Apabila anak yang berusia dalam lingkungan 1.5 tahun hingga 3 tahun mengamuk, semestinya ibu bapa akan merasa geram dan ada pula tu sampai naik tangan sedikit kepada anak. Mungkin kerana anak kecil seusia ini sudah pandai dalam perbuatan, berkata-kata dan memahami menyebabkan tingkah-laku mereka ketika mengamuk menjadi luar biasa.
Namun, menurut Puan Wawa Shauqi sebagai ibu bapa anda perlu bersyukur apabila anak-anak seusia ini sudah pandai mengamuk kerana itu adalah petanda emosi mereka berkembang di fasa yang normal. Walaupun, kadang-kadang diri anda pun rasa nak mengamuk sekali.
Baca juga: Patut Tak Sorok Rasa ‘Stress’ Dari Anak? Ini Jawapannya!
OTAK ANAK INI MACAM RUMAH 2 TINGKAT…
Sebenarnya, kita kena bersyukur kalau anak kita yang umur 2 tahun dah pandai mengamuk. Walaupun masa diorang mengamuk tu, kita pun rasa nak mengamuk sekali. Sebab, ini petanda emosi mereka berkembang di fasa yang normal.
Saya teringat satu buku yang saya baca, berkenaan perkembangan otak. Menurut Dr. Daniel Siegal, otak anak ni macam rumah dua tingkat.
FUNGSI OTAK TINGKAT BAWAH:
- Menghasilkan emosi (gembira, kecewa, sedih, dsb).
- Buat kita bertindak tanpa berfikir.
- Fight/ Flight response.
FUNGSI OTAK TINGKAT ATAS:
- Berfikir sebelum buat keputusan / bertindak.
- Kawal emosi.
- Rasional.
Ok baca ni betul-betul….
ANAK 1.5 – 3 TAHUN, HANYA ADA FUNGSI TINGKAT BAWAH
Ya!
Otak anak 1.5 – 3 tahun belum ada fungsi otak tingkat atas. Sebab tu kita tengok, kalau anak umur ni mengamuk diorang akan mengamuk dengan amat dasyat, bak kata adik Haziq.
Nak-nak pula, kalau anak yang speech delay. Yang tak boleh nak ekspresikan atau describe apa yang dirasa.
Kita cubit, kita pukul, kita mengamuk balik, anak tu bukan mau diam pun. Apatah lagi kalau bagi nasihat, cakap baik-baik, bawak Tok Abah untuk bagi motivasi. Takkan mampu buat anak berhenti mengamuk.
SO, NAK BUAT APA?
- Peluk je anak tu.
- Gosok-gosok belakang badan dia.
- Pasang bunyi air bagi anak tenang.
- Bertaawuz sambil bisik kat telinga anak.
Paling penting waktu tu, kita dulu yang mampu tenangkan diri.
Bila dah nampak sedikit tenang, DO VALIDATION. Sebut emosi yang mungkin anak rasa. Penting ‘Validate Feelings’ ni, supaya:
- Anak rasa diri difahami.
- Dia tau ‘Oh, ada nama untuk perasaan saya ni’.
- Next time kalau dia mengamuk, dia boleh bagitau apa yang dia rasa.
INI AKAN BERLAKU BILA ANAK MENGAMUK KITA IKUT SAMA SEKALI…
Apa jadi kalau anak mengamuk, kita pun mengamuk sekali?
Anak tak belajar pun untuk kawal emosi. Malah perkembangan emosi anak tak matang-matang, sampai ke besar. Sampai ke besar cepat sentap. Cepat mengamuk. Cepat trigger.
Paling tak best, trauma yang dia simpan dalam memori akan buat anak cepat trigger untuk ulang apa yang dia pernah lalui pada anak-anak dia pulak.
Semoga kita mampu kawal emosi sendiri dulu. Sebelum mampu kawal emosi anak. Supaya bila anak dah besar, mereka tak struggle untuk kawal emosi sendiri macam kita.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi