Sihat

Ibu Kongsi Tips Kuatkan Ingatan Dan Fokus Anak, Kena Banyak Makan Buah Ini

22
SHARES
TIPS KUATKAN INGATAN ANAK

Jika si manja ada masalah fokus dan memori dalam proses pembelajaran, boleh cuba tips kuatkan ingatan anak seperti perkongsian Puan Ainini Zainal di laman Facebooknya.

Menurutnya, buah nanas sangat sesuai dijadikan menu harian si kecil kerana kaya dengan vitamin di mana boleh membantu meningkatkan daya ingatan.

Baca juga: Jenis & Tahap Autisme Bagi Kanak-Kanak, Bukan Semuanya Miliki Ciri Yang Sama!

TIPS KUATKAN INGATAN ANAK DALAM PROSES PEMBELAJARAN

TIPS KUATKAN INGATAN ANAK

Menurut kajian, nanas mampu memperbaiki ingatan dan fokus. Enzim Bromelain, Vitamin B1 dan manganese amat membantu fungsi kongnitif dan menggalakkan pengaliran darah dalam otak. Secara automatik, daya fokus dan memori bertambah.

Kalau tak berapa manis, mungkin anak kurang gemar sebab rasa masam. Jangan risau, anda boleh cuba dengan macam-macam cara, selain cari yang betul-betul masak.

Antara caranya adalah:

1. Potong nanas yang masam sedikit dan buang matanya. Potong kecil. Masukkan ke dalam bekas dan tuang sedikit madu. Sebatikan dan biar semalaman dan peti sejuk. Esok, ajak anak makan. Dapat khasiat nanas dan madu sekali.

2. Jadikan jus (cold pressed pun ok) dan campurkan dengan sedikit madu. Tak perlu minum setiap hari, tapi jauh lebih baik daripada minuman kotak, air bergas tinggi gula.

3. Kisar dan campurkan sedikit madu, jadikan Popsicles. Anak mesti suka, Insya Allah.  Kalau tidak guna 3 cara di atas, boleh juga letak dalam masakan. Nanas makanan anti virus, anti bakteria, anti radang.

Bila digabungkan dalam lauk ada halia dan kunyit, semuanya adalah superfood terbaik untuk kita. Kombinasi kunyit dan sedikit lada hitam akan meningkatkan keberkesanan kunyit dan jangan lupa, Bromelain dalam nanas juga bantu legakan kahak dan selesema.

Ramai cakap bila ambil nanas, anak batuk-batuk. Ini terjadi bila nanas yang digunakan itu yang ditanam dengan semburan pesticides serta diperam.

Sekiranya si kecil ada ekzema yang belum sembuh, nanas merupakan makanan kurang sesuai.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Awas! Ibu Ayah Jangan Suka-Suka Bagi Makanan Ini Dekat Anak, Boleh Bawa Maut!

Sumber: Facebook Ainini Zainal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×