40 Minggu

Mama Boleh ‘Survive’ Morning Sickness Ketika Hamil Kalau Buat 5 Petua Ini, 100% Menjadi!

10
SHARES
cara hilangkan loya

Dugaan buat seorang ibu ketika hamil antaranya akan mengalami loya dan muntah sama ada teruk ataupun tidak. Sudah pelbagai cara hilangkan loya dan muntah ini telah dilakukan tetapi masih tidak boleh ‘survive’ dan kecundang apabila bertemu doktor.

Jadi, sebagai langkah untuk berjaya mengharungi alahan atau morning sickness ini sepanjang kehamilan, berikut merupakan tips yang dikongsikan oleh pakar iaitu Doktor Izzat di laman Twitternya dan sudah ramai mak-mak yang berjaya kawal morning sickness dengan 5 cara ini!

Baca juga: Cara Untuk Mama Ukur Corong Pam Susu Badan Supaya Puting Tak Melecet, Selesa!

CARA HILANGKAN LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL, INI CARA NAK SURVIVE!

cara hilangkan loya

Muntah dan loya ketika hamil adalah perkara biasa yang melanda 80% orang perempuan yang mengandung. Ada muntah loya yang sangat teruk, sehingga berat turun, kekeringan teruk dan masalah ketidakseimbangan garam galian dalam badan dipanggil Hyperemesis Gravidarum yang melanda 0.3 – 3.6 % wanita hamil.

I would like to share “Morning sickness” “all-day sickness” “nausea Vomiting in pregnancy” “Hyperemesis Gravidarum” or whatever you called it, some helpful survival tips – i biasa share this with my dear patients in my clinic.

1. Ubat-ubatan

Ada banyak ubat-ubatan untuk kurangkan loya dan muntah in pregnancy. Ubat-ubatan ni adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya. Kalau ada doktor yang menyarankan anda untuk makan sekian-sekian ubat, to alleviate your symptoms, please take it. Kalau ragu-ragu ubat tu sesuai ke tak, always boleh tanya doktor sakit puan (ObGYN).

2. Kekal terhidrat

Anda kena jadi kreatif untuk pastikan diri kekal terhidrat. Apa yang boleh buat adalah:

– Kemam air batu
– Kumur-kumur dengan air sejuk
– Makan ais krim
– Minum air tenaga yang tak ada gula dan tak berkarbonat
– Take sips of fluid kalau langsung tak boleh minum air langsung. Better dari tak ada langsung.

3. Apa nak makan dan bila nak makan

Anda kena take note bila biasanya dalam seharian tu anda tak ada muntah dan loya. Ambil small amount of food setiap kali anda makan, tapi ambil secara kerap. Boleh cuba:

– Makanan kering seperti biskut kering
– Makanan masam biasanya membantu
– Chips
– Ice cream
– Potato-based meals
– Buah yang banyak air – tembikai contohnya. Kandungan air dalam buah ni banyak, jadi tak payah la paksa minum air kosong kan.

4.Bersedia untuk pregnancy yang seterusnya

Biasanya muntah loya ni akan berulang lagi untuk pregnancy yang berikutnya. Prepare in advance;

– Pastikan BMI ideal sebelum hamil lagi

– Kalau memang ada sejarah Hyperemesis Gravidarum, take note of this and inform your GP/Klinik Kesihatan or any ObGyn yang jumpa anda. Mereka boleh ready nak bagi IV drips atau segala treatment yang berkaitan

– Social support – arrange siapa nak jaga anak, jika anda perlu admission termasuk dengan majikan tempat kerja jika anda perlukan cuti yang lama.

5.Berus gigi lewat sikit

-Biasa i cakap kat my pregnant patients supaya berus gigi lambat sikit every morning. Masa berus gigi, biasanya saliva akan penuh dalam mulut dan anda akan ada tendency untuk muntah (ataupun tetiba loya jadi teruk).

-So pagi-pagi tu sebelum pergi kerja atau apa-apa, just kumur-kumur dulu and berus gigi kemudian, buat lewat sikit selepas jam 10 pagi.

cara hilangkan loya

*Mudah sahaja tipsnya bukan? Mungkin ada dalam kalangan ibu di luar sana yang ada tips lain juga dilakukan untuk mengawal rasa loya dan muntah ini sepanjang kehamilan, boleh kongsikan di ruangan komen ya!

Baca juga: Baca Suraf Yusuf Amalan Popular Ketika Hamil, Rupanya Ada Kelebihan Selain Anak Cantik

Sumber: Twitter @DrIzzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×