Minggu lalu, tular kisah sensasi mengenai pelakon dan pelawak otai, Saiful Apek, yang dihalang mencium jenazah ibunya ketika berusia 21 tahun berikutan tidak tahu akan status mereka berdua yang bukan mahram.
Menurut ceritanya di Dol’s Podcast, dia terkedu semasa mengetahui statusnya merupakan seorang anak angkat dan tidak disusukan oleh ibu angkatnya itu.
Baca juga: Kematian Dicemburui Jojo One Nation Emcees, Pergi Waktu Bacaan Doa & Masih Berlinangan Air Mata
BUKAN MAHRAM UNTUK ANAK ANGKAT TAK DISUSUKAN

Gambar: Saiful Apek ketika ditemu ramah di Dol’s Podcast.
“Bila saya nak cium (ibu angkat) ada suara-suara dekat dalam ramai-ramai orang cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh.
“Dalam umur seminggu ibu angkat saya mula jaga saya. Saya tak sempat disusukan kerana ibu angkat saya ni tak pernah melahirkan kerana dia memang tak boleh melahirkan,” ujar Saiful Apek, 56 tahun.
Katanya lagi, mereka memaklumkan bahawa jenazah itu bukan mahramnya kerana dirinya seorang anak angkat dan tidak disusukan ibu angkatnya.
“Waktu itu tiada teknologi (perubatan seperti terapi hormon penggalak susu) itu lagi,” tambahnya lagi.
Baca juga: Boleh Ke Kain Kafan Jenazah Selain Warna Putih? Ustaz Cakap Harus Kalau Kena Syarat Ini!
Hukum hakam berkaitan anak angkat
Sementara itu, Irsyad Hukum Siri Ke-430 di portal Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa secara asasnya, anak angkat yang telah sampai usia baligh yang berlainan jantina dengan ibu bapa mereka merupakan ajnabi (orang asing) kepada mereka.
Hal ini kerana, mereka pada umumnya tidak mempunyai hubungan nasab (keturunan) dengan ibu bapa angkat mereka.
Ketahuilah, mahram hanya berlaku menerusi tiga perkara iaitu nasab, susuan dan juga musaharah (perkahwinan). Justeru, setiap individu yang tidak ada sebarang hubungan pertalian menerusi ketiga sebab ini adalah bukan mahram bagi seseorang dan membawa kepada banyak implikasi hukum.
Mahram ialah individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.
Maka, Islam mengesyorkan anak angkat yang berusia di bawah dua tahun adalah lebih utama untuk ibu angkat menyusukan anak tersebut mengikut syarat-syarat susuan dan secara automatik anak ini akan menjadi anak susuan bagi ibu bapa angkat tersebut.
Ini bagi mengelakkan kesulitan berkenaan isu mahram semasa anak tersebut dewasa kelak kerana susuan juga mensabitkan kemahraman sama seperti nasab.
Baca juga: Wanita Jelaskan Konsep Taaruf Bersama 15 Proses, Buat Sebelum Setuju Untuk Nikah!
Hukum bukan mahram mencium jenazah
Irsyad Hukum Siri Ke-576 menjelaskan, perbuatan mencium jenazah hanya dibolehkan bagi mereka yang sama jantina atau mahram bagi si mati sahaja. Manakala, bagi ajnabi adalah tidak dibolehkan mencium atau menyentuh jenazah tersebut.
Hal ini disebabkan keharusan menyentuh atau mencium seseorang adalah sama ketika dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Sekiranya antara yang hidup dan si mati itu berlainan jantina dan tiada hubungan mahram seperti sepupu, hukumnya haram mencium jenazah tersebut. Namun, jika sesama jantina hukumnya harus selagi mana menjaga adab dan batasan syarak walaupun tiada hubungan mahram.
Baca juga: Ingatkan Tak Boleh, Mesti Ramai Terkejut Lepas Tahu Hukum Wanita Baca Quran Tak Tutup Aurat!
Sumber: TikTok @dolspodcast / Portal Mufti Wilayah Persekutuan
FT Image: Google