Famili

Lebih 8 Kategori Yang Anda Boleh Pilih, Koleksi Raya Dari Bata Ni Memang Selesa & Sesuai Untuk Semua!

94
SHARES

Tak lama lagi dah nak raya! Senarai rumah untuk beraya dah siap ke belum tu? Ha, Hari Raya ni kan merupakan hari yang kita akan ziarah-menziarahi sanak saudara kita, sehari boleh 5-6 rumah tau kita kunjungi.

Jadi pemilihan kasut tu amat lah penting. Tak kan lah baru rumah ketiga dah tukar selipar kan? Tak cantik lah macam tu! Boleh hilang mood beraya.

Antara kasut paling selesa dan menjadi pilihan admin setiap tahun mestilah daripada Bata! Tahun ni je ada lebih 300 design yang mereka keluarkan untuk anda semua. Jom tengok apa pilihan yang ada!

Ciptakan Detik Raya anda bersama Bata! Pilih je mana-mana kategori di bawah ni yang anda rasa sesuai untuk raya anda!

All Glam Up:

Auto jadi gadis-gadis dengan kategori ni! Dari metalik glossy sampai la ke yang dihiasi manik-manik menarik, kategori ini berikan pelbagai pilihan klasik untuk pumps, ballerinas dan juga kasut tumit tinggi bertali! Pergi Open House boleh, OOTD raya pun confirm cantik!

Bukan itu sahaja, walaupun bertumit tinggi, ada beberapa seleksi yang dilengkapi dengan LifeSole by Ortholite, menawarkan 50% lebih keselesaan!

Timeless Neutral:

Warna ni adalah warna yang orang kata ‘evergreen‘. Senang masuk dengan apa jua pemilihan pakaian anda tu. Selagi tak rosak selagi tu lah boleh pakai!

Slide It On!

Antara yang menjadi pilihan ramai perempuan! Tak lah kena tinggal time beraya dengan heels slip-on ni! Ada pelbagai jenis design dan warna yang anda boleh pilih juga tau.

Cool Kicks:

Bukan masa beraya je, masa balik kampung atau nak travel dari satu tempat ke satu tempat tu pun kena selesa! Bata menawarkan seleksi kasut yang mengabungkan keselesaan dan style yang menarik sekali gus!

Dapper Up:

Auto handsome dengan cushioned loafers dan juga kasut sleek dress yang datang dengan warna hitam, coklat dan biru. Ada beberapa kasut dari seleksi ini yang dilengkapi dengan teknologi LifeSole by Ortholite untuk memastikan 50% lebih keselesaan sepanjang hari.

Playful, Cutesy Raya:

Takkan mak dan ayah je selesa kan? Anak-anak pun kena lah selesa juga! Dengan kasut Bubblegummers antimicrobial ni anak-anak boleh berlari dengan bebas! Comel pula tu!  Harga bermula dari RM39.99!

Most Comfortable Host:

Ini paling ngam! Nama pun “Most comfortable host” jadi dah boleh agak la kan bestnya kasut ni macam mana? Lengkap dengan teknologi cushioning,memastikan anda boleh berjalan lebih jauh tanpa masalah! Nak pakai masa open house pun digalakkan!

Match the Family Portrait!:

Bata menawarkan kasut untuk semua orang! Family potrait tahun ni confirm meletop lah! Semuanya sync and coordinated!

Selain itu, anda juga boleh pilih koleksi dibawah ni!

Menampilkan lebih 300 reka bentuk terkini, koleksi Red Hot menawarkan pilihan kasut dan beg mampu milik tetapi mengekalkan gaya dan juga keselesaan optimum! Daripada slip-on seperti kasut tumit dan loafers kepada kasut kanak-kanak,semuanya lengkap! Harga bermula dari RM59.99.

Koleksi Comfit pula menawarkan kasut yang selesa, berkualiti namun mampu milik yang sesuai untuk persiapan Aidilfitri. Dilengkapi dengan teknologi pintar, Comfit menawarkan gabungan teknologi insole yang menawarkan kusyen superior, fitting yang sesuai, fleksibiliti, anti-gelincir dan ringan dengan harga yang bermula dari RM69.99.

Ha betullah Bata untuk semua! Dari mak, ayah, nenek, atok, cucu semuanya ada dekat Bata. Paling penting, semuanya selesa! Raya kali ni confirm lah boleh beraya extra rumah!

Anda boleh kunjungi outlet-outlet Bata yang berdekatan atau layari www.bata.com/my untuk membuat pembelian! Jom Raya dengan selesa guys!

     

   

   

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×