Mempunyai anak lelaki merupakan cabaran untuk mak ayah kerana mereka akan bertanyakan pelbagai soalan. Terutama sekali mengenai alat sulit lelaki, mereka akan tertanya-tanya tentang satu proses yang dipanggil sebagai ‘morning wood/morning erection’.
Cara penjelasan yang betul diberikan oleh mak ayah adalah amat penting supaya tiada pemahaman lucah dan mereka faham bahawa ini merupakan proses normal dalam kalangan lelaki. Macam mana nak jawab kepada anak? Di bawah adalah senarainya..
Baca juga: Tular Budak Sekolah Rendah Buat Servis S*ks Serendah RM10, Salahkan Guru Atau Mak Ayah?
ANAK MENGADU ALAT SULIT LELAKI ‘MENGERAS’ WAKTU PAGI, NAK JAWAB APA?
“Ayah, kenapa kemaluan saya mengeras pada waktu pagi?”
Jika anak sudah meningkat dewasa dan sudah mula ada morning erection, langkah terbaik adalah dengan menjelaskan kepadanya mengapa ia berlaku.
1. Proses Biologi Semula Jadi
Alat sulit lelaki mengeras pda waktu pagi adalah satu fenomena semula jadi yang berlaku kepada hampir SEMUA lelaki sebagai sebahagian daripada fungsi tubuh normal.
2. Menunjukkan tubuh badan sihat
Ia adalah satu tanda bahawa sistem saraf dan peredaran darah berfungsi dengan normal.
3. Hormon dewasa meningkat
Morning erection berlaku semasa tidur, terutamanya semasa fasa tidur. Ketika ini, tubuh lelaki menghasilkan lebih banyak hormon testosteron, yang boleh menyebabkan ereksi
4. Pundi kencing penuh
Morning erection juga boleh disebabkan oleh kandung kencing yang penuh. Tekanan dari pundi kencing yang penuh boleh merangsang saraf yang menyebabkan ereksi
Owh ya, morning erection BUKAN akibat ransangan seksual seperti melihat gambar yang tidak elok. Dengan menjelaskan bahawa morning erection adalah proses biologi semula jadi, anda dapat membantu anak memahami bahawa ia adalah sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan normal, BUKAN akibat tindakan yang salah atau tidak baik yang memalukan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang berkongsikan pengalaman berhadapan dengan pertanyaan anak-anak lelaki terutamanya yang masih bersekolah.
“Anak laki saya umur 10 tahun dok panggil ketat. Dari mula-mula terjadi ya benda tu..itu la bahasa dia.”
“Anak saya tadika..mandi pagi nak pergi sekolah cakap kenapa dia punya panjang mama. Jawapan saya sebagai mak senang saja. Sebab saya tau benda itu normal..saya bagitahu pagi-pagi memang dia macam itu, tapi sekejap saja. Abang punya sihat jangan risau. Dia pun owhhh..lepas tu tak tanya dah..”
“Baru tau info, terima kasih. Anak yang makin membesar macam ni la.. rupanya normal dan sihat. Alhamdulillah”
*Ketiadaan morning wood tidak semestinya bermaksud seseorang itu tidak sihat, tetapi jika ia berlaku secara berterusan dan disertai dengan gejala lain, lebih baik dapatkan pemeriksaan. Jangan ambil kopi songkok/ pejuang pula!
Baca juga: Anak Sulung Boleh ‘Rosak’ Akibat 8 Cara Mak Ayah Ini, Tanpa Sedar Anda Selalu Buat…
Sumber: Public Health