Asuh

Ini 8 Tips Bantu Anak Lambat Bercakap, Tak Sabar Dengar Panggil ‘Abah Umi’!

29
SHARES
bantu anak lambat bercakap

Sebenarnya, terdapat sesetengah kanak-kanak kecil penguasaan kemahiran bertuturnya agak lewat daripada kanak-kanak yang lain. Namun, ini tidak bermakna si kecil itu mempunyai masalah pertuturan. Disebabkan itu tips untuk bantu anak lambat bercakap diperlukan.

Meskipun, satu masa nanti anak anda akan mencapai kemahiran bertutur, banyak perkara yang boleh dilakukan sementara itu, untuk menggalakkan pertuturan dan membantu mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Jom lihat tips di bawah!

Baca juga: Ini Tanda 9 ‘Red Flags’ Anak Hampir Ketagih Gajet, Ibu Bapa Kena Awasi!

TIPS GALAK ANAK KUASAI KEMAHIRAN BERCAKAP

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan: iStock.

Dapat mendengar perkataan pertama yang keluar dari mulut bayi sendiri adalah perkara mengujakan. Dan ya! Ia menjadi perkara yang mengecewakan ibu bapa sekiranya anak tidak mencapai kemahiran bertutur seperti yang dimahukan.

Tetapi, walaupun anak anda lambat bertutur, selalunya ia bukanlah menunjukkan masalah yang serius. Ingat, setiap kanak-kanak itu mempunyai tempoh yang berbeza untuk mengembangkan kemahiran bahasa mereka.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau merasakan bahawa terdapat isu berkaitan pertuturan, dapatkan nasihat daripada pakar berkaitan yang bertauliah.

INI 8 TIPS BANTU ANAK LAMBAT BERCAKAP

1. BACA BUKU BERSAMA-SAMA

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Sebolehnya, bacakan buku kepada anak pada setiap hari yang merupakan salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan perkembangan bahasa.

Satu kajian pada 2016 mendapati, kanak-kanak terdedah kepada perbendaharaan kata dengan lebih luas melalui pembacaan buku berbentuk gambar kepada mereka berbanding mendengar pertuturan orang dewasa.

Malah, melalui kajian 2019, membaca hanya satu buku setiap hari boleh mendedahkan kanak-kanak kepada 1.4 juta lebih perkataan berbanding kanak-kanak yang tidak dibacakan buku.

2. GUNAKAN BAHASA ISYARAT

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Anda tidak perlu hebat dalam bahasa isyarat untuk mengajar anak kecil beberapa tanda asas. Hal ini kerana, ramai dalam kalangan ibu bapa telah mengajar bayi dan kanak-kanak mereka isyarat perkataan mudah seperti ‘lebih banyak’, ‘susu’ dan ‘sudah siap’.

Kanak-kanak lebih mudah memahami bahasa isyarat daripada orang dewasa. Ini membolehkan mereka berkomunikasi dan mengekspresikan diri pada usia yang jauh lebih muda.

Tunjukkan tanda isyarat ‘lebih banyak’, sambil menyebut perkataan itu pada masa yang sama. Lakukan ini berulang kali supaya anak anda mempelajari tanda itu dan mengaitkan perkataan itu dengannya.

Memberi keupayaan untuk meluahkan perasaan melalui bahasa isyarat boleh membantu mereka berasa lebih yakin dalam komunikasi. Malah, membantu mereka berkomunikasi dengan kurang rasa jengkel mungkin membantu mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk mempelajari lebih banyak bahasa.

3. SEKERAPNYA BERCAKAP DENGAN BAYI

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Hanya kerana bayi anda tidak boleh bercakap, tidak bermakna anda harus duduk diam sepanjang hari. Lebih banyak anda bercakap dan meluahkan perasaan, lebih mudah untuk anak kecil anda belajar bahasa pada usia yang lebih muda.

Jika anda menukar lampin anak, ceritakan atau terangkan perkara yang sedang anda lakukan. Kongsikan tentang hari anda atau bercakap tentang perkara lain yang terlintas di fikiran. Pastikan guna perkataan mudah dan ayat pendek.

Boleh juga menggalakkan bayi bercakap dengan membacakan sesuatu kepada mereka sewaktu menjalani hari anda. Sebagai contoh, boleh membaca resipi semasa anda memasak bersama si kecil atau menyanyikan lagu.

4. JANGAN ‘BABY TALK’ SEWAKTU BERKOMUNIKASI

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Walaupun ia kedengaran comel apabila bayi menggunakan perkataan dengan tidak betul atau ‘baby talk’, ia terpulang kepada mereka. Anda tidak perlu membetulkannya, cuma balas dengan penggunaan ayat yang betul.

Sebagai contoh, jika si kecil anda meminta tolong untuk “kak ju” mereka, anda boleh membalas, “Ya, mama akan tolong bukak baju adik.”

5. NAMAKAN BARANG

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Sesetengah kanak-kanak akan menunjuk kepada barang yang mereka mahukan dan bukan dengan memintanya. Perkara yang boleh dilakukan ialah bertindak sebagai jurubahasa anak anda dan bantu mereka untuk memahami nama barang tersebut.

Contohnya, jika anak menunjuk ke arah secawan jus, balas dengan berkata, “Jus. adik nak jus tak?”

Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dia menyebut perkataan ‘jus’. Jadi, seterusnya jika anak mahu sesuatu untuk diminum, bukan hanya dengan menunjuk, malah menggalakkan mereka untuk menyebut perkataan sebenar.

6. MEMANJANGKAN JAWAPAN

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Satu lagi cara untuk mengembangkan perbendaharaan kata anak ialah mengembangkan jawapan mereka.

Sebagai contoh, jika anak anda melihat seekor kucing dan menyebut perkataan ‘kucing’, anda boleh menjawab dengan berkata, “Ya, itu kucing yang comel berwarna putih.”

7. BERI ANAK PILIHAN

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Anda juga boleh menggalakkan komunikasi dengan memberi pilihan kepada anak-anak.

Katakan anda mempunyai dua jus dan mahu si anak memilih antara jus oren dan jus epal. Anda boleh bertanya kepadanya, “Adakah adik mahu jus oren atau jus epal?”

Sekiranya mereka memberi isyarat kepada respons tersebut, galakkan mereka menggunakan perkataan.

8. HADKAN MASA SKRIN

bantu anak lambat bercakap

Gambar hiasan.

Satu kajian pada 2018 mendapati, peningkatan masa skrin pada peranti mudah alih dikaitkan dengan kelewatan bahasa kanak-kanak yang berusia 18 bulan. Pakar menekankan interaksi dengan orang lain dan tidak menatap skrin, adalah cara yang terbaik untuk perkembangan bahasa.

American Academy of Pediatrics (AAP), menggalakkan untuk tidak lebih daripada 1 jam masa skrin setiap hari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun dan kurangkan lagi masa bagi kanak-kanak yang lebih muda.

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×