Terbaharu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung atau waris bayi lelaki yang ditemui orang awam di sebuah kedai dobi di USJ 8, pada 5 Mac 2024 lalu. Sehingga kini, masih tiada lagi tuntutan atau sesiapa sahaja datang untuk mengambil bayi tersebut jika betul hilang.
Begitu pantas masa berlalu, bayi yang ditinggalkan tersebut kini sudah berusia lima bulan!
Baca juga: Kematian Tragis Adik Nuraina Humaira, Dirogol & Dibunuh Selepas Nak Beli Ayam Goreng…
PENCARIAN IBU KANDUNG ATAU WARIS ADRIAN RAYYAN
JKM memberitahu dalam kenyataan semalam, bayi diberi nama Adrian Rayyan itu yang kini berusia lima bulan ditemui dalam keadaan sihat, sempurna sifat fizikal dan tidak bertali pusat.
Hal ini kerana, orang awam yang menemui bayi berkenaan kemudian menghubungi pihak polis sebelum dibawa oleh ambulans ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
“Laporan polis sudah dibuat oleh pegawai perubatan Hospital Shah Alam dan bayi berkenaan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk pemantauan,” katanya. Menurutnya, jabatan itu sudah merujuk kepada pihak polis dan dimaklumkan kes masih dalam siasatan dan tidak berjaya menemui ibu kandung atau waris bayi berkenaan.
“Kes bayi itu kemudian dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 13 Jun lalu bagi mendapatkan Perintah Jagaan Sementara di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Bayi itu ditempatkan di bawah institusi JKM bagi membolehkan pelindung menjalankan siasatan dan merancang penempatannya,” katanya.
JKM mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pelindung kes iaitu Shareena Allesa Stephen di talian 03-56343095 atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya, Selangor untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, bayi berusia sekitar sebulan itu ditemui penduduk kira-kira jam 5 pagi. Pemimpin masyarakat di kawasan itu mengendalikan bayi itu dengan baik sebelum mereka menghubungi pihak berkuasa.
Malah, bayi itu ditinggalkan bersama satu beg yang mengandungi kemeja-t dewasa, sepasang stokin dan sarung tangan serta skarf kepala.
*Membesar dengan sihat ya Adrian Rayyan!
Baca juga: Jatuh Kerusi Akibat Ditarik Rakan Sekolah, Kanak-Kanak Derita Sakit Tulang Belakang
Sumber: JKM, Harian Metro