Asuh

Elak Bagi Anak Makan ‘Instant’ & ‘Quick’ Oat, Tapi Makan Oat Jenis Ini…

73
SHARES

Oat merupakan hidangan yang mudah untuk disediakan. Bukan sahaja digemari oleh orang dewasa malah, kanak-kanak juga. Ianya boleh disediakan dengan pelbagai campuran menarik yang dapat membekalkan khasiat yang diperlukan.

Melalui perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, sebaiknya elakkan dari memberi anak makan ‘instant’ dan ‘quick’ oat kerana mengandungi tinggi proses iaitu makanan yang diproses. Tambahnya lagi, kadar kenaikan gula dalam badan anak akan menjadi drastik.

Jom lihat jenis-jenis oat yang boleh anak anda nikmati di bawah!

Baca juga: 10 Elemen Wajib Ada Dalam ‘Positive Parenting’, Jangan Asyik Kejar Gelaran ‘The Perfect Parents’

KETAHUI JENIS OAT SI KECIL BOLEH NIKMATI & KHASIATNYA

Gambar: Ambil yang rolled oat atau bran oat k.

Elakkan instant oat dari anak-anak tau. Quick oat pun sama.

Instant oat dan quick oat, makanan yang tinggi proses sebenarnya. Kadar kenaikan gula dalam badan anak akan sangat drastik bila ambil quick dan instant oat.

Anak boleh je makan oat, tapi kita cuba cari pilihan oat yang lebih baik.

3 JENIS OAT TERBAIK BUAT SI ANAK & KEBAIKANNYA

Gambar kiri: Bran oat tinggi lagi khasiat. Beli di sini. Gambar kanan: Rolled oat pun boleh. Beli di sini.

3 jenis oat yang saya share ni, antara yang mudah kita jumpa di pasaran.

1. Steel cut oat

2. Oat bran

3. Rolled oat

Oat tinggi dengan fiber dan antara salah satu dari sumber prebiotik. Bagus untuk usus kan. Senang anak nak membuang tau kalau ambil oat.

TIPS PENYEDIAAN OAT!

Sebaiknya, kalau nak bagi anak makan oat waktu breakfast, rendam dulu oat dalam air bercampur lemon atau cuka epal waktu malam sebelum. Esok pagi, buang air tu dan bagi anak makan oat je.

Gambar: Khasiat dari oat.

KENAPA KENA RENDAM OAT TERLEBIH DULU?

Dalam oat ada phytic acid. Phytic acid ni akan kacau penyerapan iron, zink, kalsium, dan banyak mineral lain lagi. Nutrisi tak dapat diserap sepenuhnya, kerana ada kandungan antinutrient phytic acid.

Kalau anak selalu makan oat, tapi kita tak rendam dulu oat sebelum makan, banyak khasiat dari makanan lain, tak dapat diserap pun. Sayang lah kan.

Gambar: Banyak brand ada, cari je mana korang suka. Beli rolled oat di sini.

Kalau anak suka sangat makan oat setiap hari, kita kerja lebih sikit untuk rendam oat tau. Supaya anak masih dapat makan makanan yang dia suka, dalam masa yang sama, masih dapat khasiat maksima dari apa saja makanan yang dimakan.

Oat yang saya share kalini, korang boleh je cari di pasaraya. Aeon, Jaya Grocer, Lotus, senang nak jumpa insyaAllah. Shopee pun ada. Yang penting sekali, elakkan instant dan quict oat okeh.

Link Shopee ok. Senang korang nak shopping.

Kita cuba sama-sama ya.

Gambar: Rolled oat lagi. Beli rolled oat di sini.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×