Sihat

Ada 2 Jenis Ketulan Di Payudara Yang BUKAN Kanser Payudara, Kena Ambil Tahu!

32
SHARES
ketulan di payudara

Sebut sahaja mengenai kanser payudara, ini merupakan salah satu penyakit yang digeruni dan menjadi pembunuh nombor satu wanita. Oleh itu, buat golongan wanita pastinya akan takut kalau secara tiba-tiba anda merasakan bahawa ada ketulan di payudara yang dikatakan sebagai salah satu tanda kepada kanser ini.

Ada yang bertanyakan kepada pakar, sama ada ketulan di payudara kanan merupakan tanda kanser payudara atau tidak? Bagi mengurangkan kerisauan, berikut merupakan penjelasan dari Doktor Samhan.

Baca juga: Elak Proses Menyusu Bayi Jadi Menyakitkan, Buat 12 Tips Ini Supaya Tak Alami Bengkak Susu

ADA KETULAN DI PAYUDARA KANAN? KANSER KE?

ketulan di payudara

Saya rasa ada ketulan di breast kanan, kanser ke ni doc?

Ada 2 jenis ketulan payudara bukan kanser iaitu fibrosista (fibrocystic) dan fibroadenoma. Fibroadenosis adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.

Ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser. Fibroadenoma pula adalah ketulan licin pada payudara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous).

Ketulan tersebut kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak di bawah kulit apabila diperiksa dan biasanya dipanggil sebagai ‘tetikus payudara’. Fibroadenoma dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil, atau wanita yang menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).

Ketulan fibroadenoma adalah tidak merbahaya (benign) dan jarang bertukar jadi kanser. Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payudara adalah kanser, 10 dalam 100 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payudara dalam jangka hayat mereka.

Semua wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri setelah habis kitaran haid pada setiap bulan.

5 LANGKAH PEMERIKSAAN PAYUDARA SENDIRI

ketulan di payudara

1) Berdiri depan cermin dengan meluruskan bahu dan tangan di pinggang. Perhatikan saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal.

2) Angkat tangan ke atas dan perhatikan perubahan yang sama.

3) Perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah).

4) Dalam keadaan baring, raba payudara dan celah ketiak untuk cari pembengkakkan dengan gerakan bulat.

5) Dalam keadaan berdiri atau duduk rasakan sebarang bengkak dalam gerakan bulat.

Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. Jangan segan untuk jumpa doktor dan dapat rawatan awal. Sayangilah payudara anda!

Baca juga: Normal Ke Puting Payudara Selalu Tenggelam & Jadi Rata? Macam Mana Nak Menyusu Anak?

Sumber: Twitter @DrSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×