40 Minggu

Ibu Berpantang ‘Terseksa’ Alami Sembelit Teruk? Boleh Cuba Petua Dan Ubat WAJIB Ini

2
SHARES
ubat sembelit

Buat ibu yang sedang hamil, mengalami sembelit ketika ini merupakan cabaran yang paling sukar untuk anda tempuhi bukan? Namun, tunggu dahulu kerana menurut ramai dalam kalangan ibu lain, mengalami sembelit selepas bersalin adalah dua kali ganda menyakitkan! Oleh itu, adakah ada tips atau ubat sembelit yang boleh diamalkan?

Ada satu perkongsian di laman Twitter dari seorang ibu bernama Ezzah Nor, apabila dia berkongsikan beberapa tips untuk mengelakkan sembelit selepas bersalin. Ada makanan dan beberapa jenis ubat yang anda boleh gunakan supaya proses ‘membuang’ jadi lancar!

Baca juga: Cara Nak Bezakan Darah Haid Atau Darah Keguguran, Kena Tahu Supaya Tak Menyesal!

TIPS DAN UBAT SEMBELIT SELEPAS BERSALIN, NAK ‘MEMBUANG’ SENANG JE!

ubat sembelit

Kawan i share, first time dia berak lepas bersalin sakit gila. So, dia kasi tips dekat i untuk senang nak berak lepas bersalin. I buat dan menjadi alhamdulillah. Sembelit masa pregnant sakit, tapi sembelit masa pantang LAGI sakit. Meh i share tips elak sembelit lepas bersalin:

1. Makanan sebelum bersalin

Before bersalin, i memang hari-hari makan overnight oats & mix fruits smoothie. Keywords kat sini, makan more foods that contain fibre. Resepi untuk mix fruit smoothie i senang je.

-Any fruit + fresh milk + honey : Blend je ni dan siap untuk diminum.

Untuk overnight oats, ni antara recipe yang i suka guna:

-oat, fresh milk, passionfruit yogurt, blood orange, dried berry, maple syrup

-oat, coconut milk, peach yogurt, blueberry dan cherry, maple syrup

-oat, fresh milk, strawberry greek yogurt, banana slice, kismis, honey drizzle

Masa pantang jugak i makan banyak gila buah oren. Orang kata oren bagus untuk cepat sembuhkan luka bersalin dan of course untuk lawas.

2. Minum air

Sebelum dan selepas bersalin i minum air secukupnya. Keperluan air kan ikut aktiviti dan berat badan, so follow rules ni je. Asalkan jangan air kencing sampai jadi warna pekat. Minum air yang cukup sangat membantu untuk berak dengan lancar.

I pernah dengar petua orang tua yang waktu pantang tak boleh minum air kosong banyak-banyak. Kenapa ya?

3. Guna stool softener

I ingat lagi, lepas bersalin midwife terus offer i stool softener dalam medicine prescriptions i. So i think supposedly, midwife akan offer stool softener dekat everyone kot. So, ambil je kalau rasa seram nak berak ? Tak salah pun guna ni kalau before bersalin nak prepare siap-siap pun boleh.

Boleh beli kat farmasi. Kalau nak beli kat Shopee, make sure beli dekat official shop farmasi. Antara pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran adalah:

-Lactul Solutions

-Set pantang Nona Roguy

-Nona Roguy Herbal PhytoNatal Capsule

-Sunsweet Prune Juice

-Duphalac Oral Solution

4. Cepat-cepat ke tandas

Kalau dah sakit perut, cepat-cepat pergi toilet. Jangan tangguh sebab makin tangguh, najis akan keras.

*Jadi, untuk semua mama yang bakal melahirkan atau sudah melahirkan anak, ini beberapa persediaan yang anda boleh lakukan dan ramai terlepas pandang. Ingat, membuang air besar sangat penting ya!

ubat sembelit

Baca juga: Baca Dulu Ada Tak Bahan INI Dalam Skincare Ibu Hamil, Kalau Ada Bermaksud Selamat!

Sumber: Twitter Ezzah Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×