40 Minggu

Jangan ‘Bersama’ Suami Isteri, Kalau Bayi Masih Belum Tidur

28
SHARES

1. Pernahkah anda terfikir, kalau bayi masih terjaga dan anda suami isteri terus ‘bersama’ di atas katil, dia akan ingat peristiwa itu?

2. Pernahkah anda terfikir, bagaimana bayi boleh mengingat buku cerita yang anda bacakannya dua hari lepas?

3. Pernahkah anda berasa hairan apabila tiba-tiba anak kecil meminta anda membelikan barang mainan yang anda janjikan minggu lepas?

4. Pernahkah anda terfikir sama ada mereka boleh mengingat apa yang berlaku dalam bilik tidur pada waktu malam?

INTELLIGENT LIFE MAGAZINE MAY / JUNE 2012 Intelligence Portrait of Expressive Baby rvw196741 ( # - ( 8 3 C > N I ^ Y k f u p

Foto Kredit: INTELLIGENT LIFE MAGAZINE MAY / JUNE 2012

Mungkin bayi atau anak kecil anda belum boleh bertutur dengan baik atau belum pandai menunjukkan pelbagai ekspresi. Tetapi, mereka sebenarnya mempunyai keupayaan untuk mengingat sejak dalam kandungan!

Walaubagaimanapun, ianya berlaku secara beransur-ansur dan prosesnya tidak sama seperti orang dewasa. Sebab itulah, kita tidak dapat mengingat apa-apa memori tentang zaman bayi kita dahulu.

Peringkat Perkembangan Ingatan Bayi

a. Peringkat Awal kelahiran

Sejak awal kelahiran, bayi berupaya merekodkan beberapa perkara yang perkara yang berlaku. Namun ianya berlaku secara tidak sedar. Jika anda perasan, bayi sudah mula kenal dengan bau dan suara anda dalam beberapa hari pertama lagi. Sebab itulah, banyak saranan yang menganjurkan kita bercakap dengan bayi sejak dalam kandungan lagi!

b. Peringkat 9 bulan

Walaupun bayi sebenarnya dapat mengenali wajah ibunya dalam minggu pertama kelahiran, tetapi jangka memori bayi pada ketika ini adalah singkat. Menurut laporan ABC News, bayi yang berusia kurang daripada 9 bulan masih mempunyai kesukaran untuk menyimpan memori jangka masa panjang.

Pada saat inilah selalunya bayi mula berasa ‘takut’ dan menangis apabila ibunya tiada di sisi. Ianya berlaku kerana bayi sudah mula ‘ingat’ bahawa ibunya ada sebentar tadi. Sedangkan bayi yang lebih kecil tidak banyak masalah jika ditinggalkan sebentar bersama orang asing seperti pengasuh. Fakta ini juga barangkali menjadi kelegaan bagi kebanyakan ibu bapa yang mengambil anak angkat.

Selain itu, kita amat digalakkan untuk membacakan buku atau ayat-ayat suci untuknya seawal usia ini. Dengan usaha yang konsisten, ramai ibu bapa yang kagum dengan kebolehan menghafal anak mereka.

c. Peringkat 2 tahun

Sebelum menginjak usia 2 tahun, bayi sudah mula mampu mengingat beberapa yang berlaku dalam aktiviti hariannya bermain ‘cak’ atau ‘peekaboo’. Mereka sudah mula faham bagaimana permainan itu berfungsi, bukan? Malah, ingatan mereka akan bertambah cekap apabila perkara yang sama sentiasa diulang setiap hari.

Apabila bayi sudah mula bercakap, anda pasti berasa lebih terkejut apabila mereka dapat meniru percakapan atau perbuatan anda seperti bercakap di telefon. Walaupun belum dapat mengucapkan perkataan dengan jelas, namun gaya dan intonasinya cukup meyakinkan!

Jika anda rajin membacakannya buku, anda akan mula lihat hasilnya ketika ini. Ternyata mereka sudah mampu menyambung cerita yang dibacakan oleh ibu bapa mereka!

Adakah Bayi Trauma dengan Peristiwa yang Boleh Diingat?

Melalui contoh-contoh yang dinyatakan di atas, kita dapat fahami bahawa memori bayi pada awal  usia sememangnya tidak dapat diingat sehingga dewasa. Ini kerana kotak simpan memori jangka panjang masih belum berkembang sepenuhnya. Tetapi, semua memori jangka pendek ini amat penting untuk membantu perkembangan fizikal dan mental.

Namun, sekiranya bayi anda pernah terjatuh atau dimarahi, ia tidak menjejaskan emosi jangka panjang mereka. Menurut The Daily Beast, ingatan bayi atau anak kecil adalah seperti saintis. Mereka memerlukan data yang cukup untuk diproses sebelum dapat membuat kesimpulan.

Oleh itu, mereka tidak akan terkesan dengan satu peristiwa sahaja. Walau bagaimanapun, jika ia berlaku setiap hari, sudah tentu mereka akan berasa tertekan!

Bilakah Bayi Boleh Mula Menyimpan Memori Jangka Panjang?

Apabila bayi anda mula menginjak usia 2 atau 3 tahun, ibu bapa mula lebih ‘berhati-hati’ dengan perbuatan dan percakapan kerana takut ‘diajuk’ oleh anak kecil. Kadang-kadang ibu bapa yang tidur bersama bayi tidak boleh lari daripada memikirkan, “Adakah mereka mampu mengingat peristiwa di bilik tidur pada malam hari?”

Menurut saintis, walaupun tiada usia yang tetap bagi setiap bayi mula mendapat memori jangka panjang, ia dijangka dapat berlaku selengkapnya pada usia 3 tahun.

Ingatan yang kuat, akan hilang juga?

Sayangnya, kajian terbaru yang dilaporkan oleh PsychCentral mendapati bahawa kanak-kanak akan melalui ‘childhood amnesia’ pada usia sekitar 7 tahun. Pada usia ini, kebanyakan memori sewaktu kecil akan mula terpadam dan digantikan dengan memori yang baru. Mungkin masih ada saki baki memori yang masih mampu diingat pada awal usia, namun ia mungkin tidak mengandungi maklumat dan perincian yang tepat.

Hal ini mungkin dapat dikaitkan dengan hikmah dan saranan Islam yang mengajar umat Islam mengasingkan tempat tidur anak daripada ibu bapa seawal usia 3 hingga 4 tahun lagi. Ia juga selari dengan kisah-kisah gangguan seksual yang terjadi di tadika akibat kebolehan ‘mengingat’ mereka seawal usia ini!

Ingatan yang kuat

Foto Kredit: feastoftheheart.org

Kuasa Memori Anak Kecil

Peringkat awal pertumbuhan anak-anak adalah keajaiban yang sangat mengujakan. Stimulasi yang tepat seperti bermain, menyanyi, bercerita, dan berkomunikasi tentu saja dapat merangsang kelima-lima pancainderanya.

Oleh itu, pandanglah setiap inci daripada persekitarannya sebagai peluang untuknya meneroka. Kita pasti tidak dapat menjangka apa yang boleh diingatinya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×