Asuh

Mak-Mak Elak Berkemban Depan Anak! Ini 9 Perkara Pendidikan Seksual Kena Mula Dari Rumah

103
SHARES
pendidikan seksual

Pendidikan seksual merupakan ilmu penting yang wajar diajar kepada kanak-kanak sejak mereka kecil lagi dengan bermula di rumah. Disebabkan itu, betapa pentingnya ibu bapa menjaga batas tingkah laku dan aurat apabila berada bersama anak-anak.

Seandainya ilmu ini tidak diajari, ia seperti membuka pintu kepada lubang kemungkaran seperti sumbang mahram. Awas! Jangan sesekali menunjukkan atau melakukan hal yang kurang sopan di hadapan mereka.

Baca juga: Remuk Hati Isteri Bila Suami Cepat Naik Tangan, Suami ‘Baran’ Amalkan Selawat Ini Jika Rasa Nak Marah!

PENDIDKAN SEKSUAL BERMULA DARI RUMAH

pendidikan seksual

Melalui perkongsian dari Puan Wan Nur Syakira, ibu bapa perlu menitikberatkan 9 perkara berkenaan pendidikan seksualiti dalam keluarga sebagai langkah penjagaan bersama bagi mengelakkan sebarang salah laku terjadi.

Maka, ketahuilah juga bahawa, anak-anak adalah peniru paling hebat kerana mereka sangat cepat belajar melalui penglihatan.

PENDIDIKAN SEKSUAL DALAM KELUARGA, 9 PERKARA INI PERLU DICAKNA

9 perkara yang saya selalu ulang dalam perkongsian saya berkenaaan pendidikan seksualiti dalam keluarga.

1. ELAKKAN MENUKAR BAJU DI HADAPAN ANAK

pendidikan seksual

Berhati-hati. Tutup pintu bilik ibu bapa. Tukar baju di bilik sendiri, jangan tukar baju di ruang tamu ke, di dapur ke. Tunjukkan pada anak, perbuatan menukar baju jangan ditunjuk pada orang, aurat mungkin akan terdedah.

2. JAGA CARA PASANGAN BERPAKAIAN DI RUMAH

Cara kita berpakaian ketika bujang dan ketika kita belum ada anak tak boleh sama dengan ketika dah ada anak yang membesar. Jangan pakai baju jarang atas alasan duduk di rumah.

Jaga aurat antara anak dan ibu bapa sejak kecil. Bermula mereka berumur 3 tahun. Nak pakai pakaian jarang ke seksi ke, boxer sahaja ke, hanya dalam bilik tidur suami isteri saja. Jangan normakan pakaian ini di hadapan anak.

3. KELUAR DARI BILIK AIR DENGAN PAKAIAN SOPAN

Elakkan berkemban. Bukan main terjah saja. Disebabkan itu, penting kita asingkan bilik tidur sejak umur 3, 4 tahun.

4. BERJAGA-JAGA DENGAN GURAUAN & SENTUHAN ANTARA PASANGAN DI HADAPAN ANAK

Tak salah anak melihat ayah mencium dahi ibu ketika ingin pergi bekerja. Atau pelukan ringan setelah ibu sambut ayah pulang. Anak perlu melihat kasih sayang antara ibu dan ayah kerana membuatkan anak-anak rasa selamat dan gembira TETAPI ADA BATASNYA.

5. MENYUSU DI TEMPAT TERTUTUP ATAU DALAM BILIK

pendidikan seksual

Jika kita punya anak kecil, elakkan menyusu di hadapan kakak dan abang dia. Minta izin atau beritahu anak, ummi nak menyusu adik dalam bilik ye sebentar.

6. PAKAI KAIN BASAHAN JIKA PERLU ATAU TERPAKSA MANDI DENGAN ANAK

Biasakan dari kecil. Jikalau boleh, elakkan mandi bersama anak. Siapkan anak dahulu, minta pasangan jagakan, baru mandi.

7. IBU AYAH PERLU JAGA PANDANGAN

Ibu ayah perlu jaga pandangan, jangan selamba tengok adegan soft porn (berpelukan, berciuman, pelakon seksi) di kaca televisyen depan anak. Buat seperti adegan itu macam benda normal, yang boleh dilihat.

Belakang anak pun tak boleh tengok juga.

8. JANGAN SESEKALI MELAKUKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI DI HADAPAN ANAK KECIL

Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak kecil dengan alasan mereka masih kecil dan tak faham.
Umur 3 tahun ke atas anak dah boleh tiru dan buat.

9. JANGAN BERGURAU DOUBLE MEANING & LUCAH

Jangan bergurau double meaning dan lucah di hadapan anak. Berkata yang baik-baik.

TEBALKAN RASA MALU DALAM KELUARGA SEBAGAI PERISAI DIRI

pendidikan seksual

Gambar hiasan: Komunikasi Orang Tua dan Anak – Freepik.

Malu ini perlu disemai melalui perbuatan ibu bapa. Anak melihat, anak akan tiru. Malu ini perisai berharga yang perlu tiap anak-anak ada.

Bukan saja malu kepada manusia, malu kepada Allah. Bila ada malu, Insya Allah, mereka lebih berhati-hati melakukan sesuatu. Malu itu datangnya dari iman. Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.” Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sebagai seorang Muslim, segala tindak-tanduk dan tingkah laku kita juga harus mengambil kira pesanan Nabi SAW:

“Jika kamu tidak mempunyai rasa malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu.” (Riwayat al-Bukhari)

Di zaman serba viral ini, malu itu mahkota yang makin hilang dari akhlak manusia. Beringat sentiasa.

Perasan tak, apa yang saya kongsikan di atas banyak juga berkaitan apa yang anda tunjukkan pada anak dan apa yang anak lihat. Besarnya kesan visual dan apa yang anak lihat dalam membentuk akhlak dan peribadi anak.

Anak sangat cepat belajar melalui melihat. Sebab itu, mereka peniru paling handal.

Dan besarnya hikmah Allah memerintahkan kita menjaga pandangan. Menjaga mata. Menjaga apa yang ditonton, kerana itu memberi kesan pada fikiran dan hati.

Dan anak pula, ibu bapalah yang membantu menapis apa yang mereka lihat. Membantu mengingatkan apa yang boleh dilihat dan apa yang tak boleh dilihat.

Moga kita dan anak-anak terdidik dengan perasaan malu pada tempatnya. Moga kita dan anak-anak terdidik menjaga pandangan. Amin.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×