Asuh

Ini 5 Teknik Ransangan Bahasa Buat Anak Speech Delay, Ibu Bapa Perlu Tahu

124
SHARES

Anak yang mengalami ‘speech delay’ pastinya mengambil masa untuk mereka memproses perkataan untuk bercakap. Speech delay merupakan kelewatan dalam keupayaan kanak-kanak untuk bercakap atau menghasilkan bunyi yang melebihi garis masa yang sepatutnya.

Melalui perkongsian Puan Wawa Shauqi, ada sesetengah kanak-kanak speech delay datang dengan masalah delay pada perkembangan lain. Namun, ada sebahagiannya pula hanya delay bahasa sahaja di mana, anak yang delay pada bahasa amat penting untuk banyakkan bercakap dengan mereka.

Justeru itu, ini merupakan 5 teknik ransangan bahasa yang boleh dipraktikkan pada anak untuk manfaat bersama.

Baca juga: Elak Bagi Anak Makan ‘Instant’ & ‘Quick’ Oat, Tapi Makan Oat Jenis Ini…

5 TEKNIK RANSANGAN BAHASA

Gambar hiasan: VerywellFamily.

Elak anak Speech Delay melalui Ransangan Bahasa.

Ilmu ni saya dapat dari ST Farah Farhana waktu menghadiri bengkel berkaitan speech delay beberapa tahun lepas. Apa yang saya ingat, ST ada sebut yang sesetengah kanak-kanak speech delay, mereka datang dengan masalah delay pada perkembangan lain.

Sensori tak setel, kemahiran motor ada delay dan paling jelas dekat sosial dan komunikasi. Solusinya, kena dapatkan intervensi untuk anak.

MASALAH RANSANGAN BAHASA PERLUKAN KOMUNIKASI YANG BANYAK

Gambar hiasan: VerywellFamily.

Ada sebahagiannya pulak, hanya memerlukan ransangan bahasa. Maknanya, nak kena banyakkan bercakap je dengan mereka ni.

Sebab mereka masih tak cukup kuota vocab. Receptive Language belum cukup. Jadi mereka tak boleh nak move on ke kemahiran yang seterusnya iaitu Expressive Language.

RECEPTIVE LANGUAGE:

  • Kebolehan untuk memahami bahasa yang didengar.

EXPRESSIVE LANGUAGE:

  • Kebolehan untuk menyatakan keperluan dan kehendak melalui pertuturan.

Kalau nak kenal pasti speech delay anak ni perlukan solusi yang mana satu, kenalah bawa anak jumpa pakar. Bawak tau. Sebab taknak isu perkembangan ni memberi kesan sampai anak dah mula sekolah nanti.

Apa yang penting, beri anak ransangan secukupnya walaupun diorang masih bayi lagi. Cukupkan ransangan bermain, ransangan sensori dan ransangan bahasa sebelum kita fokus nak pandaikan anak.

5 TEKNIK RANGSANGAN BAHASA:

Ini saya kongsikan nota, contoh senarai Ransangan Bahasa yang boleh kita praktikkan pada anak.

Kalau ada mak ayah yang risau anak 1 tahun belum memahami perkataan dan arahan ringkas, Umur 2 tahun belum boleh bercakap, saya sarankan untuk dapatkan bantuan.

1. SELF TALK

2. PARALLEL TALK

3. EXTEND (PANJANGKAN) PERKATAAN ANAK

4. LETAK OBJEK DI TEMPAT ANAK SUSAH CAPAI

5. TAWARKAN ANAK PILIHAN

NOTA TAMBAHAN!

Sementara tu, kita boleh timba ilmu melalui modul ini. Modul ni dirangka oleh Juruterapi Pertuturan dan Juruterapi Carakerja Kanak-kanak yang dah 10 tahun dalam bidang, dan bantu ratusan kanak-kanak delay dan istimewa.

Ada senarai semak perkembangan, strategi ransang anak bercakap, strategi untuk anak pandai urus diri, pelbagai aktiviti yang sesuai dengan umur anak dan apa step nak dibuat kalau perasan anak delay.

#notaparentingwawa

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×