0-6 Bulan

10 Tanda Mak Ayah Kena ‘Alert’ Bila Anak Nak Tumbuh Gigi

733
SHARES

Secara puratanya, apabila bayi mula mencecah umur 6 bulan, bukan sahaja mereka sudah boleh didedahkan dengan solid food malah penumbuhan gigi juga akan berlaku. Ramai dalam kalangan ibubapa yang masih tidak peka dengan reaksi yang ditunjukkan oleh si kecil apabila gigi mereka bakal tumbuh. Oleh itu, ini adalah beberapa tanda yang anda boleh ‘alert’ jika anak sudah mencapai umur 6 bulan dan bakal tumbuh gigi.

Tanda-tanda bila anak tumbuh gigi yang mak-mak kena perhatikan

Alawiah tengah sakit gusi nak tumbuh gigi, jadi ida nak share sikit simptom bayi nak tumbuh gigi yang mak kena alert. Bayi normally akan mula tumbuh gigi seawal usia 6 bulan. Namun ada yang sebelum dan ada yang agak lambat. Itu normal ya mak mak. Jangan risau sangat. Setiap anak ada tahap perkembangan tersendiri.

1. Suka menggigit.

Anak mula menggigit mainan atau apa sahaja barang dipegang.

2.Air liur meleleh.

Air liur ini berfungsi membasahkan gusi bayi.

3. Suka memasukkan jari dalam mulut.

Tumbuh gigi adalah satu proses yang tidak selesa. Jadi bayi memasukkan jari dalam mulut untuk melegakan sakit gusi.

4. Ruam muka.

Ini terjadi kerana air liur yang meleleh dan kulit bayi sensitif. Jadi kerapla lap air liur anak yer.

5. Kerap menangis

Proses yang sakit dan tidak selesa ini buatkan anak asyik menangis dan tidak selesa.

6. Menarik telinga.

Kesakitan gusi itu kekadang membawa ke telinga. Membuatkan anak memberi reaksi tarik telinga untuk melegakan kesakitan.

7. Kurang selera

Perkara ini paling merumitkan. Sebab confirm anak tak nak buka mulut sebab gusi sakit untuk makan. Mak-mak boleh sediakan buah yang di sejuk beku untuk anak legakan sakit gusi. Bancuhkan bayi bubur untuk mudah telan makanan. Instead of kunyah. Bubur dengan toddible semudah add on air panas. Eh terjual produk pula.

8. Batuk dan muntah

Air liur yang terkumpul di anak tekak anak menyebabkan anak terbatuk dan kadang-kala muntah. Mak mak tak perlu risau hanya perlu pantau anak demam atau tidak.

9. Demam

Bagi bayi yang kurang system pertahanan, sakit gigi boleh membuatkan bayi mula demam dan panas badan. Mak mak perlu pantau suhu anak dan berikan ubat demam mengikut sukatan atau boleh bawa jumpa doctor jika berlarutan.

10. Tak tidur malam

Sakit gusi sebabkan nak tumbuh gigi selalu terjadi pada waktu malam. Ini membuatkan anak terjaga malam dan sukar untuk tidur.

Apa mak mak boleh buat?

1. Berikan teething toys pada anak. Boleh dapatkan di kedai baby. Bagi anak gigit untuk kurangkan sakit bengkak gusi.

2. Berikan makanan yang sejuk. Contoh buah pisang atau epal yang di potong kecil dan sejukkan dalam peti.

3. Basahkan gusi anak dengan tuala yang direndam air suam.

4. Tekapkan sudu sejuk untuk kurangkan rasa kebas gusi

5. Pelukan ibu ubat mujarab. Jadi mak mak ada anak yang sakit tu kerapla peluk anak untuk legakan kesakitan mereka.

Bila anak dah ada gigi penjagaan itu penting. Makanan anak elakkan gula yer mak mak demi menghasilkan gigi yang kuat dan sihat. Kerap membersihkan gigi anak terutama selepas makan dan sebelum tidur. Amalkan permakanan yang seimbang dan berkhasiat. Antara vitamin yang membantu pertumbuhan gigi yang cantik:-

1. Vitamin A. –boleh didapatkan daripada telur, *manga, *sweet potato

2. Vitamin D- cendawan, ikan salmon

3. Vitamin K2 – keju

4. Vitamin E- bayam, broccoli

5. Vitamin B- *daging, sayuran hijau

Sumber : Fadlyani Sharidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×