40 Minggu

Tahniah! Anda Disahkan Hamil Jika Mengalami 25 Tanda-Tanda Ini, Check Cepat

17
SHARES
tanda-tanda awal hamil

“Aku rasa macam ada tanda-tanda awal hamil je ni. Sekejap moody, sekejap muntah, sekejap mual..”

Mendapat perkhabaran bahawa anda disahkan hamil merupakan berita yang paling menggembirakan bagi seorang wanita. Namun, ramai juga dalam kalangan kita terlepas pandang dengan tanda-tanda awal hamil yang disangkakan hanya perkara biasa.

Jangan pandang ringan jika anda mengalami 25 tanda yang disenaraikan di bawah kerana anda mungkin disahkan hamil!

Baca juga: Beza Pergerakan Bayi Lelaki & Perempuan Dalam Kandungan, Ini Ke Cara Nak Tahu Jantina?

25 TANDA-TANDA AWAL HAMIL YANG PERLU DIPERHATIKAN

tanda-tanda awal hamil

1.Payudara lembut dan bengkak

Gejala-gejala ini mungkin mirip dengan Pre Menstrual Syndrome (PMS) tetapi anda akan rasa lebih teruk sedikit ketika mengalami tanda hamil.

2.Mual pada waktu pagi

Inilah gejala morning sickness yang biasa dirasakan pada minggu ke-6 kehamilan dan kemungkinan akan reda seiring dengan waktu. Ada ibu yang tidak mengalami sebarang morning sickness!

3.Tiba-tiba ada pendarahan

Pendarahan secara tiba-tiba seperti datang haid tersebut juga dikenal sebagai perdarahan implantasi Ini terjadi ketika telur yang dibuahkan ditanamkan ke lapisan rahim. Jadi mungkin anda sangkakan ini darah haid tapi tidak ya..Ini terjadi sekitar 10 hingga 14 hari (1-2 minggu) setelah pembuahan pada rahim.

4.Kerap kencing

Sering membuang air kecil, terutama pada malam hari, juga menjadi tanda-tanda anda hamil.

5.Sering penat

Peningkatan kadar progesteron dapat membuat para ibu sering berasa lelah. Jika anda tak sedar bahawa anda sedang hamil, kepenatan ini mungkin menjadi tandanya.

6.Perubahan rasa hati, selalu sedih

Perubahan hormon dalam tubuh pun dapat memberi kesan buruk pada kesihatan mental ibu hamil. Jadi, patutlah anda akan rasa murung, kurang disayangi dan sedih.

7.Perut kembung

Mengalami kembung perut ketika hamil juga boleh terjadi dan selalunya akan kentut dan bersendawa lantaran hormon progesteron yang melambatkan proses pencernaan si ibu.

8.Sembelit

Hormon progesteron ini selain dapat mengendurkan otot-otot rahim, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada otot dinding usus. Kalau anda perasan, ibu hamil sering mengalami sembelit teruk!

9.Kejang perut

Hal ini terjadi kerana pada fasa awal hamil, sel telur yang telah terbentuk akan menempel pada dinding rahim. Jadi, mungkin akan rasa kejang-kejang pada dinding perut.

10.Sakit kepala dan pening

Ibu hamil akan mengalami tanda hamil dengan normal disebabkan oleh hormon seks wanita, seperti estrogen dan progesteron, yang sedang mempersiapkan rahim untuk perkembangan bayi.

11.Nafsu makan berubah

Ramai dalam kalangan ibu hamil pada peringkat awal akan berkurangnya nafsu makan. Hal ini kerana, anda selalu rasa mual dan muntah yang menyebabkan tidak rasa untuk makan.

12.Hidung sering tersumbat

Peningkatan kadar darah menyebabkan pembengkakan selaput hidung. Perkara ini memungkinkan lebih banyak lendir yang mengalir masuk dan menyebabkan hidung tersumbat.

13.Sensitif terhadap bau

Kepekaan hidung ibu hamil untuk mencium bau akan meningkat secara drastik selama masa kehamilan. Sama ada bau wangi atau busuk, si ibu pasti akan sensitif.

14.Sakit bahagian bawah punggung

Posisi tidur juga mempengaruhi tubuh ibu hamil. Kalau salah posisi tidur, antara tanda bahawa anda hamil adalah akan mengalami sakit di bahagian bawah punggung.

15.Jerawat

Ketika kadar hormon naik sebagaimana ciri-ciri hamil, peningkatan hormon androgen pun mencanak. Inilah menjadi punca wajah anda berjerawat dan ada tompok merah.

16.Ada seri ibu hamil atau ‘pregnancy glow’

Oleh kerana hormon yang masuk ke dalam badan ibu hamil meningkatkan kadar darah, dan peredaran darah ini membuatkan kulit bakal ibu lebih cerah.

17.Payudara jadi gelap

Anda mungkin perhatikan bahawa kawasan areola (lingkaran di sekitar puting susu) akan menjadi gelap dan bertambah diameter dalam beberapa minggu setelah hamil.

18.Degup jantung lebih pantas

Ketika hamil, permintaan oksigen dan nutrisi meningkat maka jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam lebih banyak darah ke janin.

19.Lidah akan rasa pelik

Perubahan hormon akan melambatkan fungsi saluran pencernaan lalu menyebabkan perubahan rasa selama fasa awal kehamilan.

20.Suhu badan tiba-tiba panas

Satu minggu atau lebih sebelum ovulasi, suhu tubuh basal Moms mungkin sekitar 36°Celsius, yang merupakan rata-rata dalam keadaan pra-ovulasi.

21.Air liur berlebihan

Beberapa wanita mungkin menghasilkan air liur berlebih (disebut sebagai ‘Ptyalism gravidarum’) jika mereka mengalami mual atau muntah.

22.Tekak rasa haus

Gejala ini selalunya disebabkan oleh peningkatan kadar darah atau buang air kecil yang berlebihan. Ini yang menjadikan tekak anda selalu rasa haus namun diingatkan bahawa air perlu diminum dengan cukup.

23.Pigmentasi kulit

Perubahan menonjol yang lain berlaku termasuk garisan gelap yang melintang dari bawah pusar ke tulang kemaluan (linea nigra).

24.Susah untuk tidur

Pastikan anda kurang untuk tidur pada waktu siang dan mandi air suam pada waktu malam kerana kesulitan untuk tidur akan berlaku kepada ibu hamil.

25.Alami sesak nafas

Hal ini terjadi kerana tubuh memerlukan lebih banyak oksigen dan darah untuk dibahagikan dengan janin yang sedang membesar. Kadang-kadang anda akan rasa sesak nafas tersebut..

tanda-tanda awal hamil

*Kalau ada tanda-tanda yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan pakar. Mana tahu ada rezeki dapat baby!

Baca juga: Mama Boleh ‘Survive’ Morning Sickness Ketika Hamil Kalau Buat 5 Petua Ini, 100% Menjadi!

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×