Asuh

4 Kartun Ini Sangat Bagus Untuk Anak ‘Speech Delay’, Ramai Mama Papa Setuju!

1
SHARES
cerita kartun best

Kartun Bing merupakan salah satu cerita kartun best yang juga sesuai untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay. Speech delay merujuk kepada keupayaan lewat seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.

Jadi, menonton rancangan kartun yang berkualiti merupakan salah satu ikhtiar untuk memulihkan mereka. Kartun yang sememangnya mempunyai visual serta bunyi menarik, secara tidak langsung, dapat merangsang kanak-kanak untuk bertatih bercakap.

Baca juga: Samsung Malaysia Jemput Pelajar Pamer Kemahiran STEM, Di Pertandingan ‘Solve for Tomorrow 2024’

CERITA KARTUN BEST UNTUK SPEECH DELAY

Berikut merupakan 4 jenis kartun yang sesuai untuk anak speech delay, seperti dikongsikan akaun Tiktok @amiloban .

1. Sesame Street

cerita kartun best

2. Ms Rachel

anak speech delay

3. Bing

anak speech delay

4. Blippi

anak speech delay

Baca juga: Ibu Ini Tak Putus Asa Anaknya Tak Minat Akademik, Hantar Kemahiran Berjaya Dapat Kerja!

Ramai mama papa yang bersependapat di ruangan komen!

cerita kartun best

Gambar: Tiktok @amiloban .

Menjengah di ruangan komen, terdapat warga maya dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak speech delay sependapat dengan jenis kartun di atas. Antaranya:

“Paling bagus Bing. Anak saya pun speech delay autism, 3 tahun masih cakap alien. Bila 3 kali seminggu tengok kartun Bing dah mula boleh bercakap. Dia berfikir dulu baru cakap. Alhamdulillah sangat, sikit ayat pun okey,” komen seorang ibu.

“Ms Rachel membantu sangat untuk anak-anak speech delay. Anak saya sukakan Ms Rachel,” komen Sherry.

“Anak saya tengok Blippi, Bing & Ms Rachel sejak umur 3 bulan. Alhamdulillah, sekarang umur 3 tahun kuat membebel dari ibunya hahaha. Boleh sebut setengah-setengah perkataan sejak umur 8-9 bulan,” kongsi ibu ini yang begitu teruja.

“Anak saya dulu speech delay. Masa mula bercakap asyik English saja, saya bagi tengok Bing. Sekarang kemain bagus BM dia. Alhamdulillah, Bing memang bagus, mommies boleh cuba,” komen MummyK.

Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!

Bahkan, kartun-kartun disenaraikan itu juga sesuai untuk kanak-kanak yang tiada speech delay.

“Anak saya Blippi, dia tak speech delay tapi sangat membantu. Sekarang 2 tahun lebih asyik speaking hahaha. Kekadang nganga maknya,” komen Ummi.

“Bing bagus! Ayat dia sangat tertib dan sopan,” tulis seorang warga maya.

“Cerita Bing memang menjadi, anak pun terikut apa yang Bing cakap bila tengok kartun itu,” komen Lyn.

Baca juga: Tak Berkesan Kerap Rotan Anak Degil, Sebaliknya Raikan Mereka Dengan 8 Tips Ini!

Sumber: Tiktok @amiloban

FT Image: iStock Vesnaandjic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×