40 Minggu

Uyaina Arshad Kongsi Video Cium Bayi Sewangi Syurga, Komen Netizen Pula Jadi Perhatian!

19
SHARES
uyaina arshad

Siapa sahaja yang tidak mengenali Uyaina Arshad yang merupakan selebriti dan personaliti televisyen kegemaran ramai. Bukan sahaja selalu berkongsikan pendapat berinformasi tentang keadaan semasa, beliau juga baru selamat melahirkan bayi keduanya pada 17 Mei yang lalu dan kini sedang berpantang.

Paling comel adalah, beberapa hari lepas, Uyaina ada berkongsikan video mencium anaknya yang masih kecil dengan penuh rasa geram kerana inilah yang dikatakan seperti bau wangian syurga. Namun, komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet di video tersebut pula menjadi perhatian kerana semuanya mencuit hati!

Baca juga: Ibu Sebak Bila Bayi Dalam Kandungan Alami ‘Missing Finger’, Disahkan Semasa Ultrasound

UYAINA ARSHAD KONGSI VIDEO CIUM BAU BAYI WANGI, KOMEN NETIZEN PUN KELAKAR!

uyaina arshad

“My favourite bau. Siapa gomol anak korang macam ni jugak kita geng!

“Anyway, nampak macam biasa je kan kiss baby? But I wanna share this amazing info with all the Mamas about the health benefits of kissing your babies”.

Menurut Uyaina, dengan mencium bayi, sebenarnya kita mengambil kuman yang hidup di kulit mereka melalui mulut kita, dan kemudian berubah menjadi antibodi dalam susu ibu. Jadi dengan menyusukan bayi, anda sebenarnya menghasilkan antibodi yang diperlukan. Antibodi ini akan dihantar melalui susu ibu untuk memperkuat bayi melawan bakteria-bakteria tersebut secara dalaman dan kekal imun terhadap jangkitan.

“Hanya dengan ciuman dari seorang ibu, imun badan anak kita akan menjadi lebih kuat,” kongsi Uyaina menerusi kapsyennya.

Pun begitu penting diingatkan bahawa, biar hanya ibu yang melakukan amalan mencium bayi ini dan tidak orang lain terutama orang yang datang berkunjung kerana ia membawa kuman kepada bayi itu sendiri. Elakkan!

“So Mamas, kiss your babies a lot! Mama je tau. Orang lain yang bukan mak baby tu jangan cium anak orang sebab boleh bawak penyakit kat baby tu. Hope this helps,” kongsinya lagi.

Selain mendapat tips mencium bau syurga di dunia ini, komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet juga menjadi hiburan ramai. Ada dalam kalangan warganet yang mengatakan, bau wangi syurga pada bayi adalah dalam tempoh yang singkat sahaja kerana bau tersebut akan bertukar jadi ‘masyam’ apabila mereka semakin besar. Malah, apabila anak sudah bersekolah ada yang mengatakan bau anak mereka sudah berbau telur kuning! Tidak ketinggalan, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun ikut tinggalkan komen.

uyaina arshad

Antara komen netizen yang menghiburkan.

Komen-komen yang ada pada video Uyaina ini bukanlah bermakna untuk mengutuk anak-anak sendiri kerana semuanya hanya jenaka semata-mata. Bila anak dah besar, pasti anda akan rindukan bau wangi mereka yang tidak dapat diungkapkan ini.

*Selain bayi bau wangi masyam masyam, orang cakap pengantin baharu pun akan bau masyam masyam ini pada pasangan masing-masing. Betul ke?

@uyaina.arshadBau syurga 🤤 Siapa gomol anak korang macam ni jugak? 😝 Kita genggg! Anyway, nampak macam biasa je kan kiss baby? But I wanna share this amazing info with all the Mamas about the health benefits of kissing your babies👇🏻 Did you know that by kissing your baby, you are actually taking the germs living on their skin through your mouth, and later become antibodies in your breastmilk? So by nursing your baby, you are actually producing required antibodies and passing it through breastmilk to make your baby stronger to fight those bacterias internally and stay immune to infections. Hanya dengan ciuman dari seorang ibu, imun badan anak kita akan menjadi lebih kuat! 😊 So Mamas, kiss your babies a lot! 🥰 Mama je tau. Orang lain yang bukan mak baby tu jangan cium anak orang.. Sebab boleh bawak penyakit kat baby tu. Hope this helps! ♥️♬ original sound – UyainaArshad

Baca juga: Cara Nak Tahu Si Ibu Hamil Bayi Kembar Tanpa Perlu Ultrasound, Tahniah!

Sumber: Tiktok @uyaina.arshad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×