Asuh

“Abang 5 Tahun His*p Kemaluan Adik Lelaki”- Ini Tindakan Perlu Dilakukan Bila Anak Terlibat Seks Oral

8
SHARES

Luruh jantung si ibu apabila mendapati anak-anaknya terlibat dengan seks oral. Paling terkesan ia berlaku sewaktu mereka masih mentah, berusia 5 dan 3 tahun yang tidak mengerti perbuatan yang dilakukan itu adalah satu kesalahan yang besar.

Walaupun pendidikan seksualiti telah pun diajar dari rumah namun apakan daya, takdir mereka untuk diuji dengan ujian sedemikian. Justeru itu, ikuti saranan tindakan yang dikongsikan oleh Puan Wan Nur Syakira, sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini dan cara mendapatkan bantuan dari pakar.

Baca juga: Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS), Doktor Kongsi 10 Nasihat Mencegahnya

BAHANA VIDEO PORNOGRAFI KEPADA KANAK-KANAK

Gambar hiasan: iStock – GettyImages.

Kanak-kanak lelaki umur 5 tahun menghisap kemaluan adik lelakinya umur 3 tahun. Terkejut ibunya bila dapat tahu. Bagai nak pitam ibunya. Semua rasa ada.

Rupanya, sepupu yang berada di sekolah rendah yang ajarkan ketika staycation di rumah saudara. Sepupu tersebut ajar dan minta kanak-kanak 5 tahun buat yang sama pada dia.

Sepupu tahu dari mana perbuatan macam tu? Dari video dalam telefon maknya! Allahu. Mengucap panjang saya bila puan ini adukan pada saya. (Saya sudah minta kebenaran untuk kongsikan kisah ini).

Apa yang anak itu buat ialah oral seks. Bahana video pornografi kepada kanak-kanak bukanlah benda yang kecil.

Tengok sampai nak buat kembali atau zahirkan perbuatan itu signal yang cukup membahayakan. Sudah berantai jadinya sehingga mangsa pun dah mula buat pada orang lain, adiknya sendiri.

PENDIDIKAN SEKSUALITI TELAH DIBERIKAN DARI RUMAH

Bukan ibu ini tidak mengajar anaknya pendidikan seksualiti, beliau dah lakukan kawal konten video, bermain dengan anak. Tapi takdir Allah, Allah mengujinya dan anak-anak.

Bukan senang nak redha di kala kita sudah usaha terbaik. Pasti ada hikmah dan moga puan dan anak baik-baik saja. InsyaAllah. Doa ikhlas saya bersamanya. #pendidikanseksualitibermuladarirumah

TINDAKAN IBU BAPA SEKIRANYA BERADA DALAM SITUASI INI

Gambar hiasan: Google.com.

Apa nak buat bila tahu anak terbuat benda macam ini?

1. Kena slow talk dan tak beremosi bila tanya. Nak-nak lagi anak kecil, kalau dia detect kita tengah marah dan bertanya, lagi susah dia nak membuka cerita.

Ibu tadi dapat korek dari mana anak belajar dengan cara slow talk dan tak pressure anak.

2. Marah dan geram macam mana sekalipun, lepaskan dulu sendirian dan berbincang dengan pasangan.

3. Tak semestinya kita akan tahu punca dengan sekali bercakap, mungkin kita kena approach anak berkali-kali untuk korek.

4. Maklumkan kepada ibu bapa pemangsa berkenaan anaknya yang terlepas tonton video.

5. Bila dah anak ini sudah buat kembali pada orang lain, perbuatan yang orang lain ajar pada dia atau dah tertonton video pornografi yang eksplisit (terang jelas, bukan soft porn), saranan saya kena bawa anak jumpa kaunselor / doktor / psikiatri untuk pakar periksa sejauh mana dan terapi apa untuk pulihkan dia.

ANAK-ANAK INI PERLU DIRAWAT…

Kecil lagi, bukan bermakna dia akan lupa dan tak tiru aksi itu.

Dalam konteks ini, 3 kanak-kanak ini perlu dirawat. Bahkan nak panggil kanak-kanak 7 tahun tadi ini pemangsa pun, saya pasti dia tak tahu apa yang dia buat itu salah dan sekadar tiru apa yang ditonton.

Saya bukan pakar, saya hanya orang yang advocate tentang pendidikan seksualiti.

CARA MENDAPATKAN BANTUAN DARI PAKAR

Gambar hiasan: Google.com.

Macam mana nak dapatkan bantuan pakar? 

1. Boleh cari dan kunjungi pusat kanseling swasta atau pusat psikologi swasta.

2. Boleh dapatkan khidmat kaunseling dari badan kerajaan seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

3. Boleh kunjungi mana-mana klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk dapatkan surat rujukan untuk bertemu kaunselor, pakar psikologi kanak-kanak atau doktor psikiatri hospital kerajaan.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×