Buat para ibu yang sudah melahirkan anak, sudah pasti anda akan melalui fasa menyusu badan menggunakan payudara dan juga mengepam susu tersebut. Bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman, pasti sudah arif dengan jadual pam susu ini tetapi buat anda yang pertama kali mendapat cahaya mata, buntu juga memikirkan waktu bila yang sepatutnya anda mengepam susu bukan?
Jadi, berikut merupakan antara jadual mengepam susu harian yang boleh digunakan oleh semua ibu supaya dapat membekalkan susu badan yang berkualiti buat si manja!
Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!
JADUAL PAM SUSU BADAN UNTUK IBU-IBU
Buat para ibu yang baru pertama kali ingin menyusu badan, anda perlu tahu bahawa si ibu boleh mengepam susu sekitar 8-10 kali dalam masa 24 jam. Jadi, menyediakan jadual mengepam susu yang betul dan kerap untuk ibu yang bekerja atau di rumah adalah penting supaya anda tidak mengalami bengkak susu.
1.Jadual Mengepam Susu Untuk Bayi Baru Lahir
-Pukul 07.00 pagi
-Pukul 09.00 pagi
-Pukul 11.00 pagi
-Pukul 1.00 petang
-Pukul 3.00 petang
-Pukul 5.00 petang
-Pukul 7.00 malam
-Pukul 10.00 malam
-Pukul 03.00 pagi
2. Jadual Mengepam Susu Untuk Bayi Yang Sudah Makan Makanan Pejal
Cadangan jadual mengepam susu badan untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas adalah:
-Pukul 07.00 pagi
-Pukul 09.00 pagi
-Pukul 02.00 petang
-Pukul 05.00 petang
-Pukul 08.00 malam
-Pukul 11.00 malam
-Pukul 05.00 pagi
Bayi yang sudah mendapat khasiat tambahan dari makanan pejal biasanya kurang menyusu secara kerap berbanding bayi baru lahir yang hanya bergantung kepada susu ibu sahaja sebagai sumber makanan.
3.Jadual Mengepam Susu Ibu Untuk Stok Dalam Peti Sejuk
Bagi ibu-ibu yang ingin menyimpan susu yang sudah dipam di dalam peti sejuk supaya boleh diberikan kepada bayi pada bila-bila masa, ikutlah jadual mengepam susu seperti berikut:
-Pukul 07.00 pagi (menyusu)
-Pukul 08.00 pagi (mengepam)
-Pukul 10.00 pagi (menyusu)
-Pukul 11.00 pagi (mengepam)
-Pukul 1.00 petang (menyusu)
-Pukul 4.00 petang (menyusu)
-Pukul 7.00 malam (menyusu)
-Pukul 10.00 malam (menyusu)
-Pukul 05.00 pagi (menyusu)
4.Jadual Pam Susu Ibu Menggunakan Kaedah Power Pumping
Ibu pernah dengar atau tahu kaedah power pumping atau tak? Power pumping ialah teknik mengepam susu ibu untuk menambah bekalan susu. Pendek kata, kekerapan ibu mengepam susu ibu akan lebih dari kebiasaan. Berbeza dengan jadual mengepam susu yang biasa, berikut adalah jadual cadangan untuk mengepam susu ibu menggunakan kaedah power pumping:
-20 minit mengepam
-10 minit rehat
-10 minit mengepam
-10 minit rehat
-15 minit mengepam
-10 minit rehat
Teruskan kitaran mengepam susu ibu dan berehat ganti selama 1-2 jam, bergantung pada keperluan dan kebolehan anda.
*Selamat menyusu para ibu semua!
Baca juga: Ibu Perlukan Amalan Berpantang Yang Tenang, Ini Apa Yang Boleh & Tak Boleh Buat
Sumber: Orami
Foto: Freepik