Asuh

Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS), Doktor Kongsi 10 Nasihat Mencegahnya

16
SHARES

Kematian bayi secara mengejut merupakan perkara yang sukar buat ibu bapa untuk menerima kenyataan tersebut. Melalui perkongsian perubatan dari Doktor Samhan, Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dijangka.

Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun. Namun begitu, kemalangan ini boleh cuba dicegah melalui 10 nasihat yang dikongsikan seperti di bawah. Semoga ia dapat membantu.

Baca juga: Nampak Elok Tapi Rupanya Gigi Goyang Akibat Karang Gigi, Doktor Pesan Kena Buat ‘Scaling’

SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT (SIDS)

“Doktor, saya terima panggilan ada kes bayi tak sedarkan diri,” kata seorang Pembantu Perubatan.

“Ok,jom!” tanpa berlengah aku terus mempercepatkan langkah.

Setiba di rumah kejadian, aku mengetuk pintu. Kelihatan seorang ibu muda membuka pintu.

“Berapa umur anak? Apa dah jadi?”

“Anak saya baru 4 bulan. Pagi tadi saya kejutkan dia, tapi dia dah tak gerak.”

Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)

Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dijangka. Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun.

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur 6 bulan dan kebawah dan 60% daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara 2-4 bulan. Walaubagaimanapun, pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.

10 NASIHAT UNTUK MENCEGAH SIDS (Sudden Infant Death Syndrome):

1. ELAKKAN TIDUR DALAM POSISI MENIARAP

Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andai kata lemas.

Gambar hiasan: Google.com.

2. ELAKKAN TIDUR DI ATAS TILAM DAN CADAR LEMBUT

Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.

3. ELAKKAN LETAK MAINAN LEMBUT (SOFT TOYS) DI ATAS KATIL

Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.

4. ELAKKAN BAYI DARI PEROKOK

Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.

5. ELAK MEMAKAIKAN PAKAIAN BERLAPIS-LAPIS KETIKA TIDUR

Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yg terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.

6. ELAKKAN BAYI TIDUR DENGAN KANAK-KANAK LAIN

Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.

Gambar hiasan: Google.com.

7. MENYUSU BADAN

Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.

8. SEGERA DAPATKAN RAWATAN DOKTOR

Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.

9. BERI LEBIH PERHATIAN KEPADA BAYI PRAMATANG

Ibu bapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.

10. DAPATKAN PEMERIKSAAN PRENATAL BERKALA

Ini dapat mengurangkan risiko SIDS malah membantu ibu untuk memantau kesihatan bayi secara keseluruhan.

“Bagaimana keadaan anak saya, doktor?”

“Setelah membuat pemeriksaan, saya minta maaf.”

“Bayi puan sudah tiada.”

Dr. Ahmad Samhan, berwaspadalah.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×