Famili

Senarai Individu Bukan Mahram Dalam Keluarga Besar, Jangan Suka Hati Salam Je

55
SHARES

Budaya di Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu sudah terbiasa menyantuni orang yang lebih tua dengan bersalaman. Bahkan, dalam sesama keluarga sendiri termasuklah keluarga besar iaitu sepupu, ipar-duai, mak bapa saudara dan lain.

Adab menyantuni itu adalah amalan mulia dan penuh kesopanan, namun perlu diingatkan tidak semua orang kita boleh bersalam terutamanya yang bukan mahram dalam keluarga. Jika anda tidak mengetahui dan lupa siapakah yang sepatutnya tidak boleh disalam, mari baca perkongsian daripada Ustaz Khairul Anuar Basri. Semoga bermanfaat kepada semua.

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum & Waktu Ziarah Kubur Pada Bulan Syawal

SENARAI INDIVIDU BUKAN MAHRAM DALAM KELUARGA BESAR, JANGAN SUKA HATI SALAM JE

JANGAN AMBIL MUDAH.

Ada antara saudara-mara kita yang menjadi bukan mahram kepada kita. Maknanya mereka halal untuk kita kahwini, ada batas aurat dengan mereka dan batal air sembahyang jika bersentuhan.

Tetapi kadang-kadang saya lihat masih ramai yang tidak mengambil berat tentang hal ini. Ada yang bukan saja tidak menjaga batas aurat, bahkan bebas bersentuhan sesama sendiri.

Ada yang saya pernah saya jumpa, antara ipar duai pun bersalaman sambil berpelukan dan berlaga pipi atas dasar tradisi turun-temurun dalam keluarga.

Astaghfirullah….

SENARAI INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH BERSALAMAN & BERSENTUHAN OLEH DIRI KITA

Sebagai panduan asas, berikut adalah orang-orang yang bukan mahram buat kita semua:

JIKA KITA SEORANG LELAKI:

Gambar hiasan: SentiasaPanas

1. Isteri kepada adik beradik bapa (mak saudara sabit).

2. Isteri kepada adik beradik emak (mak saudara sabit).

3. Adik beradik perempuan bapa mertua (mak saudara isteri).

4. Adik beradik perempuan emak mertua (mak saudara isteri).

5. Anak perempuan adik beradik isteri (anak saudara sabit).

6. Kakak ipar.

7. Adik ipar perempuan.

8. Sepupu perempuan.

9. Sepupu ayah (perempuan).

10. Sepupu emak (perempuan).

JIKA KITA SEORANG PEREMPUAN:

Gambar hiasan: UtusanTV

1. Suami kepada adik beradik bapa (bapa saudara sabit).

2. Suami kepada adik beradik emak (bapa saudara sabit).

3. Adik beradik lelaki bapa mertua (bapa saudara suami).

4. Adik beradik lelaki emak mertua (bapa saudara suami).

5. Anak lelaki adik beradik suami (anak saudara sabit).

6. Abang ipar.

7. Adik ipar lelaki.

8. Sepupu lelaki.

9. Sepupu ayah (lelaki).

10. Sepupu emak (lelaki).

BAGAIMANA HENDAK HENTIKAN KEBIASAAN?

Gambar hiasan: MStar

Macam mana nak hentikan benda ni kalau dah terbiasa dan ada yang bukan mahram menghulurkan tangan untuk bersalaman?

Kena tolak dan bagitahu dengan baik. Kadang-kadang kerana kejahilanlah amalan ini berleluasa.

Saya dulu pun pernah lalui benda yang sama. Ingatkan semua mak saudara boleh bersalaman. Tapi sedikit demi sedikit dah boleh betulkan dengan adanya ilmu.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul. InsyaAllah akan hadir keberkatan dalam hubungan kekeluargaan.

Sementara itu, di ruangan komen terdapat pelbagai maklum balas positif dalam kalangan netizen yang berterima kasih kerana peringatan baik ini. Malah, ada juga yang pernah dikecam kerana tidak bersalaman dengan sepupu lelaki mentua. Sampai macam itu sekali ya.

Sumber: Facebook Khairul Anuar Basri 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×