Asuh

Ini Cara Mudah Anak Hafal Sifir 6 Hingga 9, Guna Jari Sahaja!

1
SHARES
cara mudah hafal sifir

Semasa zaman penulis masa kecil, cara hafal sifir yang sering digunakan kanak-kanak ketika itu adalah menghafal jadual sifir yang terdapat di belakang buku tulis. Namun lain pula pada generasi kini, di mana terdapat pelbagai cara mudah hafal sifir yang telah diajar guru di sekolah.

Ini termasuklah teknik menghafal sifir guna jari di kedua-dua bahagian tangan seperti dikongsikan oleh Cikgu Nurul yang mendapat 3.2K perkongsian. Menurutnya, ini adalah teknik jari yang boleh digunakan untuk mengira sifir 6 hingga sifir 9. Jom cuba ajar anak di rumah dengan cara ini!

Baca juga: Anak Mudah Tiru Sikap Ayah, Jadi Tunjukkan Sikap Baik & Jaga Pertuturan!

ANAK TAK HAFAL SIFIR?

cara mudah hafal sifir

Gambar hiasan: Google.

Tak dapat dinafikan, ramai pelajar yang tak dapat kuasai sifir walaupun sudah berada di Tahun 6. Ada macam-macam kaedah sekarang untuk membantu pelajar berkenaan sifir.

Kaedah yang paling terbaik, sudah tentu hafal sifir. Bila ditanya 7×6, terus boleh jawap 42. Bukan yang kira mula dari 7,14,21……42.. Itu masih belum cekap sifir lagi.

Ada pelajar yang menghafal sifir dengan cara bernyanyi, seperti Kaedah Mokhdar (sifir 2-19), tetapi bukan semua orang sesuai dengan kaedah tersebut.

Begitu juga ada yang bina sifir menggunakan jadual, memang kelihatan agak mudah. Tetapi masalahnya apabila mereka tersilap hafal atas ke bawah ke, kiri ke kanan ke, habis semua sifir jadi salah.

Salah satu cara yang saya selalu ajar pelajar saya ialah gunakan jari. Lebih mudah jika mereka sudah cekap sifir 2-4. Sifir guna jari ini boleh diguna pakai daripada sifir 6-9.

Mungkin ramai yang dah tahu cara ini, tetapi kepada mereka yang belum tahu, boleh praktikkan.

CARA MUDAH HAFAL SIFIR 6-9

Terdapat 6 langkap mudah yang boleh anak anda ikuti seperti penjelasan di gambar-gambar ini.

LANGKAH 1 – 3

cara mudah hafal sifir

LANGKAH 4

cara mudah hafal sifir

LANGKAH 5

cara mudah hafal sifir

LANGKAH 6

cara mudah hafal sifir

Sumber: Facebook Cikgu Nurul

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×