujian lanjut diperlukan untuk mengesahkan diagnosis.

Baca juga: Jadual Pam Susu Badan Untuk Mudahkan Mommy, Ikut Betul-Betul Boleh Elak Payudara Sakit

Sumber: Orami, IDN Times

Foto: Haibunda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×