Famili

Cara Daftar Ibu & Anak Susuan Dalam Sistem MyRadha’ah, Elak Kahwin Saudara Susuan

7
SHARES
ibu susuan

Bukan sahaja ibu kandung yang menyusu bayi, malah dalam Islam sendiri, ibu susuan juga mempunyai darjat yang tinggi kerana susu yang dibekalkan boleh menjadi pengganti susu ibu kandung.  Namun, ibu-ibu Muslim perlu lebih berhati-hati kerana  dengan syarat tertentu, ia boleh melibatkan kekeliruan nasab.

Boleh menjadi sedarah sedaging, ini akan mengelirukan apabila proses pernikahan bakal berlangsung dan mungkin akan menjadi pernikahan yang tidak sah. Oleh itu, pendaftaran kad MyRadha’ah amatlah penting untuk rujukan masa depan!

Baca juga: Manja Bukan Sekadar Manja, Jangan Terkejut Bila Tahu 5 Karakter Sebenar Anak Tunggal Ini

PENDAFTARAN DAN PENGENALAN ANAK SERTA IBU SUSUAN GUNA KAD MYRADHA’AH

ibu susuan

Baru-baru ini, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan kad MyRadha’ah iaitu sistem pendaftaran ibu dan anak susuan secara dalam talian.

Ia merupakan perkhidmatan pertama diperkenalkan di negara ini oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menjadi rujukan pelbagai agensi mengenai perkhidmatan pendaftaran dan pengenalan anak serta ibu susuan. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) buat pertama kalinya memperkenalkan kad My Radha’ah yang dikhaskan buat bayi yang menyusu daripada wanita bukan ibu kandung.

Kad My Radha’ah ini bertujuan merekodkan pendaftaran anak dan ibu susuan supaya anak susuan itu tidak berkahwin dengan saudara sesusuan selain memperkenalkan identiti mereka serta menjaga keturunan umat Islam melalui proses nikah yang sah.

Selain dari pendaftaran secara dalam talian, permohonan juga boleh dilakukan secara manual dari tahun 2018 lagi. Cara-caranya dikongsikan oleh Puan Asiah Maharam seperti di bawah.

Ada 2 borang permohonan untuk diisi. Satu untuk ibu susuan, satu lagi untuk anak susuan:

1 : Borang untuk ibu
4 : Borang untuk anak susuan

Dokumen yang diperlukan:

-Pengenalan diri pemohon
-Surat perakuan nikah
-Pengenalan diri anak-anak pemohon
-Pengenalan diri anak-anak suami (jika suami kahwin ramai sebelum ini)
-Pengenalan diri anak susuan
-Pengenalan ibu bapa anak susuan
-Pengenalan diri saksi penyusuan (adik beradik kita atau sesiapa yang menyaksikan pemberian susu tersebut)
-*Pengenalan diri suami kepada ibu susuan (untuk anak susuan)
-**Surat akuan pengesahan pemastautinan pemohon (jika berlainan alamat Mykad)

ibu susuan

*Borang permohonan boleh dimuat turun di www.jais.gov.my  (Klik Permohonan MyRadhaah) dan perlu dihantar sendiri ke pejabat besar JAIS di Shah alam.

Baca juga: Kahwin Dengan Sepupu Berisiko Dapat Anak Lambat Perkembangan, Ini Hasil Kajian!

Sumber: Sinar Harian, Asiah Maharam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×