Menjadi anak sulung dalam keluarga dilihat sebagai tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul. Mana tidaknya, andalah menjadi contoh untuk adik-adik malah ada juga yang menjadi tulang belakang kepada sistem kewangan keluarga dan ini merupakan fakta anak sulung ramai tahu.
Namun tanpa disedari, ada beberapa perbuatan dalam kalangan mak ayah yang sebenarnya boleh merosakkan anak sulung dan akhirnya menyebabkan mereka menyendiri dan tawar hati. Sudah pasti, ramai yang mengalami keadaan sebegini…
Baca juga: JKM Cari Ibu Kandung/Waris Adrian Rayyan, Bayi Yang Ditinggalkan Di Dobi Mac Lalu
FAKTA ANAK SULUNG, INI 8 CARA MAK AYAH BOLEH ROSAKKAN MEREKA
1. Suruh dia cari duit untuk adik-adiknya
Jangan terkejut kalau ada mak ayah yang menyuruh anak sulung mencari duit buat adik-adiknya. Namun, tidak semua perlu dipandang dari sudut negatif kerana ada komen netizen mengatakan dirinya dan kakak memang dilatih untuk mencari duit dengan berniaga bersama keluarga. Inilah yang menjadi penguat semangat ke menara gading.
2. Paksa dia tanggung perbelanjaan semua adik-adiknya
Ada netizen meninggalkan komen bahawa pernah mempunyai pengalaman menganggung perbelanjaan adik-adik. Bahkan, dia yang merupakan anak nombor dua perlu menyara kakak sulung. Walaupun kini sudah mempunyai kehidupan masing-masing, tetaplah dia yang dicari apabila ada masalah kewangan.
3.Paksa dia untuk jadi pencari nafkah tetap buat seluruh ahli keluarga
Semualah perlu dipikul oleh seorang anak sulung termasuklah terpaksa menjadi pencari nafkah tetap buat keluarga. Tambah pula kalau anak sulung itu sudah kehilangan ayah atau ibu, dialah yang perlu menanggung kesemuanya.
4.Pulau dia jika dia tak boleh nak tolong kewangan keluarga dan adik-adiknya
Ada juga dalam kalangan mak ayah yang tanpa sedar ‘memulaukan’ anak sulung yang tidak mempunyai pencapaian tinggi atau tidak mampu untuk membantu keluarga dalam hal kewangan. Tips yang dikongsikan oleh netizen yang berhadapan dengan masalah yang sama adalah untuk abaikan, diam dan teruskan dengan kehidupan biasa.
5.Wajibkan dia untuk berjaya dalam semua hal supaya kita boleh cerita dan banggakan pada kaum kerabat kita
Ini juga merupakan situasi yang dialami oleh netizen apabila mak ayahnya berkata sebegini:
“Korang belajar bagi dapat ijazah, jangan jadi macam along. Bodoh.”
6. Sindir dia bila dia dapat keputusan peperiksaan yang tak boleh nak dibanggakan di depan kaum kerabat
Mungkin tidak sedar tapi mak ayah akan tersindir anak-anak di hadapan kaum kerabat keluarga apabila anak mendapat keputusan peperiksaan yang kurang hebat. Konon macam nak beri semangat namun sindiran ini membuatkan anak-anak sulung berasa sangat sedih.
7. Bandingkan dia dengan sepupu-sepupu dan anak orang lain
Sudah pasti ramai yang mengalami situasi sebegini semasa masih bersekolah bukan? Setiap keputusan peperiksaan yang dapat mesti akan dibandingkan dengan sepupt sepapat dan akhirnya akan mengundang malu.
*Sedarlah wahai ibu bapa, mungkin anak-anak tidak menunjukkan bahawa mereka terluka namun ini sebenarnya membuatkan anak sulung murung dan akan menyendiri.
Baca juga: Anak Diejek & Malu Pakai Beg Sekolah Koyak, Bapa Tebalkan Muka Mohon Bantuan Beg Terpakai
Sumber: Taufiq Razif