Nur

Hukum AURAT Antara Anak Hasil Zina & Anak Lepas Berkahwin

5
SHARES
aurat anak zina

Pada kali ini, penulis ingin berkongsikan mengenai hukum aurat anak zina yang juga dikenali sebagai anak tidak sah taraf atau anak luar nikah. Anak tidak sah taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

Justeru itu, mari ketahui mengenai status hukum aurat antara anak tidak sah taraf dan anak yang diperolehi selepas berkahwin seperti dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus di bawah.

Baca juga: Ada 3 Cara Mengerjakan Haji, Jangan Sampai Tersalah Niat Tau!

AURAT ANAK ZINA & ANAK LEPAS NIKAH

aurat anak zina

Gambar: user850788

Soalan:

“Seorang wanita mengandung dengan suaminya sebelum berkahwin, setelah melahirkan anak, si wanita berkahwin dengan lelaki tersebut iaitu bapa kepada anak itu.

“Kemudian, lahir lagi seorang anak perempuan. Apakah hukum aurat antara anak yang dua orang itu?”

Baca juga: Kedudukan Tangan Ketika BANGUN Dari Sujud, Ini Yang Sunnah & Afdal!

Jawapan:

Melalui video ceramah Ustaz Azhar Idrus, hubungan antara anak yang lahir sebelum nikah dan anak yang dilahirkan selepas nikah dari ibu yang sama adalah hubungan adik-beradik seibu.

Di mana, mereka dikategorikan sebagai adik-beradik seibu yang berlainan bapa. Ternyata, adik-beradik ini haram dikahwini dan tidak batal air wuduk apabila bersentuhan kerana berstatus mahram.

Menjawab persoalan di atas pula, maka aurat kedua-dua mereka adalah seperti adik beradik kandung.

Baca juga: Cara MANDI WAJIB Untuk Lebih 1 Hadas Besar, Perlu Gabung Niat Ke?

Empat golongan adik-beradik

Jelasnya lagi, terdapat empat golongan adik-beradik yang harus masyarakat ketahui iaitu:

  1. Adik-beradik seibu dan sebapa
  2. Adik-beradik sebapa tapi lain ibu
  3. Adik-beradik seibu tapi lain bapa
  4. Adik-beradik lain ibu dan lain bapa

Golongan pertama hingga ketiga merupakan adik-beradik kandung iaitu mahram, manakala golongan yang keempat adalah adik-beradik tiri. Maka, hubungan antara adik-beradik tiri adalah bukan mahram dan  boleh berkahwin.

Sudah pastinya aurat antara adik-beradik tiri sama seperti aurat dengan bukan mahram yang lainnya.

Baca juga: Duduk Di Antara Dua Sujud Terselit Doa Yang Tak Disangka, Ini Pengertiannya!

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus Official

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×