Dapur

Cara Buat Sambal Belacan Mentah, Nak Lagi Sedap Kena Ikut Step Macam Ini!

52
SHARES
SAMBAL BELACAN SIMPLE

Sambal belacan sudah tentunya menjadi kesukaan ramai kerana sesuai dipadankan dengan setiap masakan. Sekiranya anda ingin mencuba resepi sambal belacan simple tetapi sedap, boleh cuba perkongsian resipi di bawah.

Menurut perkongsian pengguna Facebook tersebut, sambal belacan mentah ini sedap dimakan bersama nasi panas. Nak lebih mudah, boleh buat banyak-banyak dan simpan di dalam peti sejuk.

Baca juga: 16 Tips Masak Sambal Ikan Bilis Kekal Rangup, Boleh Tahan Berminggu-Minggu!

CARA BUAT SAMBAL BELACAN SIMPLE, DAPAT LEBIH 50K SHARES

SAMBAL BELACAN SIMPLE

Sambal belacan mentah ini sedap makan dengan nasi panas.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Limau kasturi
  • Cili besar
  • Cili padi
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Belacan (Bakar)

Cara-cara penyediaan:

1. Potong limau dan buang biji. Rahsia agar sambal belacan tak pahit adalah jangan campurkan biji limau kasturi.

2. Kemudian, masukkan cili besar, cili padi, air asam jawa, gula, garam dan belacan yang sudah dibakar ke dalam mesin pengisar.

3. Kisar semua bahan di atas. Pastikan jangan terlalu halus dan hancur.

4. Masukkan sambal belacan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais.

Bila nak makan, tinggal cedok sahaja. Mudah sahaja kan?

Sambal belacan mentah ini sedap dimakan bersama ulam, ikan bakar dan lain-lain.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Resepi Rendang Daging Cili Api Berempah Macam Arwah Nenek Buat, Nostalgia Betul!

Sumber: Facebook Cikgu Sue & Qaseh Illahi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×