40 Minggu

Baru 28 Minggu Hamil Tapi Perut Rasa ‘Cramp’ Macam Nak Bersalin, Normal Ke?

6
SHARES
tanda bersalin awal

“Aduh crampnya perut aku ni macam ada tanda bersalin awal je ni. Tapi baru 28 minggu…”

Baru sahaja masuk trimester ketiga kehamilan tetapi secara tiba-tiba rasa banyak tekanan dalam pelvis. Tekanan dan ‘cramp’ ini dirasakan sehingga rasa macam bayi anda sedang menendang dan menolak untuk keluar! Tetapi adakah tekanan pelvis pada kehamilan 28 minggu normal dan tanda bersalin awal?

Baca juga: Kena Tahu 9 Punca Keguguran Ini Setiap Kali Hamil Supaya Cubaan Seterusnya Berjaya ‘Lekat’!

PELVIS RASA KEJANG SELALU, INI TANDA BERSALIN AWAL ATAU KELAHIRAN PRA-MATANG?

tanda bersalin awal

Dr. Hakakha di Parents.com mengatakan bahawa, rahim yang semakin membesar akan terus memberikan tekanan pada serviks dan faraj, terutamanya pada trimester ketiga, iaitu antara 28 minggu dan 40 minggu. Ini merupakan beberapa faktor yang menyebabkan anda berasa ‘cramp’ pada perut.

1.Otot pelvis regang atau lemah

Kehamilan memberi tekanan yang besar pada lantai pelvis atau pelvic floor anda. Ini terdiri daripada semua otot dan tisu penghubung yang menyokong organ pembiakan, pundi kencing dan juga usus.

Kehamilan boleh memberi kesan kepada pelvis anda dalam pelbagai cara, termasuk:

-Rasa berat dan tekanan tambahan pada otot dan tisu tersebut
-Menyebabkan sembelit, yang boleh menyebabkan ketegangan dan kelemahan otot tambahan
-Menyebabkan perubahan hormon yang boleh melemahkan dan mengubah lantai pelvis.

Sesiapa yang pernah hamil boleh mengalami perubahan lantai pelvis, walaupun dengan kehamilan pertama, tetapi pakar mengatakan bahawa, semakin banyak kehamilan yang anda alami, semakin berisiko untuk anda ada masalah lantai pelvis.

Bukan itu sahaja, tekanan di bahagian bawah abdomen adalah gejala biasa semasa kehamilan, terutamanya jika ini bukan kehamilan pertama. Jika anda pernah hamil sebelum ini, otot yang selama ini menahan rahim mungkin tidak lagi sekuat kehamilan pertama anda.

2.Kedudukan bayi sudah menghadap ke bawah

Semakin dekat anda dengan tarikh akhir kehamilan, semakin rendah kedudukan bayi dan akan turun ke dalam pelvis sebagai persediaan untuk kelahiran.

Inilah yang yang selalunya menyebabkan lebih banyak tekanan pelvis dan selalu rasa kejang! Proses ini dikenali sebagai ‘engagement’, dan ia dikelaskan kepada peringkat yang berbeza.

Dalam beberapa minggu terakhir kehamilan, anda mungkin mengalami apa yang disifatkan sesetengah orang sebagai situasi apabila bayi anda “jatuh,” iaitu apabila kepala bayi anda memasuki pelvis dan terlibat untuk proses kelahiran secara sepenuhnya.

Tetapi jangan risau, tidak semua bayi berkelakuan sama dan sesetengah bayi mungkin turun lebih rendah lebih awal. Ini yang boleh meenyebabkan peningkatan tekanan pelvis yang tiba-tiba dan anda boleh rasai pada trimester ketiga.

3.Jangkitan Pundi kencing

Dalam sesetengah kes, tekanan pada bahagian pelvis boleh dikaitkan dengan masalah pundi kencing atau jangkitan saluran kencing (UTI).

Jangkitan saluran kencing adalah sangat berbahaya untuk si ibu dan bayi anda jika tidak dirawat. Jadi pastikan anda berjumpa pakar dengan segera jika anda mengalami tekanan pelvis dnegan kerap dan sebarang gejala lain seperti:

-Sakit ketika kencing
-Demam
-Darah dalam air kencing
-Bau kecing yang busuk dan keruh
-Rasa seperti kencing terlalu kerap dan tak pernah habis

4.Tanda kelahiran pramatang

Akhir sekali, dalam kes yang jarang berlaku, tekanan pelvis boleh menjadi tanda kelahiran pramatang atau pelebaran serviks pra-matang.

bagi sesetengah orang, tekanan pelvis boleh menjadi petanda bahawa serviks mereka mengembang atau kelahiran bermula. Jika anda berada dalam minggu-minggu terakhir kehamilan, ini boleh menjadi menarik, tetapi jika anda masih beberapa minggu lagi dari tarikh akhir anda, ia boleh menjadi tekanan.

Tanda-tanda kelahiran pramatang termasuk:

-Peningkatan rasa tekanan pada pelvis
-Kekejangan yang kerap atau rasa seperti ada rama-rama di bahagian bawah perut atau belakang anda
-Pendarahan pada faraj
-Kontraksi

*Jika anda mengalami tekanan pelvis pada kehamilan 28 minggu, berbincang dengan doktor tentang simptom yang dialami untuk mendapatkan pemeriksaan bagi mengatasi sebarang komplikasi yang mungkin berlaku.

tanda bersalin awal

Sumber: Parents, Mayo Clinic

Baca juga: 15 Tanda Pelik Yang Muncul Ketika Hamil, Kalau Ada Salah Satu, Ia Normal, Cuba Semak!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×