Mengharungi detik-detik bersalin merupakan antara pengalaman yang menyakitkan namun indah bagi seorang ibu. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa proses menyusukan anak merupakan proses yang lagi menyakitkan kerana anda mungkin akan alami bengkak susu. Jadi, bagaimana cara atasi bengkak susu ini daripada berlaku?
Berdasarkan perkongsian Twitter Ezzah Nor, ibu ini berkongsikan beberapa tips yang digunakannya bagi mengelakkan masalah bengkak susu yang digeruni semua ibu. Mana tidaknya, sakit di bahagian payudara sampai keras!
Baca juga: Cara Makan Pil Perancang Yasmin Dengan Betul, Jangan Terkejut Kalau Haid Tiba-Tiba Ada..
CARA ATASI BENGKAK SUSU, INI TANDA ANDA KENA PERHATIKAN
Bengkak susu ini boleh terjadi bila susu ibu berlebihan dan tak dikeluarkan. So breast akan sakit dan mengeras macam biji-biji batu. Awal-awal lepas bersalin, memang akan mudah kena bengkak susu sebab breast tengah adjust demand susu dari baby.
–Breast keras, bengkak, ngilu dan sakit
-Breast merah-merah, panas dan ada ketulan, berat dan rasa penuh
-Kelenjar dekat ketiak bengkak dan sakit bila disentuh
Area untuk bengkak susu biasanya dekat area dada sampai ke ketiak. Okay jadi macam mana nak legakan bengkak susu?
1. Guna warm towel
Tuam towel kecik dengan air suam, perahkankan towel tersebut then tuamkan dekat kawasan breast yang mengeras. Kalau malas guna warm towel, boleh guna thermo pad ini. Nak guna, panaskan dekat microwave saja.
2.Hot shower
Boleh juga mandi dengan air panas dan halakan air panas tu ke breast. Waktu mandi, boleh urut sekali area breast secara lembut.
3.Susukan baby selang 2/3 jam
Newborn memang kerap menyusu, jadi kalau baby tidur lebih 3 jam, boleh kejutkan untuk menyusu. Makin lambat menyusu, breast akan makin bengkak.
4.Guna kaedah ‘mermet’
Bila breast bengkak sangat dan jadi macam batu tu, nak menyusu pun susah kan? So kena keluarkan susu dengan cara mermet dulu. Cara dia macam ini:
-Letakkan tuaman suam dan urut payudara dalam gaya bulatan
-Bentukkan jari seperti ‘C’ di bahagian puting
-Picit secara lembut ke dada
-Golekkan jari menghala ke puting
-Ulang sampai keluarnya titisan susu, sediakan bekas kosong
-Ulang semula pergerakan ini untuk payudara sebelah lagi
5.Belajar cara latch yang betul
Kadang-kadang tu bila baby tak latch dengan betul, baby tak dapat pun susu. Kita ingat baby menyusu. Padahal tak. So breast bengkak. Boleh jumpa lactation counsellor or belajar dari YouTube.
6. Jangan guna bra yang saiz kecil
Biasanya saiz breast akan bertambah, so boleh beli new size of bra or guna nursing bra.
7.Lactation massager
Kalau clueless macam mana nak urut breast, prepare siap-siap lactation massager ni. Senang saja nak guna, boleh lancarkan susu and elak kena clog duct.
8. Urut payudara
Boleh urut breast dengan lembut. Mak i kasi tips, letak kobis sejuk-sejuk tu dekat breast. I pernah buat dan menjadi, Alhamdulillah.
9.Menyusu sampai payudara lembut
Pastikan baby menyusu sampai breast rasa lembut sebelum tukar breast lagi satu. Bila breast dah lembut, tu tandanya susu dah keluar sepenuhnya. Jadi boleh tukar breast lagi satu pulak.
10. Makan makanan yang sihat dan milk booster
Cuba usahakan untuk makan sihat. I minum juga milk booster contohnya macam mama’s choice ni. Sebab milk booster ada nutrients yang ibu perlukan.
11.Elakkan pam
Elakkan pam terlalu awal, kecuali kalau baby masuk neonatal ward. Bila baby masuk ward, ibu kena pump untuk terus adakan demand susu. So kalau case ni no choice dan kena pump juga.
12. Nipple cream
Kalau breast bengkak, pastu nipple melecet, Ya Allah azab yaa. I beli macam-macam jenis nipple cream and tbh i suka yang Lansinoh, Mama’s choice.
Mula-mula nipple memang mudah crack, so standby jelah. Kalau bengkak susu ni tak dirawat, akan jadi clog duct 7 dan akhirnya jadi mastitis. I kena warded disebabkan mastitis. I hope korang boleh amalkan tips ini dan tak kena clog duct sebab sakit yaa.
*Mommy mommy semua yang risau kalau akan alami bengkak susu, boleh cuba cara yang dikongsikan ini bagi mengelakkannya ya!
Baca juga: Tanda AMARAN Janin Meninggal Dalam Kandungan, Mama Mungkin Tak Sedar!
Sumber: Twitter @EzzahNor