Asuh

“Ini Genius!”- Adik Rayyan Usia 8 Tahun Dah Tahu Istilah Juta, Million, Quadrillion Hingga Novemtrigintilion!

33
SHARES
hafal sifir

Lumrah dalam kalangan kanak-kanak yang kian membesar untuk cenderung dalam melakukan perkara yang digemari. Namun bukan semua kanak-kanak minat untuk mendalami ilmu Matematik seperti hafal sifir dan membuat kiraan dalam jumlah besar seperti adik Rayyan ini.

Ketika kanak-kanak seusianya menikmati zaman kanak-kanak dengan bermain, lain pula kisahnya dengan Muhammad Rayyan Hakeem Mohd Syazlan Amirudin yang lebih suka menghabiskan masa dengan mendalami ilmu Matematik sehingga tahu istilah juta yang orang dewasa pun tak tahu!

Baca juga: “Rasa Nak Hempuk Buku!”- Bapa Marah Subjek Matematik Sekolah Rendah Terlampau Susah

HAFAL SIFIR 12 SEMASA USIA 5 TAHUN, TAHU ISTILAH JUTA, BILLION, TRILLION, QUADRILION

hafal sifir

Foto adik Rayyan.

Sangat luar biasa apabila kanak-kanak yang mesra disapa Rayyan, baru berusia 8 tahun ini boleh mencongak operasi tambah, tolak, darab dan bahagi membabitkan angka yang besar.

Menurut ibunya, Nurul Dalinatul Aini Mohd Dali yang menetap di Sheffield, United Kingdom (UK) berkata, dia dan suami, Amirudin Bahardin, menyedari minat Rayyan dalam Matematik ketika anaknya itu berumur lima tahun. Katanya, minat itu adalah hasil inisiatif dan keinginan Rayyan untuk belajar.

Berdasarkan laporan Harian Metro yang diceritakan semula oleh ibunya, rutin harian Rayyan sama seperti kanak-kanak lain iaitu ke sekolah. Cuma, seawal umur lima tahun, dia sudah menghafal sifir dua hingga 12. Hebat! Tambah ibunya lagi, memang terserlah minatnya sangat serius kerana mencongak angka besar selain gemar menonton video berkaitan angka di YouTube.

“Disebabkan itu, Rayyan boleh tahu istilah juta, bilion, trilion, quadrilion, quintilion sehingga ke novemtrigintilion,” katanya dihubungi Harian Metro.

Menurut Nurul Dalinatul Aini, sejak Disember tahun lalu, Rayyan mula menunjukkan kemahiran mencongak angka berkuasa besar. Rayyan juga sering memintanya dan suami memberikan soalan berkaitan Matematik bagi menguji kemahirannya. Paling mengujakan adalah, setakat ini, Rayyan berkebolehan untuk mencongak nombor 22 sehingga 209!

“KAMI HENDAK BERI RAYYAN KEBEBASAN SEPERTI KANAK-KANAK LAIN..”

hafal sifir

Tidak ketinggalan, berkat kepada kebijaksaaan yang dipamerkan oleh Rayyan, dia juga terkenal dalam kalangan rakan sebaya dan guru dengan kebolehan Matematik malah pernah mendapat ‘Head Teacher’s Award’ untuk kemahirannya itu. Menurut guru, Rayyan sering ke hadapan untuk menulis di papan hitam bagi menjawab soalan atau kuiz Matematik di sekolah.

Selain itu, menurut ibunya lagi Rayyan ingat semua nama-nama kuasa, suka bermain kiub rubik dan tidak suka menyelesaikannya mengikut warna seperti orang lain, tetapi mengikut coraknya. Meskipun sedar kelebihan dimiliki Rayyan, Nurul Dalinatul Aini mahupun suaminya tidak pernah beri tekanan kepada anak mereka itu.

Kami tak pernah memaksa sebaliknya beri kebebasan untuk Rayyan memilih apa diminatinya dan bagi sokongan.

“Cuma pernah terfikir jika dia dapat masuk universiti pada usia yang muda. Tapi, itu semua terpulang padanya dan kalau boleh, kami hendak beri Rayyan kebebasan kerana mahu dia membesar serta bermain seperti kanak-kanak lain,” katanya.

*Kalau boleh, apa salahnya biarkan anak genius ini mengikut fasa yang terlah ditentukan bukan? Riang bermain seperti kanak-kanak yang lain, dalam masa yang sama otaknya geliga seperti seorang genius!

Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×