Bersalin

Jadi Ibu Menyusu Kena Kuatkan Mental. Ini 8 Rutin Baru Yang Akan Dilalui Dalam Tempoh 2 Tahun

2.1K
SHARES
tips penyusuan

Pengalaman menyusukan anak memang tidak sama sekali dengan apa yang digambarkan oleh media. Alahai, bukan main lagi tengok gambar dalam majalah – menyusu badan sambil bonding antara anak dan ibu masing-masing cantik dengan senyuman. Duduk pula terletak elok saja dalam keadaan serba selesa.

Realitinya, pada kebanyakan masa situasinya jarang sekali begitu (kecuali mood baby hari tu luarbiasa baiknya atau masa baby hampir nak terlelap).

1. Menyusu / Mengepam Setiap 2-3 Jam. No Excuse!

Bila jadi ibu menyusu, hidup kita secara automatiknya akan berada dalam gelung masa 2-3 jam. Nak buat apa-apa, kena pastikan dalam tempoh 2-3 jam. Kalau tak, memang kena berhenti tengah jalan dan susukan bayi dulu. Bila susukan bayi, bukannya boleh sekejap macam tu saja. Biasanya bayi mesti nak bermain-main, nak bermanja dan kadang-kadang saja nak ‘mengempeng’ dengan kita. Nak sambung kerja tadi balik dah payah.

Walaupun kita pergi bekerja dan tinggalkan bayi dekat pengasuh, tak bermaksud tugas ibu menyusu ada rehatnya. Tugas mengepam pula perlu diteruskan bagi mengelakkan bengkak susu dan untuk pastikan susu badan tetap terhasil dengan konsisten. Bukan senang nak mengepam untuk penuhkan botol kecil 4 auns tu. Sekejap saja si kecil boleh habiskan susu yang kita pam lama-lama. Kalau tertumpah sikit pun, ruginya rasa!

Foto Kredit: arrahman.id

2. Tidur Terganggu

Kalau dah namanya ibu menyusu, memang biasalah kalau kena jadi ‘burung hantu’. Tak payah berangan nak beauty sleep 8 jam bagai. Setiap 2-3 jam kenalah menyusukan bayi tak kiralah siang atau malam. Mengantuk semua belakang kira.

Itupun belum kira lagi kalau baby kita tiba-tiba cerah matanya – nak ajak mainlah tu tengah-tengah malam!

Foto Kredit: preciouslittlesleep.com

3. Baju Asyik Basah

Nampak macam isu remeh, tapi sekali terlupa pakai breast pad, tak senang duduklah dibuatnya. Bila datang let down reflex, susu badan akan keluar dan basahlah baju. Walaupun cuma duduk di rumah, mesti rimas pakai baju basah dan berbau susu. Kenalah pula tukar baju berkali-kali dan memang banyaklah baju yang perlu dibasuh nanti.

Jangan terkejut bila keluar tengok dalam beg kelengkapan menyusu tu bukan baju bayi saja yang dibawa ‘spare’, tapi baju ibu pun ada dibawa lebih.

menyusu badan

Foto Kredit: realpregnancysigns.com

4. ‘Bergelut’ Dengan Bayi

Kalau anda ingat bayi cuma akan menyusu dalam keadaan berbaring, nampaknya anda salah. Semakin mereka besar, semakin banyak gayanya. Ada yang nak duduk, meniarap, bergolek, memanjat, dan macam-macam lagilah.

Tangannya pula bukan boleh diam. Samalah macam anak kucing, walaupun comel tapi tajam betul kukunya. Di sebalik muka innocent bayi, memang tidak dapat dinafikan ketajaman kuku halusnya. Boleh calar dada dan lengan kita dicakarnya.  Kalau dibuatnya si kecil tengah gatal gusi, habislah kita digigitnya!

Foto Kredit: vagitnist-tyzhden.pp.ua

5. 1001 Masalah Penyusuan

Selalunya masalah ini boleh berlaku masa mula-mula kita menyusukan bayi atau pada keadaan tertentu yang melibatkan keadaan kesihatan atau pemakanan ibu. Contohnya masalah puting melecet, susu berkurang, puting tersumbat, bengkak susu, mastitis dan sebagainya.

Rasa frust sungguh bila kita tidak dapat menyusu seperti biasa. Masa tu, dalam kepala fikir satu saja – nak menyusukan bayi. Kesakitan semua ditelan walaupun pedih!

Foto Kredit: kellymom.com

6. Lapar Sepanjang Masa

Kalau ikutkan secara saintifiknya, menyusu badan akan membakar kalori. Tapi nampak gayanya kit pula macam makin membina lemak.

Mana taknya, asyik rasa lapar hampir setiap masa, terutamanya ibu yang menyusu badan secara direct. Setiap kali bayi menyusu, rasa macam ‘disedut’ sekali tenaga kita. Tu yang rasa nak mengunyah je…. Stresnya, macam manalah nak kurus dan dapatkan bentuk badan yang dulu!

Foto Kredit: weight.sdghealth.com

7. Keletihan Overload

Tenaga kita bukan saja digunakan untuk menyusukan bayi, tapi termasuklah segala proses yang disebabkan penyusuan – contohnya membasuh baju yang basah kena susu, uruskan stok susu, basuh pam, botol susu, dan segala peralatan lain.

Bila tenaga berkurang, kadar stres pun boleh meningkat dek tidur yang terganggu. Selagi ada masa untuk berehat atau tidur, janganlah lepaskan peluang. Biarlah orang nak kata apa. Bukannya mereka tahu apa yang kita lalui, betul tak?

bayi berjaga malam

Foto Kredit: huffingtonpost.com

8. Aktiviti Terbatas

Kehidupan kita sebelum dan selepas ada bayi memang tidak sama. Kalau dulu kita boleh lakukan apa-apa aktiviti yang kita mahukan tidak kira masa, sekarang kita perlu ambil kira keperluan bayi. Kuranglah (atau mungkin tak ada langsung) aktiviti luar atau bersosial macam dulu lagi.

Bila jumpa kawan, kalau boleh kita nak berbual lebih lama lagi. Bukan tak boleh nak menyusu depan orang, tapi rasa tak selesa pula walaupun sesama perempuan. Mesti rasa janggal bila tengah-tengah berbual tiba-tiba kita kena selak baju untuk menyusukan bayi.

Mungkin sebelum ini kita sering melancong ke tempat jauh, sekarang kita perlu ambil kira keperluan bayi dan berhenti setiap 2-3 jam sekali untuk menyusukannya. Bila nak keluar makan pun, fikir sampai 10 kali takut-takut suasana di sana tak selesa untuk menyusukan bayi.

Kalau malas nak fikir, duduk diam-diam dekat rumah sajalah jawabnya.

Apapun, Semuanya Berbaloi Kan?

Walaupun terpaksa lalui pelbagai kesukaran dan waktu yang cukup memenatkan, namun semua ini dihadapi dengan kental oleh ibu menyusu hinggalah lengkap 2 tahun tempoh penyusuan badan. Hanya yang pernah melaluinya akan memahaminya. Tak sangka banyak siri drama air mata, episod kemurungan, tenaga serta waktu yang dihabiskan dalam keseluruhan proses ini.

Apapun, segala penat lelah kita membuahkan hasil melihat anak kita membesar dengan sihat. Awalnya terasa susah, tapi lama-kelamaan akan terbiasa. Semua pengorbanan anda tentunya berbaloi. Bahkan, ia mungkin juga latihan bagi menghadapi karenah anak yang makin bijak seiring meningkat usia mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×