Asuh

Video ‘Nursery Crimes: Suriram’ Raih Perhatian, Beri Mesej Kesedaran Mengenai Sexual Grooming

1
SHARES
mengenai sexual grooming

Baru-baru ini telah tular sebuah video bertajuk Nursery Crimes: Suriram yang memperlihatkan perbuatan ‘sexual grooming’ terhadap kanak-kanak. Ia bertujuan memberi kesedaran mengenai sexual grooming kepada masyarakat.

Sexual grooming atau antunan seksual ialah apabila orang dewasa membina hubungan emosi dengan seorang kanak-kanak untuk mendapatkan kepercayaan mereka bagi tujuan penderaan seksual, eksploitasi seksual atau pemerdagangan.

Video ini secara tidak langsung, telah menarik perhatian Puan Wan Nur Syakira untuk mengulas dengan lebih lanjut, selain turut sama memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai jenayah seksual ini.

Baca juga: Ini Cara Mudah Anak Hafal Sifir 6 Hingga 9, Guna Jari Sahaja!

VIDEO KESEDARAN SEXUAL GROOMING ‘NURSERY CRIMES: SURIRAM’

mengenai sexual grooming

AMARAN: Video pesanan khidmat masyarakat ini mengandungi unsur penderaan seksual kanak-kanak yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak di bawah 18 tahun. Pertimbangan penonton adalah dinasihatkan.

Seram dan meremang tengok video Nursery Crimes: Suriram ni.

Gambaran bagaimana kanak-kanak diekploitasi secara seksual melalui muka manis yang berniat syaitan. Lirik lagu pun amat menakutkan.

Lagi mengerikan, bagaimana kanak-kanak tersebut sudah tahu apa yang perlu dilakukan saat lagu itu dinyanyikan oleh pemangsa. Baring dan menanti di situ. Lalu pemangsa datang dan membuka baju.

Video terhenti di situ.

MENGENAI SEXUAL GROOMING KANAK-KANAK

Sungguh kanak-kanak tidak tahu beza kasih sayang dan diambil kesempatan kalau tak diajar tentang cara yang tepat untuk meluahkan sayang.

SAYANG TIDAK DIBUKTIKAN MELALUI PERBUATAN INI (❌)

Sayang tidak dibuktikan:

  • Sentuh private part.
  • Gosok dan ramas private part.
  • Gunakan private part untuk sentuh kanak-kanak.
  • Meraba-raba bahagian badan lain secara keterlaluan.
  • Mencium bibir kanak-kanak.
  • Ambil gambar / video tak berbaju atau private part terdedah.

CIRI-CIRI SEORANG PEMANGSA

mengenai sexual grooming

Gambar hiasan: Depositphotos.

Amang seksual / sexual grooming boleh dilakukan oleh sesiapa saja yang punya akses dengan anak-anak.

Dalam kebanyakan kes, memang yang jadi pemangsa ini saudara terdekat, orang yang dikenali, orang yang dipercayai. Bahkan oleh ibu ayah sendiri.

Pemangsa ni juga biasanya sangat pandai berlakon dan soft spoken, sebab tu dia berani dan sabar buat sexual grooming.

Sexual grooming ini bukan berlaku sekejap, ambil masa. Jika betul teknik yang pemangsa guna, memang ramai yang terpedaya. Pemangsa sangat bijak memanipulasi psikologi mangsa.

Lagi menakutkan, ada mangsa tak sedar dia sedang dimanipulasi dan di”grooming” oleh pemangsa . Mempunyai attachment secara emosi dengan pemangsa walaupun akhirnya dia tahu apa yang dibuat padanya adalah perkara buruk.

MENGENAI SEXUAL GROOMING: TERDAPAT 6 PERINGKAT

  1. Sasarkan mangsa.
  2. Mendapatkan kepercayaan dari mangsa.
  3. Memenuhi keperluan mangsa.
  4. Mengasingkan mangsa dari alam sekeliling.
  5. Mula berbicara tentang elemen seksual.
  6. Mengekalkan kawalan terhadap tingkah laku dan minda mangsa.

Nampak tak step tu? Sikit demi sikit.

DIINGATKAN SELALU KANAK-KANAK TENTANG MELINDUNGI ‘PRIVATE PART’ SENDIRI

mengenai sexual grooming

Gambar hiasan: IanNolan – GettyImages.

Kanak-kanak takkan tahu tentang private part yang perlu dijaga kalau tak diingatkan selalu.

  • Bibir.
  • Bahagian dada/payudara.
  • Faraj/ zakar.
  • Punggung.
  • Paha.

Ini semua private part yang HANYA BOLEH DISENTUH DAN DILIHAT oleh diri sendiri. Itu pun hanya untuk tujuan KESIHATAN dan KEBERSIHAN.

Nak pegang saja-saja pun tak boleh. Tanam kemas dalam minda anak berkenaan safe dan unsafe touch, aurat, dan private part.

Pasak kuat-kuat rasa malu. Jangan biar anak sewenangnya menunjukkan private part mereka pada sesiapa hatta adik beradik dan kita selaku ibu bapa.

KOMUNIKASI HARIAN IBU BAPA & ANAK PERLU AMALKAN BERCAKAP TENTANG MALU

Mula dari kecil, mula dengan rutin mandi, pakai baju dan ulang setiap hari tentang konsep penjagaan private part. Sentiasa bercakap tentang malu dalam komunikasi harian.

“Jom pakai baju cepat-cepat, malu ibu tengok zakar adik, ibu pandang ke lain ya.”

“Keluar bilik air, terus bertuala ya dan segera pakai baju.”

“Kakak dah boleh basuh sendiri faraj,  jadi ayah dah tak perlu sentuh, kakak buat sendiri.”

“Ketuk pintu bila masuk bilik ibu, mana tahu ibu tak tutup aurat, ibu malu.”

Latih anak toilet training dan uruskan urusan membersihkan kemaluan mereka sendiri, tak harapkan orang lain basuhkan walaupun dah masuk tadika. Moga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan Allah.

Pendidikan Seksualiti Bermula Dari Rumah.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×