Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads yang mengundang perdebatan apabila seorang pengguna memuat naik gambar seorang ibu menyusu bayinya di dalam tren MRT, sebelum mengkritik tindakan tersebut.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dari ramai netizen dan Dr Imelda Balchin tampil mempertahankan hak ibu untuk menyusukan bayi di tempat awam.
IBU MENYUSU DALAM MRT DIKECAM, DR IMELDA TAMPIL BERSUARA

Foto: Threads @qistina.maiden
Menerusi hantaran yang tular, individu tersebut mempersoalkan tindakan ibu berkenaan dengan kapsyen:
“Tak malu pulak dia BF dalam tu. Husband dia tak tegur ke? Kita pulak rasa malu tengok.”
Hantaran itu menerima kecaman ramai kerana dianggap memalukan seorang ibu yang sedang menjalankan tanggungjawab memberi susu kepada anaknya.
Ramai berpendapat individu tersebut tidak sepatutnya mengambil gambar tanpa kebenaran, apatah lagi memuat naiknya ke media sosial dengan niat untuk mempersendakan ibu berkenaan.
Dr Imelda Balchin Tegur Sikap Mengecam Ibu Menyusukan Bayi

Threads @drimeldabalchin
Dr Imelda Balchin turut tampil memberikan pandangan berhubung isu tersebut.
Menurut beliau, antara kelebihan penyusuan susu ibu ialah ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja, lebih-lebih lagi jika ibu menggunakan nursing cover bagi menjaga aurat dan privasi.
Beliau turut menegaskan bahawa ibu yang menyusukan bayi sedang menjalankan amanah yang baik, manakala perbuatan mengambil gambar serta mengecam mereka adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Satu kelebihan breastfeeding ialah, boleh dibuat di mana-mana saja. Pakai nursing cover je boleh tutup aurat, sangat senang, walaupun di tempat awam.
Banyak pahala ibu yang menyusukan bayi ni. Yang berdosa ialah orang yang mengecam, menyusahkan dan memburukkan ibu-ibu yang menjalankan tanggungjawab ini, siap ambil gambar dan viralkan dengan niat buruk.
For goodness sake, it’s World Breastfeeding Week! Kalau tak ada kerja, viralkan pakcik yang merokok tu, bukan ibu yang breastfeeding!”
Kenyataan tersebut menerima sokongan ramai pengguna media sosial.
Ramai Ibu Mengaku Kini Lebih Segan Menyusu Di Tempat Awam
Di ruangan komen, beberapa ibu yang sedang menyusukan anak meluahkan rasa sedih selepas melihat hantaran tersebut.
Mereka mengakui insiden itu membuatkan mereka lebih berhati-hati dan berasa tidak selesa untuk menyusukan bayi di tempat awam walaupun telah menggunakan nursing cover.
Antara komen yang dikongsikan ialah:
“Saya sebagai breastfeeding mom, agak sedih dan terasa dengan posting individu tu. Macam tu je dia malukan ibu tu.”
Seorang lagi ibu berkata:
“Sejak benda ni viral saya dah jadi segan nak BF baby dekat luar. Rasa macam bersalah pula. Kalau nak BF baby mesti tengok kiri kanan dulu, takut ada yang memerhati walaupun dah pakai cover.”
Selain itu, ramai turut menyeru masyarakat supaya lebih memahami cabaran ibu menyusu.
“Setuju. Sentiasa support usaha ibu-ibu untuk BF. Bukan mudah dan banyak perlukan pengorbanan.”
Hormati Ibu Yang Sedang Menjalankan Tanggungjawab
Setiap ibu mempunyai cabaran tersendiri dalam membesarkan anak, termasuk memastikan bayi mendapat susu apabila diperlukan.
Menyusukan bayi di tempat awam bukanlah sesuatu yang memalukan, sebaliknya ia merupakan keperluan asas bayi yang lapar.
Daripada mengambil gambar atau menghakimi, masyarakat seharusnya memberikan ruang, menghormati privasi serta menyokong usaha ibu yang berkorban demi memenuhi keperluan anak mereka.
Baca juga: Jual Lukisan Anime Sendiri Dengan Harga RM2, Budak Lelaki Ini Buat Netizen Kagum Dengan Bakatnya!
Sumber: Threads @qistina.maiden dan Threads @drimeldabalchin
