Seperti yang kita tahu, pembelajaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sistem pendididikan di sekolah adalah sangat penting dan menjadi keutamaan. Namun, ada beberapa jenis sekolah yang turut menambah pembelajaran bahasa lain seperti Bahasa Arab dan menjadikan buku teks Bahasa Arab sebagai latihan tambahan.
Apa yang merunsingkan adalah, kita di Malaysia tidak menggunakan Bahasa Arab dengan meluas tetapi kenapa buku teks Bahasa Arab yang diberikan kepada anak-anak bersekolah perlu 100% dalam bahasa itu sendiri tanpa terjemahan?
Baca juga: “Rasa Nak Hempuk Buku!”- Bapa Marah Subjek Matematik Sekolah Rendah Terlampau Susah
BUKU TEKS BAHASA ARAB DI SEKOLAH 100% TIADA TERJEMAHAN?
Terbaharu, ada satu perkongsian luahan dari bekas guru sekolah agama dikenali dengan nama Asmah Chem di laman Facebook apabila beliau sendiri terkejut melihat Bahasa Arab digunakan secara 100%! Tiada terjemahan dalam Bahasa Melayu diletakkan, jadi bagaimana anak-anak di sekolah Malaysia boleh faham? Tambah pula kalau ditanya kepada ibu bapa, lagi pening kepala!
Idea siapa agaknya? Bahasa Arab bermula di Tahun 1. Buku teks Bahasa Arab pula 100% Bahasa Arab. Buku Maryam (tahun 2) sudah diajar ayat-ayat yang saya belajar di Tingkatan 1 dulu. Zaman saya dulu, Bahasa Arab diajar di Tingkatan 1 Sekolah Agama.
Semasa di Universiti saya ambil Bahasa Arab sebagai Bahasa ketiga dan berjaya skor A setiap semester. Saya sangat minat bahasa Arab, tetapi saya tak bersetuju Bahasa Arab diajar kepada murid-murid di Tahun 1-6. Bahasa Melayu pun kucar-kacir lagi tiba-tiba dah sumbat dengan Bahasa Arab. Cukuplah buku Pendidikan Islam dengan 100% tulisan jawi. Buku Bahasa Arab guna 100% Bahasa Arab pula? Nak marah tapi kena sabar…
Sudah semestinya ramai dalam kalangan mak ayah yang turut meluahkan perkara sama di ruangan komen apabila mereka sendiri terkial-kial untuk mengajar anak di rumah. Tiada masalah untuk anak belajar Bahasa Arab tetapi bukan semua dalam kalangan mak ayah yang mahir bahasa ini dan boleh membantu anak di rumah. Sekurang-kurangnya, ada terjemahan Bahasa Melayu!
“Setuju! Bila anak minta mak ajar mak terpinga-pinga sendiri. Kalau ada dwi bahasa ok lagi, ini full Arab mana la mak tau. Last mak dia cakap kamu biarkan jela nanti dekat sekolah tanya ustazah semula.”
“Setuju sesangat ustazah, dah lama saya pendam. Anak pun sekarang dah darjah 5, setiap kali nak ajar terpaksa Google kot kot ada Youtube cikgu yang bagi jawapan. Penat dan stress rasa!”
YANG ADA BASIC BAHASA ARAB PUN TERKIAL-KIAL
Malah, luahan dari seorang netizen yang merupakan bekas pelajar sekolah Arab pun mengakui terkial-kial apabila melihat buku teks Bahasa Arab budak sekolah zaman sekarang.
“Saya pun setuju, saya bersekolah arab di Kelantan, saya di kelas peralihan setahun (wajib) untuk fahamkan bahasa arab bukan senang tapi mujur ustaz, ustazah saya semua best.Jadi, dari tak tahu Bahasa Arab saya boleh faham cumanya saya belajar tak habis ( sehingga PMR sahaja) .
Saya nak ajar anak darjah 4, terpaksa bukak kamus semula. Alhamdulillah walaupun tak habis sekolah arab dapat juga ajar anak. Cuma ya silibus sangat susah. Kena faham tatabahasa, beza penggunaan lelaki perempuan, situasi . Saya yang tau basic bahasa Arab pun terkial-kial nak ajar..”
*Apa yang merisaukan adalah takut salah terjemahan oleh mak ayah, anak-anak pening kepala nak mahirkan bahasa yang mana satu sedangkan di Malaysia, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang perlu diutamakan dahulu. Dua bahasa ini pun masih tergagap-gagap…
Baca juga: Anak Bakal Masuk Darjah 1? Ini 11 Kemahiran Asas Mak Ayah Kena Latih Elak ‘Culture Shock’
Sumber: Asmah Chem