40 Minggu

Betul Ke Potong Rambut Ketika Hamil Jadi PUNCA Janin Cacat Dalam Kandungan?

9
SHARES
potong rambut perempuan

“Alamak dah panjang rambut aku ni, tapi nenek nenek dahulu cakap potong rambut perempuan hamil bahaya?”

Mungkin ada yang pernah dengar bahawa memotong rambut ketika hamil merupakan salah satu punca janin dalam kandungan menjadi cacat. Perkara ini merisaukan ramai pihak kerana keliru sama ada selamat atau tidak untuk memotong rambut. Takkanlah hendak dibiarkan pula rambut ‘menggerbang’ seperti ‘Cik Ponti’?

Baca juga: Cara Nak Bezakan Darah Haid Atau Darah Keguguran, Kena Tahu Supaya Tak Menyesal!

BOLEH KE POTONG RAMBUT PEREMPUAN HAMIL PUNCA JANIN CACAT?

potong rambut perempuan

Ternyata, masih ramai dalam kalangan wanita yang tidak pasti untuk memotong rambut semasa mengandung kerana beberapa kepercayaan yang menyelubungi mereka. Hal ini kerana, banyak kepercayaan karut yang sering didengari sejak zaman dahulu dan tidak mempunyai penjelasan dari segi saintifik.

Tahukah anda bahawa terdapat mitos popular mengatakan memotong rambut semasa hamil boleh menyebabkan penglihatan yang lemah pada bayi? Namun, ini TIDAK BENAR. Bayi yang baru lahir mengambil masa untuk mencapai keupayaan penglihatan penuh mereka selepas lahir dan tidak mempunyai kaitan dengan pemotongan rambut.

Kalau anda perhatikan semasa proses kehamilan, rambut anda memang akan mengalami beberapa perubahan dari segi tekstur, tetapi tidak bermakna anda tidak boleh memotongnya.

Menurut Dr. Stephanie Langsam, rambut mewakili kekuatan dalam pelbagai budaya seluruh dunia. Memotong rambut boleh dilihat sebagai menghilangkan kekuatan dan kuasa dari badan dan, oleh itu bila mempunyai bayi dalam perut, ia diibaratkan sebagai menghormati.

Walau bagaimanapun, tiada bukti dari segi kajian mengatakan ada kemudaratan fizikal dalam memotong rambut  semasa mengandung. Kesihatan anda masih kekal secara keseluruhan dan begitu juga bayi dalam kandungan.

Walaupun memotong rambut semasa mengandung tidak akan mendatangkan bahaya kepada anda atau bayi dalam kandungan, berikut adalah beberapa petua yang perlu anda ingat semasa menuju ke salon:

1. Elakkan penggunaan bahan kimia

Elakkan menggunakan pewarna rambut dan semburan atau memilih rawatan kimia untuk rambut semasa anda hamil.

2. Jangan kunjungi salon yang ramai orang

Berada di ruang yang sesak semasa hamil boleh menjadi agak rumit, kerana anda akan secara tidak sengaja terlanggar diri sendiri dan cedera.

6 LANGKAH AWAL PERLU DILAKUKAN SEBELUM KE SALON RAMBUT

potong rambut perempuan

1.Pastikan semua produk penjagaan rambut dilabel dengan isi kandungan.

2.Tukang gunting rambut atau stylist mempunyai pengalaman dalam mengendalikan wanita hamil.

3.Barang-barang seperti tuala rambut dicuci dengan elok dan bersih. Lebih bagus kalau menggunakan tuala baharu.

4.Perkakas mencuci dan memotong rambut dibersihkan dengan betul.

5.Tukang gunting rambut tidak menggunakan bahan kimia yang tidak sesuai seperti pewarna rambut atau rawatan yang tidak disarankan.

6.Salon rambut berada dalam keadaan yang teratur dan bersih.

*Oleh itu wahai mama semua, jangan biarkan rambut anda kembang seperti singa gara-gara terlampau percaya dengan mitos zaman dahulu ya. Pergi potong rambut cantik-cantik okay!

Baca juga: 15 Tanda Pelik Yang Muncul Ketika Hamil, Kalau Ada Salah Satu, Ia Normal, Cuba Semak!

Sumber: MomJunction.com

Foto: Hairandskinscience.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×