Asuh

‘Baby Shark Doo Doo’, Ini 7 Kelebihan Bila Mama & Papa Rajin Menyanyi Untuk Si Kecil

513
SHARES

Memang sudah menjadi lumrah mana-mana ibu bapa pun untuk menenangkan bayi apabila keresahan. Pelbagai cara digunakan seperti mendukung dan memeluk, atau memujuk. Tapi, cara yang paling sering digunakan ialah mendodoi dan menyanyikan kepada bayi. Terdapat banyak keistimewaan dalam menyanyikan lagu kepada bayi atau bersama anak kecil. Kaedah ini digunakan seluruh dunia dan dibawa dari generasi ke generasi.

Lagu-lagu anak kecil ini bukan sahaja menenangkan malah menghiburkan dan digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Walaupun suara si ibu ‘ke laut’ ketika menyanyi, itulah suara yang paling digemari oleh bayi. Terdapat pelbagai kajian juga yang bersetuju bahawa bernyanyi untuk anak dapat membantu perkembangan mindanya terutama dari aspek pertuturan dan emosi.

7 Kelebihan Bila Mama & Papa Rajin Menyanyi Untuk Si Kecil

1. Memberi Ketenangan

Apabila hati bayi resah dan tidak tenteram, nyanyian dari ibu bapa dapat menjadi sumber ketenangan baginya. Menurut Psychology Today, sejak 25 minggu dalam kandungan, bayi anda mempunyai kelebihan untuk mengingati getar suara dan irama dari persekitarannya, lebih-lebih lagi jika nyanyian dari orang terdekat dan sering diulang-ulang.

Mindanya yang pesat berkembang mudah mengenali lagu tersebut dan memberi rasa ‘familiar’ dengan lagu tersebut. Secara tidak langsung, ia memberi rasa selesa kepada bayi dan anak kecil.

www.zerotothree.org

2. Mengeratkan Hubungan Dengan Keluarga

Tidak dinafikan lagi, menyanyi boleh dijadikan satu medium untuk mengukuhkan bonding antara bayi dan orang di sekelilingnya. Menariknya, kajian yang dilaporkan oleh The Times juga mendapati bahawa wanita dapat mengurangkan risiko postpartum depresion atau tekanan emosi dengan menyanyi kepada bayi.

Dengan cara ini juga, dapat Mama dan Papa dapat menggalakkan si abang dan kakak untuk berkomunikasi dengan bayi yang baru lahir. Lebih kerap kita bernyanyi untuknya, lebih mudah untuk bayi mengingati suara seseorang.

http://www.kindercare.com/

3. Membiasakan Dengan Rutin

Seperti yang dijelaskan dalam sebuah artikel oleh National Association for the Education of Young Children, apabila kita menerapkan nyanyian tertentu dalam setiap aktiviti yang dilakukan – seperti bangun pagi, mandi atau tidur, minda bayi makin lama makin terlatih untuk tertib mengikut rutin. Contohnya, kita menyanyikan lagu Didi & Friends semasa bermain dan alunan zikir semasa mendodoikan mereka tidur.

Cara ini dapat membuatkan bayi lebih mudah menarik bayi dan mengajaknya lakukan aktiviti tersebut. Kesannya, bayi lebih terlatih untuk mengikuti aktiviti harian secara semulajadi.

Foto Kredit : chicco.pt

4. Memberi Pendedahan Bahasa

Ditambah dengan irama menarik, bahasa dapat diindahkan menjadi sebuah lagu. Selain berbual dengannya, bernyanyi juga memberi kesan baik kepada otak mereka yang telah direka khas untuk menerima dan mempelajari bahasa asing dengan mudah dan lancar pada 3 tahun pertama dalam hidupnya.

Di Malaysia kita cukup bertuah kerana ada banyak bahasa yang boleh didedahkan seperti bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Tamil, atau bahasa Arab.

Jadi, rugilah kalau tak mula awal kerana kajian yang dilaporkan oleh Frontiers Academy mendapati apabila mencecah usia 8-12 tahun, kebolehan semulajadi ini akan semakin berkurang.

bkelebihan belajar bahasa asing

Foto Kredit: vestnikkavkaza.net

5. Memahami Emosi & Menggalakkan Pertuturan

Dalam setiap bait-bait lirik yang dinyanyikan sama ada lagu moden atau lagu rakyat, bayi pasti dapat menangkap perkataan yang kita selalu sebutkan dan dapat diingati olehnya.

Apabila kita menyanyi sambil memandang tepat ke matanya, mereka akan lebih yakin untuk turut sama menyebut perkataan-perkataan yang didengarinya. Dengan menyanyi juga, bayi dapat mula memahami mimik muka, emosi, dan belajar mengumpul kata-kata dan seterusnya membina ayat apabila semakin besar nanti.

Foto Kredit : talkwithmybaby.com

6. Bermain Sambil Belajar

Sejak kecil lagi, anak berkebolehan dan suka meniru gaya melalui persekitaran mereka. Bagi anak yang aktif, mungkin agak sukar untuk menarik perhatian anak supaya belajar menumpukan perhatian melalui aktiviti membaca. Cuba nyanyikan lagu mudah seperti anggota badan beserta dengan pergerakan, cara ini secara tidak langsung dapat mengajar perkataan-perkataan baru dengan cara yang lebih menarik perhatian.

Banyak pilihan lagu yang ‘catchy’ dari internet yang boleh dimainkan. Namun, ibu bapa perlulah memantau dan tidak ‘lepas tangan’ dengan membiarkan anak menyanyi dengan gajet semata-mata. Barulah anak menjadi lebih aktif dan komunikasi 2 hala dapat berlaku dengan berkesan.

Foto Kredit: imujer.com

7. Melatih Kemahiran Mendengar

Dalam bernyanyi, anak kecil bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran bertutur, malah kebolehannya untuk mendengar juga menjadi semakin baik. Ini merupakan salah satu kaedah terbaik bagi bayi untuk memperluaskan perbendaharaan kata melalui bunyi perkataan yang berbeza-beza.

Dengan nyanyian, anak kecil dapat menggunakan perkataan yang diketahui dalam perbualan dengan orang di sekitarnya. Bayi juga lama kelamaan dapat memberi tindakbalas yang lebih baik apabila kita berbicara dengannya nanti.

www.babycenter.com

Jom Nyanyi Sama-sama!

Nyanyian bukan sahaja dapat mengajar bayi bertutur dan mendengar dengan lebih baik, malah dapat melatihnya untuk mengawal badan sekiranya lagu tersebut disertai dengan tarian. Lebih menarik lagi, aktiviti ini dapat dilakukan bersama-sama dengan ahli keluarga lain. Dengan ini, bayi bukan sahaja dapat menguatkan hubungan dengan ibu bapa sahaja, malah dengan adik-beradik yang lain juga.

Aktiviti menyanyi juga adalah material pembelajaran yang baik untuk anak kecil. Banyak perkara seperti cara mengeja namanya,  jenis haiwan dan bunyinya, anggota badan, dan lain-lain dapat disampaikan dengan berkesan. Kaedah ini antara medium yang terbaik bagi mempersiap kanak-kanak untuk ke alam persekolahan.

Jadi, Mama dan Papa mestilah rajin ikut menyanyi sama supaya anak lebih bersemangat ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×