Advertorial

Sharifah Sofia Kongsikan 5 Tips Membesarkan Anak Yang Ceria Dan Aktif

211
SHARES

Sharifah Sofia, seorang ibu kepada 2 orang anak perempuan yang kini turut aktif sebagai blogger apabila blog beliau, With Love, Mommy semakin mendapat perhatian.

Blog ini pada awalnya adalah sekadar perkongsian pengalamannya untuk ibu-ibu lain apabila mula bergelar ibu kepada Arianna, anak sulungnya. Kemudian, kakak beliau telah menginspirasikan untuk menjadikannya sebagai sebuah blog yang mempunyai nilai komersial.

Sejak itu, blog tersebut dibangunkan dengan pelbagai pengisian. Antara yang menarik perhatian adalah terdapat bahagian yang berupa diari di mana beliau menulis tentang kisah peribadi dan pengalaman ‘parenting’ yang menarik.

Berikut adalah 5 tips yang dikongsikan oleh beliau untuk membesarkan anak yang gembira dan aktif.

1. Biarkan Anak Berseronok!

Perkara paling utama untuk membesarkan anak yang gembira dan aktif adalah membiarkan mereka berseronok dan bermain.

Menurut Sharifah Sofia, “Saya sendiri cuba memastikan anak-anak saya untuk bermain di luar sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari.”

“Mereka hanya akan menjadi anak kecil sekali seumur hidup, jadi biarlah mereka bermain sepuas-puasnya. Mungkin ada ibu bapa yang terlalu bimbang jika melihat anak jatuh, melakukan aksi ngeri, dan sebagainya, tetapi saya bukan begitu. Sebagai ibu, saya membenarkan anak saya membuat apa saja selagi ianya tidak terlalu bahaya, terutamanya apabila berada di luar rumah,” tambah beliau lagi.

Bagi beliau, apabila anak-anak dapat menggunakan tenaga yang secukupnya secara semulajadi, ia membolehkan mereka mendapat tidur yang baik. Jika tidur mereka terjejas, ‘mood’ mereka juga akan terjejas. Jadi, jika anda mahukan anak-anak yang gembira, tetapkan rutin yang baik dan seimbang.

2. Elak Pengambilan Gula Sejak Kecil

Tindakan mengawal pengambilan gula ini perlu dimulakan seawal mungkin, agar lebih mudah untuk mereka menghindarinya apabila besar nanti.

“Saya sebenarnya tidak pernah memberikan sebarang bentuk gula kepada anak-anak saya sebelum mereka mencecah usia 2 tahun. Bahkan, selepas usia 2 tahun, secara automatiknya mereka tidak berminat dengan makanan dan minuman seperti soda atau jus yang terlalu manis,” kata Sharifah Sofia.

Walaubagaimanapun, sebagai ibu, beliau juga mengakui bahawa beliau sendiri perlu mengikis tabiat memakan snek yang tidak berkhasiat sebelum melakukannya kepada anak-anak.

Jelasnya lagi, “Di Malaysia, kita menyambut pelbagai jenis perayaan dan setiap perayaan ini dimeriahkan dengan bermacam-macam jenis makanan manis seperti kuih-muih, biskut dan kek. Setiap kali orang ramai memberi anak-anak saya makanan begini, saya terpaksa menolaknya dan ada ibu bapa yang amat terkejut dengan tindakan saya. Namun, perlu bertegas kerana pendidikan sebegini seharusnya bermula di rumah lagi. Ia juga bakal mencorakkan gaya hidup anak-anak apabila mereka besar nanti. Jadi, cara terbaik adalah dengan membiasakan anak-anak dengan pemanis semulajadi yang tidak akan membahayakan kesihatan mereka.”

3. Mempelbagaikan Makanan ‘Homemade’ Yang Berkhasiat

Makanan di luar mungkin terdedah kepada pelbagai jenis gula tersembunyi. Dalam hal ini, beliau cuba untuk menyediakan sendiri sarapan, makan tengahari dan makan malam untuk anak-anak kerana kandungan nutrisi serta kebersihannya lebih terjamin. Beliau turut mempelbagaikan menu supaya anak-anak sentiasa tertarik untuk makan di rumah, seperti yang dikongsikannya melalui Blog With Love, Mommy.

“Malah, saya membuat sendiri kek harijadi untuk mereka sebelum mereka berusia 2 tahun menggunakan ramuan yang bebas gula. Jika memerlukan sebarang pemanis, saya akan menggunakan madu atau jus daripada buah-buahan. “

Di rumah, beliau dapat menitikberatkan perihal adab di hadapan makanan seperti menutup mulut apabila batuk. Tabiat yang baik seperti ini mampu menghindarkan anak-anak daripada menyebarkan penyakit.

4. Dapatkan Rehat Yang Cukup

“‘Me time’ sangat penting untuk mengekalkan kewarasan saya!” ujar Sharifah Sofia. Apabila mempunyai anak, anda tentu tahu betapa mereka boleh meletihkan anda. Jadi, beliau memastikan anak-anak tidur pada pukul 8 malam setiap hari agar beliau mempunyai masa untuk diri sendiri.

Kata beliau lagi, “Semasa saya menjadi surirumah sepenuh masa dan bersama anak-anak 24 jam setiap hari, ada masanya saya berasa seperti dilanda kemurungan kerana saya tidak mempunyai kehidupan sosial, tiada masa untuk diri sendiri dan membuat kerja rumah tanpa henti.”

Jika memerlukan cuti dan bersendirian buat beberapa hari, suami dan ibu bapanya akan membantu menjaga anak buat sementara waktu. “Tapi yang kelakarnya, suara anak-anak ini selalu terngiang-ngiang dalam kepala apabila berjauhan dengan mereka! Walau apa pun, saya percaya bahawa kita perlu mengajar anak-anak untuk menjadi lebih berdikari,” tambahnya sambil ketawa kecil.

5. Tanamkan Kesedaran Terhadap Produk Makanan

Sharifah Sofia amat prihatin terhadap ramuan yang terkandung dalam makanan atau minuman mereka, contohnya dalam susu tepung rumusan. Di samping itu, beliau juga menggalakkan anak-anaknya untuk membaca label yang terdapat pada bungkusan makanan.

“Menariknya, anak-anak saya juga akan mengambil kanta pembesar dan berlakon untuk membaca label tersebut walaupun mereka tidak memahami apa yang tertulis pada label tersebut.”

Tambah beliau lagi, “Apa yang saya perhatikan, ada ibu bapa yang tidak pernah mencuba susu yang mereka berikan kepada anak mereka. Bagi saya, sebagai ibu bapa, setidak-tidaknya kita perlu merasa sesuatu makanan atau minuman yang bakal diberikan kepada anak-anak”

Percayakan Naluri Keibuan Anda

Sebelum berundur, Sharifah Sofia ingin menegaskan bahawa naluri seorang ibu adalah anugerah terhebat yang dikurniakan kepada kita. Sebanyak mana pun nasihat yang diberikan oleh seseorang kepada kita tentang cara membesarkan anak, kitalah yang mempunyai pilihan untuk menentukan apa yang terbaik untuk mereka.

“Dari segi pemakanan pula, pilihlah makanan dan minuman sihat seperti Anmum Essential. Sebagai ibu, ia adalah sesuatu yang saya akan cadangkan kepada ibu bapa lain kerana kandungannya yang bebas daripada sebarang gula tambahan. Ia juga memiliki segala nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak,” akhiri beliau.

 

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Anmum Essential, susu tepung rumusan kanak-kanak tanpa gula tambahan*

*Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinisikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaian makanan antarabangsa. Di bawah Akta Pemakanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×