40 Minggu

Mommy Boleh Kurangkan Sakit Kontraksi Dengan Mandi Air Suam & Amal Bismillah Syifa’

23
SHARES
sakit kontraksi

Wanita hamil boleh mengalami sakit kontraksi dengan cara yang berbeza. Ada yang mengalami kontraksi terasa seperti kekejangan di bahagian bawah perut seperti sakit haid dan ada juga mengalami sakit belakang. Pada mulanya, kontraksi anda akan menjadi pendek dan jaraknya sekitar 30 minit.

Jadi, selain mengambil ubat-ubatan medikal, ada cara lain yang si ibu hamil boleh lakukan di rumah bagi mengurangkan sakit kontraksi tersebut dengan mandi air suam. Namun, sejauh mana keberkesanan mandian air suam tersebut?

Baca juga: 7 Perkara Penting Mommy Mommy Kena Buat Sebelum Masuk Labour Room Bersalin!

ADAKAH MANDI AIR SUAM BOLEH MEREDAKAN SAKIT KONTRAKSI?

sakit kontraksi

Tahukah anda bahawa memilih untuk mandi di dalam ‘bath tub’, sama ada bersalin di rumah atau di hospital, masih boleh menjadi pilihan melegakan sakit kontraksi yang berkesan? Bagi wanita dalam proses bersalin, air suam didapati dapat menggalakkan kelonggaran yang boleh meningkatkan tahap oksitosin anda dan membantu memudahkan proses bersalin.

American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mendapati bahawa rendaman dalam air suam semasa sakit kontraksi mempunyai beberapa faedah, termasuk menurunkan kadar penggunaan suntikan epidural. Ini yang menunjukkan bahawa air suam boleh membantu mengurangkan kesakitan.

Bukan itu sahaja, mandian air hangat juga boleh menenangkan, terutamanya jika anda boleh duduk di atas bangku dan menghalakan kepala ke pancuran air. Bukan itu sahaja, ada kajian mengatakan bahawa ibu yang mandi air suam semasa sakit kontraksi juga akan mempercepatkan masa bersalin selama 32 minit!

Adakah Mandian Suam Selamat Semasa Hamil?

sakit kontraksi

Namun, ramai dalam kalangan ibu hamil yang tertanya-tanya juga sama ada mandian air suam ini sebenarnya selamat atau tidak? Menurut laman Parents, mandi air panas tidak selamat semasa hamil apabila anda berada dalam tab atau mandi selama lebih dari 10 minit.

Kebimbangan utama dengan mandi air panas atau suam terlalu lama ini adalah risiko meningkatkan suhu badan anda. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang dilahirkan oleh wanita yang mengalami demam pada awal kehamilan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami keabnormalan serius pada otak dan saraf tunjang. Bukti lanjut diperlukan, tetapi terdapat juga beberapa kajian yang mencadangkan demam semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran.

Selain dari mandian air suam ini dari segi perubatan Islam pula, anda boleh cuba amalkan Bismillah Syifa’ yang boleh mengurangkan sakit bisa tulang dan sendi.

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الشافي

بسم الله الكافي

بسم الله المعافي

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

*Jadi, si ibu tidak perlu terlalu lama dan ‘ringan ringan’ sahaja simbahan air suam ke badan anda untuk mengurangkan sakit kontraksi tersebut. Ya, ia dapat membantu tetapi jangan berlebihan ya!

Baca juga: 7 Cara Untuk Mommy ‘Push’ Dengan Betul Ketika Bersalin Untuk Elak Terkoyak Besar!

Sumber: Parents, WebMD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×